Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 5, 2012

Datok Sharifah Aini dan DFP


Asalamualaikum dan salam 1Malaysia Abang Jan ucapkan kepada para pembaca blog Abang Jan. Semoga hari ini kita semakin bersemangat dan rajin bekerja. Jangan tension sangat, kerja memang tidak akan habis sampai mati. Kita buat jea yang terbaik mampu. Bekerjalah dengan ikhlas dan benar.

Dan semoga kita seperti biasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmatiNya. Kepada yang kurang sihat tersebut, cepat-cepatlah ke klinik. Manalah tau sekarang ni penyakit deman dan selsema pun boleh bawa kita ke kubur, haaa... Kepada yang seangkatan dengan Abang Jan, iaitu yang dianiaya, dihianati dan dicurangi, Abang Jan berpesan jangan bunuh diri pulak, bunuhlah orang yang aniayai kita tu. Opps, Abang Jan bergurau jea, sapalah kita untuk ambik nyawa orang dan nyawa kita.

Hari ini sekali lagi Abang Jan ingin memperkatakan perihal Biduanita negara kita. Bukan pasal kegigihan beliau keluar dari wad untuk terus tunaikan tanggungjawabnya dalam Mentor, tetapi perihal beliau dengan DFP (Dewan Filharmonik Petronas). Sehingga ke hari ini Abang Jan masih tertanya-tanya kenapa penyanyi kesayangan Abang Jan yang gah sepanjang zaman (4 dekad) terus gagal tembusi tembok DFP, di KLCC.


Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini 

Abang Jan ada terbaca dalam akhbar perihal isu ini. Sebenarnya sebagai peminat datok, perkara ini sudah lama Abang Jan pendamkan. Ramai peminat biduanita negara kita ini tertanya-tanya kenapa? `Y' orang putih kata. Bagi seorang penyanyi tentulah menyanyi/beraksi di tempat yang berprestige sebegitu adalah suatu yang membanggakan dan merupakan satu pencapaian impian. Kelas gitu kalau dapat nyanyi di situ, hebat!. Sapa yang dapat masuk sana sebagai penontong pun boleh besar lubang hidungnya. Ada syarat-sayaratnya bila nak beli tiketnya... Kalau setakat mampu beli tiket, tak tentunya boleh masuk. Penyanyi yang hebat-hebat sahaja berpeluang untuk beraksi di situ.

Maka tidak hebatkah Datok Sharifah Aini Abang Jan ini?  Lebih hebat lagikah Anuar Zain dan Dayang Nurfaezah, atau lebih hebatkah Yuna yang baru-baru ini mengadakan persembahan mereka di sana? Kalau di negara barat, pengiktirafan akan diberikan kepada penyanyi tersohor yang menyumbangkan banyak jasa terhadap industri hiburan.

Mungkinkah kerana tiada penaja? Abang Jan rasa mungkin juga salah satu faktor kot. Tetapi kenapa penaja tidak berani menaja? Takut tak laku? Mustahil!. Tak kanlah susah sangat nak cari sejumlah peminat datuk ke DFP. Sedangkan peminat dari Brunai, Indonesia dan Singapora datang ke konsert Kak Pah. Sedangkan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah juga pernah meluangkan masa ke `Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini'. Dan konsert Kak pah di Singapura dihadiri oleh presiden Singapura.

Datok sendiri pernah mengatakan dia sebenarnya senang mengadakan konsertnya sendiri kerana tidak mengharapkan penaja. Mungkin Kak Pah akui sukar untuk mendapatkan penaja bagi pihak dia. Siri-siri konsert amalnya juga dijalankannya sendiri. Kita berbalik kepada tajuk posting...

DFP (Dewan Filharmonik Petronas)

Abang Jan hairan bin ajaib kenapa tiada penaja yang mahu menaja biduanita negara kita sedangkan peminatnya ramai. DFP  tersebut khabarnya bukannya besar sangat (Abang jan tak pernah pergi, lihat gambar jea). Boleh muat dalam 500 orang sahaja. Tak kanlah peminat datok seramai 500 orang tidak akan berkejaran ke DFP.


Kak Pah pernah membuat konsert di Victoria Concert Hall di Singapura. Beliau adalah penyanyi Asia yang pertama dapat menyanyi di sana. Biasanya pentas berprestage ini dimonopoli oleh penyanyi barat sahaja.  Tetapi Kak pah sudah memecah tembok tersebut bagi menunjukan betapa gahnya penyanyi negara Malaysia. Dewan luar menerima Kak Pah, dewan kita sahaja buat tak tahu...tutup pintu.

Dan Datok Sharifah Aini juga telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan `konsert Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini' di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. 

Dalam hal dewan, nasib Kak Pah tidak sebaik Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Yusni Hamid, Datuk M Nasir, Datuk Sheila Majid, Tan Sri S. M. Salim dan Datuk siti Nurhaliza yang dapat masuk DFP. Inilah yang buat Abang Jan meluat. Bukan Abang Jan kata mereka tak layak, memang layak dan Abang Jan   minat juga mereka contohnya Datuk Sheila Majid (lagu `kumohon' Kak Sheila buat Abang Jan sedih mengingatkan perihal Abang Jan dianiaya, lantas `kumohon' dia tidak akan bahagia!), tetapi Abang Jan terkilan sebab nama besar seperti Datok Sharifah Aini, tercicir sokmo.

Abang Jan mengikuti dan mengkaji perkembangan Kak Pah daripada jauh. Tahun lepas Kak Pah mengaku dia tidaklah sepopular mana berbanding artis-artis sekarang, dan tahun ini pula selepas konsert sempena Hari Ibu beliau juga sekali lagi merendah diri mengaku suaranya tidak sehalus dulu. Namun semua itu tidak boleh menidakkan sumbangan beliau terhadap dunia seni suara di Malaysia. Siapa artis paling banyak merakamkan album di Malaysia? Siapa artis syarikat rakaman yang menyambung kontrak paling panjang dalam sejarah Malaysia? Siapa artis paling banyak merakamkan lagu duet di Malaysia? Siapa artis paling banyak merakamkan lagu raya di Malaysia? Siapa artis pertama merakamkan album asli di Malaysia? Siapa artis artis pertama dan paling banyak merakamkan album inggeris di Malaysia?. Siapakah artis pertama Malaysia yang digelar `Superstar'? Malas saya nak senaraikan percapaian dan penerokaan dunia seni Kak Pah. Kalaulah Kak Pah jenis gila masuk pertandingan pada masa muda, dah beribu dia dapat anugerah... dah sepuluh almari.

Mungkin nasib Kak Pah akan menjadi seperti Tan Sri P Ramlee kita, iaitu baru disedari ke`gah'annya bila sudah tiada.... Begitulah orang kita, tak pernah nak ambik pengajaran. Memang buat masa ini tiada pengkaji mengkaji kehebatan biduanita negara kedua ini sebenarnya sudah melebihi/melangkaui kehebatan biduanita negara pertama kita.

Abang Jan sudah tidak berupaya mencari jawapan yang sesuai dan tepat kenapa Kak Pah gagal ke DFP. Atau pihak DFP (orang besar di DFP) tidak minat Datuk Sharifah Aini? Mereka minat Yuna? He he he. 

Abang Jan sudah berputus asa...

"Tidak mengapalah Kak Pah, Abang Jan rasa Kak Pah lebih tinggi dan berprestage berbanding dengan Dewan tersebut. Dewan tersebut tu kalau kita/negara ada duit kita boleh bina sampai sepuluh buah pun!. Tapi berapa nilai nak hasilkan pencapaian yang hebat sepanjang zaman? Duit tidak boleh buat. Program realiti juga tak boleh hasilkan penyanyi segah Kak Pah...Haaa...

Lantas Abang Jan mengubah fikirang. Apalah hebat sangatnya DFP tu, DFPlah yang sepatutnya merayu, menjemput Datok Sharifah Aini!. DFP kena anjur konsert secara percuma! He he he.

Mungkin bila Kak Pah dah tiada nanti barulah ada `tribute' untuk dia di DFP. Pada masa tersebut mula lah satu kehilangan besar konon! ...

Abang Jan: Huh! huh! huh! 

1 comment:

MyFreeMinded said...

Sebab mereka2 yang mengaku sebagai pejuang muzik tanahair kita ni tak ada pendirian yang tetap.. berjuang ikut "pilih kasih" dan dapat pulangan "poket sendiri".. yang mana patut diutamakan dipandang sebelah mata...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home