Dimumiakan supaya tidak tercalar...
Suatu petang yang indah lebih kurang sebulan lepas, ketika saya sedang asyik belai kucing jiran (di perumahan kat Kuantan) tiba-tiba sebuah van korier datang antar barang. Sebenarnya saya memang menunggu penuh resah, penuh debar kedatangan van tersebut, seolah menatang rindu di kamar hati.
Barangnya seperti di atas. Robok ni dibungkus persis mumia di zaman firaun.
Dari Ipoh dia ke Kuantan...kuasa tuhan...
Saya resah sebab nak lihat secara life robok buruk (almari lama/antik) ini. Sebab saya tengok dalam internat jea bimbang bila sampai tak seperti di internate. Bak kata indah baucer daripada percutian atau indah tudung dari rupa.. Ya saya beli melalui online, saya bank in melalui Maybank2you saya. Zaman sekarang semua boleh buat. Mudah, cepat dan mengada.
Akhirnya saya dapat milikinya, syukur kepada tuhan, terima kasih majikan.
Dah lama saya hendak memiliki robok ini. Saya pernah tengok di rumah moyang saya, ada dua rasanya. Dia simpan barang tembaga. Oleh kerana ayah saya bukan cucu kesayangan, tentulah sekuman saya tak ada harapan untuk memilikinya.
Dan ditakdirkan tuhan (unsur agama), berpuluh tahun kemudian saya dapat membelinya. Dengan titik peluh saya sendiri (berpeluh bila air kon tak ada kat opis...). Guna duit gaji.
Robok buruk ini asli, tiada botox atau suntikan vitaming apatah lagi kolegen.
Bucu tepinya melengkong erodemik
Saya maklumkan ezany dengan detail yang saya mahu yang bucu robok (sisi tepi almari) tersebut bentuk melengkung dan bukannya empat segi. Dan robok tersebut mestilah bercermin kiri-kanan. Dan ezany cepat faham (maklumlah banyak ilmu) dan beritahu sudah ada dua orang yang sedang menunggu robok seperi tersebut. Saya beri tahu saya rela menunggu...walaupun parah, walau berdarah.
Dan akhirnya saya dapat juga yang ini walaupun dihadapannya ada kayu macam ala grill sikit. Sebabnya saya dah tak tahan menunggu. He he he tetapi yang ini cantik juga.
Saya mahu semulajadi, biar nampak lama sebab memang lama
Saya beritahu ezany supaya jangan `apa-apakan' lemari tersebut. Tidak perlu dibaikpulih, dibersihkan atau divarnis, dicat baru. Jangan. Saya nak sebijik yang lama. Biarlah ada orang yang suka bertukar kekasih bak menukar baju tetapi saya bersumpah pada tuhan, setia ke akhir hayat. Tapi kadang-kadang saya rasa saya tak perlu bersumpah sebab saya memang jenis tuhan buat macam tu semulajadi...(pulak dah).
Saya sumbat PML saya yg tak cukut set
Mustahil kehadiran robok buruk ini dapat 100% ubati kelaraan saya yang tak berpenghujungannya. Namun setidaknya ia melahirkan sezarah rasa gembira tumbuh kecil di sudut hati yang kontang ini. Saya akan selalu berharap...
Maka saya sumatlah PML (pinggang mangkuk lama), alatan tembaga dan bawah sekali rekod-rekod lama. Ya, nampaknya almari ini tidak muat untuk semua koleksi saya. kena tambah lagi ke? Tetapi tidak bagus juga kalau ada banyak lemari antik sebab rumah saya bukan muzium. Haa...
Taraaa...
Saya sandarkan robok buruk tersebut di dinding menuju bilik tidur saya, dekat dengan bilik tetamu dan bilik air luar. Mulanya saya mahu sandarkan saja kat sofa L di ruang tamu untuk tantapan tamu yang datang, tetapi saya teringat kata-kata mak saya yang jangan ada sifat nak menunjuk yang keterlaluan. Saya akhirnya akur, lagipun rumah saya kecil tentu tetamu nampak kalau letak di mana pun. Lagipun mana rumah saya menerima tetamu? He he he.
Saya suka sangat robok buruk ini. Bila saya ke rumah saya di Kuantan saya selalu berdiri depan robok ini, saya tatap lama-lama supaya ia menyalurkan tenaga enzim kepada hati saya yang kontang ini (macam bomoh menyeru pulak, he he he). Saya wajib gembirakan hati saya, bukan orang lain. Hanya saya yang mampu dan layak mengubatinya. Bukannya BN, apatah lagi PAS, DAP atau PKR...
Kita kena jaga diri kita bila time diri kita merudum. Sebab bila kita sakit siapa yang beri kita makan ubat? Sapa yang ambil ubat itu suap ke mulut? Bila hujan siapa yang panyungi kita. Bila kita meraung tepi jalan menghala ke Romping, siapa yang damaikan hati kita? Siapa? Siapa...?
Jan: Kita! (sambil buat muka monyok, sedih dan tunduk...)
5 comments:
saya suka!
eja,
saya percaya kat umah mak awak di Bukit Goh tu ada banyak barang lama...
dibuang jangan tau...
sy usaha utk jg n simpannya...
tp sedih gak bila tgk yg duk rmh tu leh wat dek jer ngn brg tu seme...
cantik almari tue...classic dan unique :)
Baru bercinta takboleh berenggan,
Gatal hati bagai digaru;
Barang lama dibuang jangan,
Tiada lama tiada baru...
Post a Comment