Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 1, 2012

Kisah blog kawan saya...

Saya ada jumpa kawan lama saya. Dah lama benar kami tidak berjumpa. Bila jumpa terus bercerita mengenai pengalaman lalu, terutama kisah di sekolah. Dia masih ingat saya lompat/panjat pagar ponteng sekolah pergi lepak kedai cina. Dia juga masih ingat saya letak gambar Sharifah Aini (kini datok) di fail saya. Dan dia juga masih ingat saya suka buat rambut. 

Dia juga akhirnya mengaku dia banyak mempengaruhi saya benda buatperkara yang tidak baik. Saya setuju...saya merokok pun kerana berkawan dengan dia (saya buat pendedahan dan dia memang mengaku). tapi jangalah kata saya tidak bersalah sebab saya tahu mana yang buruk, mana yang baik. Cuma pada zaman remaja tentulah mana yang lebih buruk tu lebih menarik, he he he. Dok gitu?

Saya suka sangat berborak pasal kenangan lalu. Mungkin itu saja yang saya mutlak milikinya dan bawa ke akhir hayat...(sedih pulak dah...).

Saya rasa gembira sangat sebab dia dah tak handsum mana, dan dia pula puji saya lebih handsum dari dulu. Maklumlah dulu saya kurus kering tapi punggung besar, hitam dan gigi ke depan sikit (sikit konon). Saya tidak nafi berbanding dulu, sekarang saya lebih yakin dengan penampilan.

Namun posting ini bukan pasal kehandseman saya yang dah sikit berganda tapi perihal blog dia. Dia beria beritahu dia ada blog. Dia sangat bangga sebab blog dia baru setahun lebih dah nak cecah pageview 15,000. Saya pula bila dia beria sangat beritahu pasal blog dia dan cara-cara nak suruh orang baca bloh kita, saya diam jea. Saya ni bukan jenis nak terus `cut' bila lihat kawan ghairah bercerita.

Dia siap (siap = juga) beri panduan pasal bagaimana nak suruh orang ramai baca blog kita. Dalam hati saya pada masa tu terfikir `sebab apa pulak nak suruh orang ramai baca blog kita?". Tapi saya diam jea. Saya dengar jea.

Dia beritahu jangan selalu tulis pasal kita sebab kita bukannya orang terkenal. Dia kata tulis pasal artis atau ahli sukan, ataupun pasal politik. Saya terus mendengar walaupun saya rasa tak semestinya orang nak baca pasal kehidupan seorang artis sahaja, mungkin kita sebagai pendidik pun orang nak baca. Orang nak tahu misalnya tentang kehidupan seorang pensyarah lara, pasal suri rumah wahima bekas banduan pun. Itulah pendapat saya. Namun saya senyap jea. Sebab dia juga yang belanja saya, he he he.

Saya pau rokok dia sebatang dan sambil dengar seorang pak cik nyanyi kareokea. Nyanyiannya sumbang sangat tapi saya tengok dia amat enjoy. bergelek-gelek gitu. Itu yang penting. Saya juga tengok bini dia nampak malu bila tengok laki nyanyi sumbang dan menari bagai kumbang putus tali. Bini dia siap tepuk tangan lagi bagi sokongan kepada lakinya yang sedang memalukan diri di khalayak ramai, he he he. Bahagianya mereka.

Dia akhirnya tanya saya `ada blog tak?'. saya kata ada, tapi tak ada masa nak menulis sangat, saya kata ada juga saya menulis sikit-sikit. Saya cuba merendah diri sebab melihat dia beria benar bangga dengan blognya itu. Dia ada tanya pasal berapa pageview saya. Saya jawab ada lah juga...

Dan selepas itu saya beri nama blog saya kepadanya. Dan dia beri nama blog dia pada saya. Namun saya tak buka sebab saya tak ingat dah nama blog dia apa. Nak mintak sekali lagi takut dia berasa hati. Dan dia pun setelah saya beri nama blog saya tak pernah dah dia nak bercakap pasal blog bila sms saya...

Jan: Semoga blognya terus berjaya...

2 comments:

Nong Andy said...

hehehe.. kalau dia terbaca ni.. hehehehe...

Abah Mui'zz said...

Pasal blog ni mang, rasanya orang berblog atas sebab yg berbeza2. Ada yg mmg suka menulis, ada yg suka berkongsi cerita, ada yg nak duit, dan macam2. Yg membaca pun ada macam sebab juga. Membaca sebab suka, membaca sebab nak tahu aib orang lain (artis terutamanya), membaca sebab nak ambik ati tuan punya blog, dan sebagainya.

Apapun tujuan dan asbab, yg penting kita bahagia dgn apa kita buat.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home