Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 25, 2012

Air Terjun Sungai Pandan - Kuantan, Pahang

Pada 2 minggu lepas nan lalu, saya mengikuti rombangan kawan-kawan baik saya ke Air Terjun Sungai Pandang. Letaknya di Kuantan. Entah berapa kilometer saya tidak tahu. Saya pernah ke sini 7 tahun dahulu... Ini kali kedua saya berkelah di sini. Kalau ikut statistik tersebut 7 tahun akan datang pula saya akan ke sini iaitu pada tahun 2019.

Keterangan gambar di atas: Ada kolam untuk budak-budak baru belajar berenang dan tak tahu berenang. Kelihatan 2 orang budak hasil perkahwinan kawan-kawan saya dengan kawan-kawan kepada kawan-kawan saya.

Saya perlukan sedikit libur untuk ruang jiwa saya. Saya mahu rehat dan cipta kenangan baru. Saya tidak boleh mengalah. Walaupun suatu hari nanti saya kalah, setidaknya saya boleh tersenyum kerana saya terus mencuba hingga ke akhirnya... Tiada orang atau pihak boleh pertikai kepermegian saya nanti... Tidak ada.

Berbanding dengan supermaket atau tempat membeli belah, saya tidaklah suka sangat pergi ke tempat ada banyak air. Tetapi inilah saja rawatan jiwa saya buat masa sekarang yang saya mampu. 

Bagus juga rehat-rehat dengan kawan-kawan, kan? Hilang penat dan bebanan kerja...

Di sebalik batu-batu dan pepohanan tersebut ada dendam yang tak langsai, ada rindu yang sarat. Ya allah...saya bermonolog dalam hati...

Air terjun ini seperti biasa ia terjun ke bawah. Dan di bawahnya ada remaja dan perasan remaja mandi seolah esok tiada lagi. Saya tersenyum di tebing melihat gelagak bahagia manusia-manusia... 

Saya juga ternampak ada yang seksi sebab baju basah melekap macam poliden di buah dada mereka. Saya hanya tengok sekejap sahaja dan mengalihkan pandangan ke arah pepohan kayu...dan beburung.

Ketika saya datang ke sini, airnya tidaklah banyak mana. Kata seorang orang, sekarang musin kemarau. Air sekerat pinggang jea, biasanya setara leher. Bagus juga kalau air sikit, tak lah pengunjung takut sangat.

Ketika kawan-kawan saya mandi, saya duduk di gigi air, bermonolog seorang diri...

Seperti biasa kami bawa ayam untuk dibakar. Entahlah aktiviti sebegini di tempat lain ada ke tak? Kalau ada mungkinkah mereka juga bakar ayam? Ayam ini ayam golek. 

Sebenarnya saya ditugaskan bawa alatan membakar seperti tempat membakar, penyepit dan sebagainya. Tetapi saya lupa...teruk kan? He he he. Maka kami guna tempat yang ada sedia sahaja. Saya diam sahaja sebab rasa bersalah. Terus saya cari dawai dan tempat bakar. Untuk membuang rasa bersalah saya juga turut tolong membakar ayam ini. Dan ayam tersebut hangus terbakar! Seperti hati saya...(pulak dah)

Keterangan gambar: Gambar di atas yang tidak tutup aurat itu adalah kawan saya, dia rajin membakar ayam dan tidak ayam tersebut terbakar. Atau dia memang biasa dengan kerja bakar-membakar ini? Entahlah...

Ada kawasan ditanda tidak boleh membakar. Jangan sesuka hati membakar hidup orang lepas tu pergi begitu sahaja. Ingatlah bahawa allah mengira walaupun sebesar kuman. Di dunia kita aniaya orang, kita boleh lepas tetapi di akhirat yang lama dan kekal kita akan mendapat balasan yang lebih dari setimpal. Silakan aniaya hidup orang demi kepentingan diri! (emosional pulak, he he he).


Ada jalan untuk naik ke atas. Yang gayat tu duduk diam jealah di bawah...jaga barang-barang.

Kelihatan ada jambatan gantung. Saya tidak berani untuk mendekati jambatan tersebut untuk tujuan pukul gambar...

Banyak lagi gambar-gambar yang ada tetapi tidaklah pula dapat dipaparkan dalam blog ini kerana banyak sebab musibabnya. 

Gambar saya juga sengaja ditiadakan di posting ini. Saya sedar tidak patut gambar tersebut (sangat seksi untuk orang bersusia 40an (awal 40an seperti saya)) diletak diblog ini.

Sekian, datanglah berkelah beramai-ramai...hilangkan penat, cipta kenangan lalu.

Jan: Pada setiap pepohanan kayu, juga helaian daun ditiup bayu, ada rindu...dan DENDAM!

5 comments:

Anonymous said...

jiwa lara ni...

Nong Andy said...

ah.. nmpak sgt seronok :D

Jankaulu said...

he he he

Adie Achim said...

saya nak komeng penutup:
"Pada setiap pepohanan kayu, juga helaian daun ditiup bayu, ada rindu...dan DENDAM!"

- Pulak dah! he hee

khairull@myway.com said...

dan sukiman sangat seksi bertowel puteh.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home