Petang tadi ketika saya sibuk mengemas meja kerja yang berselerak, saya menerima suatu panggilan tak terduga yang bukannya panggilan temuduga.
Pada mulanya saya ingatkan panggilan dari pejabat utama ke opis saya tetapi rupanya sambungan dari seseorang melalui pejabat ke opis saya.
Panggilan tersebut daripada hasrat seorang ibu. Dia beritahu semester lepas anaknya gagal. Saya ingatkan dia nak marahkan pensyarah. Ya lah ada ibubapa bila anaknya gagal pensyarah/guru dan sistem pendidikan Malaysia yang salah. Bila anaknya cemerlang, anaknya bijak! He he he. Hairan kan? Selamat datang ke Malaysia.
Tetapi rupanya panggilan itu datangnya dari seorang ibu yang bertanggungjawab. Dia nak minta tolong saya tengok-tengokan pelajaran anaknya. Semester ini katanya anaknya belajar dengan saya. Dia bimbang anaknya gagal seperti semester lepas.
Saya beritahu pelajar mesti rajin kerana pensyarah sebenarnya terhad sangat masanya. Maksud saya ada kerja lain yang selain dari mengajar.
Saya beritahu pelajar mesti rajin kerana pensyarah sebenarnya terhad sangat masanya. Maksud saya ada kerja lain yang selain dari mengajar.
Saya juga sebenarnya bimbang sebab ada juga pelajar yang belajar dengan saya dan akhirnya gagal. Maksudnya tak lulus subjek yang saya ajar. Saya ni bukannya pandai sangat mengajar, pelajarlah yang kena juga berusaha. Saling kerja kuat.
Namun saya kagum dan senangi dengan sikap ibunya yang perihatin. Saya juga tak semena-mena berjanji akan tengok-tengokan anaknya tersebut. saya akan beri nasihat yang berguna.
Jan: Kerja mengajar bukan hanya mengajar?
1 comment:
hohoho... ibu itu seperti aku (ahahaha.. belum lagi dah start fikir macam tu- siap ingat nak rasuah pensyarah kasi lulus anak akakaka)
*besar sungguh rasa hati seorang ibu nak lihat anaknya berjaya. adakah si anak itu sedari itu 9ewah.. aku teringat bebelan ayah aku suatu masa dulu suh aku belajar!)
Post a Comment