Makanan ikan
Di rumah saya di Muadzam ada beberapa stok makanan. Bukan persedian untuk banjir atau bencana alam. Ini makanan untuk ikan gupy dan ikan moly saya. Butirannya halus. Kalau hati saya resah gelisah, saya beri la makanan lebih sikit pada ikan. Kalau saya girang alamatnya banyak minum air jea lah ikan tu, he he he.
Makanan kucing
Ini pula makanan untuk kucing-kucing jiran. Saya selalu beli makanan untuk mereka sebab kesian dok mengiau bila lapar. Bila saya fikir-fikirkan saya lebih akrab dengan kucing jiran berbanding dengan jiran saya, he he he. Pelik kan? Tapi `selamat datang ke planet bumi', banyak yang aneh-aneh lagi. Makanan kucing ni tak sedap mana. Saya pernah rasa masa saya lapar dan malas ke kedai. Rasa mentah jea. Tak best, tak payahlah cuba makan. Tapi mungking sebab ni jenis murah, haaa...
Makanan pensyarah
Ini makanan saya. Ia dipanggil keropok goreng reja. macam cekedis. Saya goreng dan simpan. Ranguk makan bila tengok tv. Sedar-sedar licin setupperware (amboi siap beritahu pulak pakai tupperware). Kadang-kadang saya amat malas. Saya nak masak maggie pun malas. Bila datang malas saya makan jea apa yang ada. Dan bila makanan kucing abis saya beri keropok ini pada kucing. Kongsi.
Jan: saya juga makan hati....
3 comments:
ha.. prodiet. dulu masa kucing aku masih idup, itu le juga yg aku beli utk kucing aku.. (time tengah pokai.. kalau time baru gaji boleh le belikan dia wiskas ke.. friskis ke..)
yg pntingnya ia murah sikit tapi kucing aku tak komplen (memang x koplen.. daripada lapar! hehe)
now kucing aku dah xde jadi aku jaga kucing kawan jer utk beberapa hari ni.
makanan ikan tu.. shinta pernah bagi ikan makan smpai ikan2 tu semua timbul perut-terbalik(Mati!)
ha.. yg makanan pensyarah tu aku no komeng ahahaha..
"Bila saya fikir-fikirkan saya lebih akrab dengan kucing jiran berbanding dengan jiran saya, he he he"
*statement jujur dn keji :) I lIke
Nong,
dulu bagi jugak frinkis tapi tak daya sebab kucing banyak di taman perumahan. He he he.
Adie,
memang betul, he he he. Balik lewat petang. nak relek jea. Jiran-jiran pun balik lagi lewat sebab pergi ambil anak-anak dan bini. sememangnya lewat... he he he.
Post a Comment