Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 15, 2012

Saya dalam percintaan...!

Saya semakin sesuatu dengan PML (pinggang mangkuk lama). Saya rasa galak, mengada dan teruja bila lihat PML. Dan jangan tak tahu saya banyak kali tersenyum sorang bila tatap PML saya dalam almari. Sekarang saya semakin mengetahui mengapa ada yang minat giler pada PML ini. Maksud saya bukan orang gila tetapi sangat minat tahap gaban.

Ada suatu perasaan muncul bila menatapnya. Suatu perasaan yang saya tidak dapat huraikan di blog ini. Perasaan nikmat tetapi bukan seangkatan dengan nikmat seks. Ia lebih kepada cinta.

PML selalu di minda saya bak kekasih lama (yang curang dan puaka!) Malah saya bimbang kalau rumah saya dimasuki pencuri, mereka ambil PML saya. Ya saya lebih sayangkan PML saya daripada LCD Sony saya yang 40 inci (siap beritahu tu).

Kalau saya ada tuiter tentu saya luahkan dalam tuiter tersebut untuk peminat saya tahu getaran hati saya sekarang. Cinta hati saya PML.


Hah?, kat opis pun ada PML?

Saya rasa seperti mahu terbang mendapatkan PML saya di Kuantan. Oh sukar saya nak terangkan di sini kecuali para pembaca merasainya. Maksud saya ada merasainya.

Koleksi saya sangat ciput. Ya lahkan sukar untuk mendapatkannya. Dan kalau ada pun mahal. Kalau satu set lebih mahal dari sportrim atau tekonya lebih mahal dari bedakk compak SimplyCT... Haaa. Ya mahal bagi orang macam saya. Mungkin tak mahal bagi pembaca blog saya? Haaa...

Sebenarnya PML ini adalah serampang dua mata saya. Mak saya tak tahu yang saya kumpul ni pun untuk ubati hati saya yang...yang lara. Haaa. Tapi saya rasa emak sebagai seorang ibu perasan yang bertahun ini saya hidup half alive... Sebab itu dia selalu cakap:

" Mak bimbang nak tinggal abang seorang..." Tiap kali emak saya nak balik ke kampung. sekarang dah jadi hobi baru mak saya datang tengok saya.

Tapi ini bukan pasal posting hal mak saya. nanti saya menangis pulak...


Jan: Saya sudah beritahu kepada seorang anak saudara saya bila saya dah tiada PML ini semua miliknya. Dia ada taruh minat. Minat nak juat kot, he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home