Buat sementara waktu saya tidak akan muncul lagi di pasar minggu itu lagi, sekurang-kurangnya bila rasa malu tersebut hilang. Ceritanya begini:
" Bang tutup zip seluar tu" Tiba-tiba pemuda yang jual kain pasang (kain ela) tu tersengeh memberitahu saya setelah saya duduk mencangkung untuk membayar harga kain (setelah dia ambil duit RM50 daripada saya). Ya allah saya tidak sedar apabila saya duduk mengcangkung ada sesuatu yang turut keluar...dari seluar saya.

Memang pembeli kena duduk mencangkung bila mahu membayar kain yang dibeli sebab penjual duduk bersila di tengah timbunan kain.
Ada kain dihanger dan digantungkan dan ada kain yang dilambakan sahaja. Tetapi jika kita hendak membayar setelah pilih kain kita kena tunduk atau mencangkung sebab tuannya (penjual) juga duduk di antara timbunan kain tersebut.
Gambar di atas hanya hiasan: Penjual tersebut bangun berdiri, cuba bayangkan dia duduk, dan cuba bayangkan saya duduk mengcangkung sambil mengada tawar menawar tapi tak sedar keadaan seluar saya. Cuba bayangkan...
Saya memilih khemahnya sebab kain pasangnya cantik, sesuai untuk dibuat baju kurung. Saya beli kain pasang untuk anak saudara yang akan melanjutkan pelajarn selepas SPMnya.

Peristiwa ini berlaku di Pasar Minggu Pekan, pahang. Belakang hospital lama. Memang hari itu saya malu besar. Tabiat saya yang tidak suka pakai seluar dalam akhirnya memakan diri saya setelah berumur 42 tahun. Sehingga saya hampir bersumpah saya akan selalu pakai underware 24 jam walaupun waktu tidor. Tetapi oleh kerana telah banyak sangat saya bersumpah, takut terlanggar sumpahan pulak jadi batu. Saya tak jadi bersumpah sebab itu bukan salah saya. Takdir hidup saya....
Walaupun saya selamba bangun dan cuba betulkan zip tersebut tetapi sebenarnya hanya allah yang tahu betapa malunya saya. Bertambah malu ada mak cik yang tersenyum bila melihat saya yang gagal membetulkan zip saya. Mungkin zip saya rosak.
Jan: Biarlah zip rosak, jangan akhlak rosak. kan? kan?

No comments:
Post a Comment