Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 21, 2012

Hobi mengumpul setem

Saya berhenti daripada hobi ini (secara mendadak) sebaik sahaja menjejak kaki ke sekolah menengah. Berada di sekolah menengah (Sekolah Menengah Tengku Mahmud) membuatkan saya perlu berhadapan dengan banyak perkara baru. Di tingkatan 1, dunia saya lebih luas dan kompleks. Di sinilah saya berhenti daripada menjadi seorang pengumpul setem. Saya tidak mengambil keputusan untuk berhenti, ia terjadi begitu saja.


Sebenarnya saya berniat menulis entry ini apabila ketika saya mengemaskan barang, saya terjumpa buku setem lama saya (rujuk gambar di atas) yang berusia lebih daripada 30 tahun ini. Buku ini telah lama berada dengan saya kerana memang saya membawanya bersama saya pada setiap kali saya berpindah randah sehinggalah saya berumur 38 tahun (kini awal 40an). Ketika saya menatapnya...maka terimbaulah kenangan lalu...

Saya membeli buku setem ini di Kota Bharu ketika pergi berjalan-jalan bersama keluarga. Pada masa tersebut manalah ada terjual buku setem di pekan saya tinggal, Pekan Jerteh, Besut. Pada masa tersebut hanya ada satu sahaja kedai buku di Jerteh dan ianya tidak pula menjual buku setem.




Masih lagi saya teringat betapa gembiranya saya ketika dapat membeli buku tersebut. Hanya saya dan tuhan yang tahu. Saya ingat pada masa tersebut saya telah mengunting kertas tisu basuh tangan dan tampalkan kepada muka hadapan dalam buku ini (lihat gambar di atas). Saya berhati-hati menggunakan gam sebab bunga di kertas tisu ini sangat nipis. 

Rupa-rupanya semenjak kecil lagi saya merupakan seorang lelaki yang halus dalam kerja tangan, banyak berbeza dengan kebanyakan lelaki yang saya dengar sangat pandai dalam `kerja kaki'...


Saya ada mengumpul setem dari serata dunia. Kadang-kadang sengaja saya jadi pen pall dan menulis kepada kawan di luar negera. Saya ingat lagi ada pen pall saya kirim gambar dia yang berbikini. He he he. Namun saya tidak sampai umur lagi pada masa tersebut. Saya hanya pandai menikmati pantai yang cantik dan bukannya menikmati badan yang cantik. Haaa...


Setiap setem ada cerita. Ya cerita yang hanya saya sahaja tahu. Contohnya lihat gambar di atas. Setem-setem tersebut saya beli sendiri di Pejabat Pos Kampung Raja. Ada di antaranya saya naik basikal BMX untuk ke pejabat pos. Bila beli setem saya selalunya terus cium cepat-cepat depan kerani pos, sebab bau setem baru yang baru dikerat best, jadi stim kalau hidu. Tapi bukan stim jenis ghairah. Pada masa tu saya belum sampai umur (saya sampai umur masa tingkatan 5, lepas exam SPM).

Saya bukan sahaja mengumpul setem negeri dalam negara Malaysia sahaja, tetapi juga ASEAN dan luar negara yang jauh, contohnya seperti Kanada dan China. Mungkin pada masa tersebut kalau ada planet lain selain bumi (kalau mereka menggunakan sisitem pos guna setem), nescaya saya juga akan mengumpul setem dari planet mereka juga. Namun saya rasa mereka lebih maju daripada kita, mungkin mereka ketawa terbahak-bahak bila tahu kita masih menggunakan setem. He he he.


Gambar di atas pula adalah setem lama, ada setem yang semasa Malaysia zaman Malaya dahulu. Cantik setem ini, saya dapatinya dari rumah datuk saya. Setem lama nampaknya lebih halus lukisannya (tidak semua).

Saya rasa sudah sampai masanya saya mahu menjual album setem ini kepada sesiapa yang berminat. Di dalamnya ada 272 setem yamg menarik.

Saya tidak pandai hendak bercerita bagaimana seronoknya bila kita kumpul setem. Kalaulah keseronokan tersebut boleh daya berpanjangan... Bila saya dewasa banyak perkara lain lagi yang berlaku menimpa saya dan yang saya terpaksa hadapi. Namun saya tetap bersyukur kerana saya mempunyai zaman kanak-kanak yang manis walaupun bila dewasa kemanisan tersebuk menawar... Ya, saya tetap bersyukur...

Jan: Tak sangka saya akan berakhir sebagai seorang pengumpul duka...

7 comments:

Nong Andy said...

banyaknya setem... mesti gigih mengumpul ni :)

Adie Achim said...

Saya suka setem.

Saya pernah begitu obses dengan setem (membelek-belek setiap hari dan membawanya tidur bersama.

Saya menggunakan pen pal untuk mendapatkan setem dari negara luar.

Saya pernah mencuri setem dari sampul surat (dulu tak ramai ada peti pos, biasanya hanya ketua kampung jer yang ada, jadi saya suka ke situ kononnya untuk melihat kalau ada surat tapi sebenarnya saya mencuri setem. Berdosakah saya? Saya baru berumur 9 tahun pada ketika itu)

Kini saya masih mengumpul setem tapi lebih kepada setem kenangan (set setem sempena apa2 acara/event)

p.s: Saya berminat dengan buku setem anda... camana tu?

mywriteday said...

wahhhh, saya nak beli setem tu??

Nurez Amani said...
This comment has been removed by the author.
Nurez Amani said...

assalamualaikum,saya berminat untuk memuatkan hobi awak dalam ruangan artikel saya(final project).

sila beri respon melalui emel : nurezamani07@gmail.com

*Thanks, kerjasama amat diperlukan :)

marina said...

salam....dah ada yang beli ke setem semua tu....?

Mat Tempoyak said...

Dah ada orang beli ke album tu? Kalau tak ada lagi , saya berminat.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home