Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, September 24, 2013

Kisah Pemuda UMNO Malaysia

gambar dari: www.hasbiemuda.wordpress.com 

Pemuda UMNO adalah sayap kanan parti UMNO, ia menjadi tunjang kekuatan parti. Jawatan Ketua Pemuda UMNO penting, ia banyak mencorak perjalanan parti. Kalau mengukur kekuasaan karisma berpolitik, melalui jawatan ini kita boleh naik ke jawatan naib presiden dan ke presiden menjadi perdana menteri. 

Adakah setiap ketua pemuda UMNO bercita-cita hendak menjadi perdana menteri? Haaa... Kita kena tanya Khai...he he he.

Saya tidak tahu sangat pasal mekanisme politik di Malaysia. Saya juga buta sejarah politik Melayu. Jadi sempena suasana pemilihan UMNO ini, saya jengok-jengok jugak berita politik sama ada semasa atau setaksemasa.

Dalam banyak-banyak gambar terselit jua juga gambar Bang Nuar yang mempunyai sejarah politiknya panjang dan berlekuk kelok, bergraf-graf di persada politik Malaysia. Siap dengan vidio lagi.

Dan dalam gambar di atas saya tidak jumpa pun gambar Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi nak jadi perdana menteri tidak semestinya kena jadi ketua pemuda UMNO dulu... tapi gambar Tengku Abdul Rahman pun tak ada juga (mungkin kes khas ni sebab beliau `dijemput' masuk UMNO dan ketuai negara) cuma yang ada Tun Abdul Razak ada dan juga gambar PM kita sekarang kan?.

Ketua pemuda UMNO pertama ialah Kapten Hussein Onn, iaitu anak Dato' Onn Jaafar. Tulah muka macam Tun Hussien Onn pun ada. Ini mesti kena mengena darah campuran mereka kot?. Teruk betul saya, saya mengaku buta sejarah politik Malaysia. Saya kena banyak membaca buku politik, mengenai sejarah kita.

Setelah melihat gambar-gambar di atas, saya tertanya-tanya adakah Khai (Khairy Jamaluddin) yang handsum itu akan berjaya mempertahankan jawatannya nanti?

Jan: Entah...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home