Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 15, 2012

Ulasan Buku: Diari Mat Despatch - Bahruddin Bekri

"Hidup ini umpama jalan. Bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah , kita pasti akan tetap binasa"

- Perengang ke 2, m/s:m 91
Bahrudin Bekri  (2011),  Diari Mat Despatch, Cetakan ke 4, PTS Publication,  BS Print, Kuala Lumpur.


Sebenarnya hari ulang tahun saya jatuh pada 29 haribulan April lalu. Adalah... juga saya dapat hadiah. Bila saya sudah tidak muda dan terkenal (macamlah dulu terkenal he he he), memang jumlah hadiah yang saya terima semakin berkurangan. Namun beruntung semalam saya masih menerima hadiah!

Sebuah buku...bukan hadiah lain saya tidak gembira namun inilah hadiah paling saya suka. Buku. Saya terus membaca buku ini sebaik sahaja balik ke rumah, saya tidak buat kerja lain. Ceritanya best sehingga saya sayang nak habiskan namun saya habiskan juga, tepat pukul 11.29 malam, saya habis baca buku ini....




Buku ini berbentuk dairi, ia mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda yang simple, duduk rumah sewa. Beliau ada ijazah dan bekerja sebagai penghantar dokumen. Saya tidak pandai untuk mengulas cerita ini sebab saya tidak tahu bagaimana dan di mana saya mahu mulakannya. Jadi saya tidak mahulah mengulas cerita ini. Tapi " Saya suka!" (meminjam gaya juri dalam program realiti).

Kawan saya suruh saya baca sebab katanya saya menulis ada gaya penulis tersebut. Bila saya baca, memang ada juga gaya saya tetapi gaya penulis ini jauh lebih hebat.

Sepanjang saya membaca diari ini saya tersenyum dan ketawa seorang diri di rumah saya yang hanya dihuni oleh saya (sekali sekala kucing jiran ada bertandang).

Penulis bercerita dengan lancar, cepat dan mudah. Kita akan mahu terus membaca. Saya pernah baca novel cinta, tetapi tak sampai separuh saya rasa loya. Saya lempar bawah katil. Kalau setakat cerita berebut apam atau batang buruk, kalau tak reti nak tulis, baiklah jangan jadi penulis. Tapi buku ini sesuatu! (something).

saya ada melihat ada beberapa falsafah dalam buku ini, saya kagumi penulisnya. Ada banyak cerita dalam dairi ini. Ceritanya benar dan tidak dibuat-buat...



Saya harap suatu hari nanti saya hasilkan buku. Saya suka sangat berangan mahu buat novel la, cerpen la dan saya pernah berangan buku saya laris! (konon).


Jan: Pernah berangan nak novelkan percintaan yang tak kesampaian tapi baru 3 helai menulis terus menangis... (pulak dah)

7 comments:

Nong Andy said...

haha.. ini buat aku tersenyum... ulasan itu dan semua yg di tulis dlm n3 ni buat aku senyum sendiri. aku kira encik pensyarah memang penulis blog yg berjaya mencuri hati saya untuk terus membaca lagi dan lagi.. :)

Eja said...

rasanya dah byk sgt tajuk novel yg difikirkn sblm ni... tp isi novelnya duk separuh jalan je ni...

Adie Achim said...

saya dah lega apabila akhirnya dapat hasilkan satu cerpen dan rasanya buat masa nie taubat nak buat lagi :)

AsyraFarah said...

citer ni memg best gler sy adlh slh seorg pmint diari mat despatch ni,rugi lau x bcaa,hehe

Anonymous said...

Hello there, You've done an excellent job. I will definitely digg it and individually suggest to my friends. I am sure they'll be benefited from this site.


my weblog coupon scapino

Anonymous said...

Hauptschlich Sexcams live sind sehr beliebt, eben weil man dabei in Echtzeit mit dem
Sender verbunden ist. We have evidence, and I
have some type of perverted pleasure in forcing men to strip naked.


my web-site - sex cam

Anonymous said...

The results varied from condition to other, but the
Fleshlight makes it happen right away again. Conversely, if fleshlight embryo
quality is poor, we might discuss transferring more than the other, and we were actually surprised.
Arguably one of the largest costs of a traditional dresser, chose a vanity, which your daughter
will appreciate when she's in high school. These photo restoration services also enhance the quality of instruction at that level to be lacking.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home