Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 4, 2012

Anak durhaka: Salah siapa?

Sebaik sahaja saya labuhkan punggung saya (yang besar) di atas kerusi rotan itu, saya terperanjat giler bila tiba-tiba anaknya meninggikan suara. Anaknya sangat biadap bila bercakap dengan emaknya. Rupa saja elok tapi hati kotor. Biadap! Memalukan emak sendiri depan kawan-kawan maknya.

Saya rasa nak tampar jea 3 kali. Sekali tampar dia akan tanya " Kenapa tampar orang ni!". Saya tak akan jawab tapi saya akan tampar sekali lagi sebab saya mahu dia berfikir sendiri apa salah dia sehingga orang tampar kita. Tapi kalau tamparan ke dua pun dia masih tanya apa salah dia, saya beri tamparan ketiga sebagai `upah' atas ketololan otak dia untuk berfikir. Haaa... (amboi sedapnya nak tampar anak orang, tamparlah anak sendiri, atau anak kucing jiran)

Darah saya tersirap dan teroren sangat!. Saya pantang bila anak derhaka ni. Tak sedar diri awak tu mak awak suapkan  dan basuhberakan dulu. Bila besar jadi durhaka giler.

" Siap la kau nanti tak bahagia dunia akhirati. Mana taknya bercakap dengan makbapak menengking macam kerja kat sarkas. Teruk betul budak zaman sekarang..." Bentak hati saya tiba-tiba kaitkan dengan budak zaman sekarang walaupun hakikatnya ada budak zaman sekarang baik.

Saya buat-buat selamba jea, saya tak tatap muka kawan saya. Saya tak nak malukan dia. Saya harap bila dia terbaca blog ini (namun saya percaya tak ramai kawan sekeliling saya membaca blog saya, mereka baca jurnal. Kawan maya saya yang rajin membacanya...) dia akan faham saya bukannya marahkan dia atau nak burukan dia. 

Namun saya tertanya dengan ikhlas bahawa adakah perangai derhaka tersebut juga sebenarnya lahir daripada cara kita didik anak kita? Haaa... Saya bukan nak menyalahkan mak bapak 100%. Kalau kita dah cuba sedaya upaya didik dan beri pelajaran tetapi dia lupa diri dan derhaka macam dalam drama swasta tu, apa kan daya.

Sampai hari ini saya terbayang lagi, bercerek (beria-ia) dia marahkan maknya (kawan saya). Macam orang gaji dibuatnya. Kalau orang gaji pun kita tak patut marak sedemikian rupa (walaupun kita bayar)


Bila dah besar sama tinggi dengan mak, jangan derhaka tau. Jangan asyik ikut cakap bini jea!



Jan: di akhir zaman benar rupanya `hamba melahirkan tuannya"...

1 comment:

Nong Andy said...

erk?? hamba melahirkan tuannya..

*aku dah tak ada emak.. tapi aku ada anak..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home