Antara hobi saya ialah perangat(hangatkan) makanan. Biasanya saya perangat makanan pada waktu malam dan selepas itu saya biarkan ia sejuk sebelum masukan ke dalam tupperware (sebelum ke peti ais). Saya rasa itulah yang sepatutnya manusia lain di planet bumi ini lakukan, iaitu pastikan makanan bersyhu panas tadi berada dalam suhu bilik sebelum dimasukan ke peti ais.
Namun tidak juga selalunya begitu. Bila makanan sudah sejuk, saya pula terlupa masukan dalam peti ais sebab ralit tengok tv atau melayang perasaan lara. Dan keesokan harinya apabila pulang daripada kerja, baru saya teringat bahawa saya terlupa!. Tetapi kali ini saya bukan masukan makanan tersebut ke peti ais tetapi ke tong sampah.
Mengapa? Haaa... Sebabnya kata mak saya, kita tidak boleh biarkan makanan terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam. Kuman cepat membiak pada suhu bilik. Sebab itulah untuk elak basi makanan kena berada di dalam suhu kurang dari 5 darjah celcius (dan sudah tentu tempatnya bukan di bawah ketiak kita tetapi di peti ais).
Begitu juga semasa saya memanaskan makanan saya pastikan makanan dipanas melebihi 60 darjah selcius. Tetapi tiada pula alat nak ukur panas kuali teafal saya. Maka saya panaskan sehingga gelegak/mendidih. Kira 100 darjah celsiuslah tu. Tapi kalau panas dalam oven ia ada penunjuk suhunya. Senang.
Nanti pabila bulan puasa menjelma, pastikan makanan berbuka yang lebih (kalau nak makan lagi pada waktu sahur), letaklah di dalam peti ais dan hangatkan nanti bila mahu berbuka. Jangan lepas berbuka... seabek gitu jea makanan ditutup dengan saji dan waktu sahur baru la gatal nak panaskannya. Kena letak dalam peti ais, ingat tidak boleh terdedah semama lebih 2 jam pada suhu bilik. Kalau tak kuman dalam makanan akan giat pulak berumahtangga dalam usus kita.

Sebagai seorang bujang telajak (jodoh rahsia tuhan... tolonglah jangan nak tolong jodohkan saya lagi, minggu lepas saya dah tension 2 hari. Nanti saya cerita di posting yang lain sebab posting ini hanya fokas kepada tabiat kita bila berhadapan dengan makanan berlebihan yang nak kita simpan), saya mesti peka dalam menyediakan makanan sebab yang nak makan adalah saya sendiri.
Semasa memanas tersebut juga sayurgia diingatkan kita haruslah kekalkan suhu tersebut (suhu 60 darjah celcius) pada beberapa ketika. Maksudnya jangan panas sekejap jea sebab kononnya banyak kerja lain nak buat (hakikatnya dasar pemalas tegar). Semasa memanas makanan tersebut bolehlah menyanyi lagu yang mana-mana suka.... Sekarang saya tengah minat lagu `Jom-jom heboh' tu, bukan main over suara dia.

Emak saya ada beritahu yang kita tidak boleh panaskan makanan yang dimasak tersebut melebihi 3 hari. Katanya nabi tidak simpan makanan terlalu lama sebab khuatir kan jadi busuk dan membahayakan kepada kesihatan. Entah emak saya baca dari mana saya tidak tahu, tetapi mungkin emak saya tahu daripada aktivitinya yang suka pergi `dengar' (mendengar ceramah atau percakapan hal agama oleh tok-tok guru agama di kampung).
Saya pernah ditegur emak kerana saya asyik panaskan rendang sehingga berminggu....he.
Jan: Sekian petua memanas makanan dan bagaimana nak selamat bila hidup sorang...
3 comments:
ah.. petua ini sangat berguna :D
pasni toksah nk hangat2 mknn la kn coz mak awk ada smpi akhir tahun kt umh awk...
Saya punyai tabiat buruk, biasanya bubur kacang dimakan ketika panas namun saya suka makan ketika ia sejuk.. lagi sejuk lagi sedap. Tapi ini bukan perangai buruk saya. Saya biasanya tidak akan sabar menunggu untuk ia sejuk lalu memasukkanke dalam peti ais dalam keadaan berwap panas. Saya amalkan sehingga tingkatan 5. (lambat matang.. saya tak buat sebab takut peti ais rosak..)
Post a Comment