Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, September 20, 2013

Rupa dan penampilan itu penting...

1. Saya tidak kemas orangnya.

2. Sehingga kini saya bukan sahaja tidak pandai mengikat tali leher, malah saya amat jarang memakainya kecuali majikan `memaksa' bila ada perjumpaan yang besar-besar.

3. Saya lebih suka berpakaian labuh daripada sepadan. Saya tidak suka memasukan hujung baju ke dalam seluar (sekarang lagilah sebab perut buncit).

4. Dan saya juga tidak suka menyikat rambut. Malah kalau tidak kerana tuntutan persekitaran kerja, tentu rambut saya melepasi bahu. Dan berwarna, he he he.

"Sir! saya nampak sir semalam di bandar, sir nampak macam tukang kebun!". Tidak hairanlah pelajar selalu memberitahu saya begitu...

Saya dalam bentuk kucing

5. Manusia suka melihat manusia yang mempunyai rupa paras yang canti/kacak.

6. Walaupun muka dia sendiri (manusia itu) tidak cantik, dia tetap suka kepada orang yang mempunyai rupa paras yang cantik/kacak.

7. Begitulah saya juga, dalam hati saya,  saya tetap suka melihat perempuan yang cantik dan lelaki yang kemas.

8. Orang cantik dan kacak akan dilayan dengan lebih baik berbanding dengan muka yang biasa-biasa, buruk atau hodoh.

9. Jadi tidak mempunyai rupa paras yang cantik dan tidak ada penampilan diri merupakan satu tekanan yang hebat di alaf ini.

10. Saya semakin tidak mempunyai paras rupa sebab, lemak dah mula berkumpul di pipi dan leher.

11. Banyak kejadian yang saya alami, saya tidak dilayan dengan baik kerana penampilan diri teruk. Contohnya ketika saya ke sebuah bank yang standard (sangatlah chartednya) di mana saya tidak dilayan dengan sempurna semata-mata saya selekeh. Bila saya beritahu saya nak buat pinjaman RM200K (beli rumah), barulah saya dilayan hebat, diberi air kotak lagi!.

12. Selamat datang ke dunia nyata...

13. Saya berharap manusia akan melihat ke dalam hati manusia apabila untuk menilai, namun jangan harap!. Jangan harap dan jangan harap.

14. Saya sebenarnya tidak selesa bila saya kemas, namun saya akan cuba juga kemaskan diri sesekala. Saya cuba sikat rambut dan bubuh gel. Saya ada banyak jenis minyak rambut dan perfume tapi saya jarang guna, he he he.

Jan: Tahniah kepada orang yangs elalu berusaha untuk kelihatan menaerik.


Ada orang cantik dan kemas sepanjang hayatnya!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home