Kadang-kadang sukar untuk saya mempercayai bahawa saya sudah menulis sebegitu banyak. Dan lebih sukar juga untuk saya percaya bahawa ada juga para pembaca bukan sahaja membaca penulisan saya kerana tersesat tetapi memang mengikuti blog ini pada setiap hari yang berlalu.
Blog ini bercerita mengenai banyak perkara. Antaranya, saya suka menulis mengenai hal rumahtangga dan kasih sayang. Mungkin kita lebih tertarik kepada apa yang kita tiada (bila ada, abaikan pulak, he he he).
Semoga penulisan-penulisan saya dapat memberikan impak yang positif untuk santapan minda, kalau tidak pun membuatkan pembaca tersenyum (gembira) atau termasam (sedih). Ringkasnya membuatkan pembaca saya ada perasaan, ada hati perut.
Jika para pembaca mahu mencari kesempurnaan, kelengkapan atau ketidakadasalahan, blog saya memang tidak memenuhi tuntutan tersebut (mungkin boleh cari blog berunsur agama yang pemiliknya kelihatan sempurna 100% atau lebih).
Anggaplah saya seorang pelara yang bersalah (kerana kerap menyelit unsur kelaraan dan kepesimisan dalam penulisan) yang terus menulis daripada jiwa, yang selagi jiwa lara membara...
Kadang-kadang saya bimbang blog saya membawa pengaruh yang buruk dan jahat. Namun tak kanlah blog saya sekuasa itu dan minda pembacanya sekerek itu. Ya! (sambil bulatkan mata dan tiba-tiba saja buat-buat serius dan tunduk sikit macam dekan lalu kat depan) inilah saya yang terkadang lemah, terkadang kuat (selalunya lemahlah, he he he).
Saja saya celahkan hal ini apabila sebentar tadi saya terfikir sampai bilakah saya mahu terus menulis kerana setiap perkara (kecuali kasih sayang dan dendam saya) akan ada titik noktahnya.
Jan: Kata orang jangan sesekali menghina dan aniaya sesama manusia (kecuali dia memang hina?), kerana ada kemungkinannya orang yang anda hinai itulah orang yang paling menyanyangi anda di dunia ini..., melebihi daripada segalanya...bla-bla bla (sambil buat-buat menyapu air mata (yang tiada, he he he) dengan tali leher yang dihadiahkan oleh seorang kawan yang baru balik daripada menghabiskan (mengalirkan) wang Malaysia ke luar negara.
4 comments:
Saya tertanya juga sampai bila mahu menulis.. tiada jawapan yang pasti.. yang pastinya saya suka menulis.
saya juga Adie...
harap teruskan menulis. saya suka baca cerita kehidupan di blog ni :)
Namun saya tidak perlu buat apa-apa sebab daripada rekod, orang yang memfitnah atau memburukan saya, akhirnya ke tanah jua.
Like!
p.s: Saya dilanda pelbagai kesibukan langsung tak dapat menulis!
Post a Comment