Setelah hampir setengah tahun berjanji dengan Adnan, barulah saya berkesempatan ke rumahnya untuk ambil pokok kektus Miki Mausenya. Saya kerat dan pecahkan dan tanam belakang rumah jiran saya (tetapi dalam tanah saya. Haaa). Rujuk gambar di atas, abaikan kain baju jiran yang dijemur.
Entah tumbuh entahkan tidak kerana tanah di kawasan saya lembap dan 24 jam basah. Kektus tahan lasak hatinya, walaupun kontang, kering berdebu dia boleh hidup. Alangkah bahagia jika jadi kektus. Tapi tentulah lebih jauh bahagia jadi manusia yang bahagia. Sayang ulangi `manusia yang bahagia'. Emmm...
Nanti adalah tu pihak akan tanya kenapa tak tanah buah mangga ke, kelapa ke, daun limau purut ke, serai ke, pandan ke dan sebagainya. Tapi kalau kita tanam lada, kesian pulak kat petani...Haaaa... (kononnyalah, he he he)
Kat tengah-tengah tu hajat nak letak gazebo tapi duit tak ada lagi...Kalau ada gazebo bolehlah tido kat situ, buat-buat mewah walaupun tengah bulan dah sesak, he he he.
Kelihatan juga pokok Brazillian Ironwood yang hidup segan mati tak mahu tu. Tak subur, puas dah saya bubuh baja. Ada pihak kata tak subur sebab akarnya berendam air. Kesian pulak, tapi lebih parah kalau hidup berendam air mata...oh.
Kelihatan juga Myvi putih saya yang pendek tersebut. Kelihatan juga rumput. Begitu juga pokok-pokok manggis saya yang malu nak subur, dah bubuh baca kimia, baja fizik, baja organik tahi lenbu, ayam itik. Tetap tak subur. Kata jiran bawah tanah tu ada air..hitam pekat.
Pagar belakang rumah ni masih jenis pagai dawai macam balairaya. Hari tu dah panggil tukang buat pagar. Dia nak RM9,500 untuk belakang saja. Saya terdiam terus terkedu bagai bumi kehilangan paksinya. Bagai seluar tak berzip. Tapi salah taukeh zip juga, kenapa buat zip yang tak bermutu? Huh! Atau salah kilang seluar sebab beli zip yang tak bermutu?
Saya harap pokok kektus ni akan membesar, nanti cantik sikit kawasan belakang rumah jiran saya ni. Sebenarnya saya sengaja tanam kektus sebab peliharaannya minima sahaja.
Sebab yang lain ialah tanah luas, nak renovek tak ada duit. Tanam jealah apa-apa...he he he.
Jan: Terima kasih Adnan.
No comments:
Post a Comment