1. Bagi saya `open house' sebenarnya helah masyarakat zaman moden. `Helah' kawan-kawan dan masyarakat sekeliling saya. Haaa.
2. Hari raya adalah hari terbuka kepada semua. Tak payah nak jemput-jemput. Itulah uniknya hari raya rumah kita terbuka. Kita `buka' rumah kita untuk semua orang. Buka untuk sekampung tanpa mengira agama dan bangsa pun.
3. Hari raya itulah sebenarnya sudah `open house'... Namun ramai yang lupa sebab umat pada akhir zaman ni memang banyak kelupaan yang berlaku.
4. 'Open house' yang kawan kita buat tu sebenarnya bukan `open house' pun. Ia adalah `private party' sebab kita jemput orang-orang tertentu jea, `geng-geng' kita. Kan?
5. Sebab itulah bila kawan saya tanya "Man, awak buat tak `open house'?. Saya terus jawab "Tak". Dalam hati saya tersenyum sebab pertamanya saya akan buat `Private party" jea. He he he. Dan kedua saya tersenyum sebab yang menanya tu tak ada pun dalam senarai saya. he he he.
Jan: Harap-harap janganlah penyakit `open house' ni merebak ke kampung-kampung...
2 comments:
Ah... ya. Kalau di kampung saya kuala penyu.. ketika hari raya.. tak payah nak jemput.. semua dtg.. semua open..
Tapi kat kota kinabalu ni.. kalau kita tak jemput.. org tak berani nak simply datang beraya.. kalau ada jemputan yg di kira open house.. baru boleh datang hehehe...
Kalau raya .. memang wajib pergi rumah pakcik makcik semua.. maunya kalau tak pergi.. tahun berikutnya akan kena sebut2 sebab tak nampak batang hidung hehehe... masa belasan tahun dulu saya tak suka.. saya anggap derang berleter.. tapi sekarang saya tahu.. derang sayang.. dan mahu kita ingat n jengguk derang.. hehehe...
Encik pensyarah.. komen saya sudah panjang mengalahkan n3 kamu hehehehe
Salam Nong,
Memang begitu, adat kita saling mengziarahi.
Cuma saya agak malu nak ke rumah mak dan pak saudara. namun merekalah yang datang rumah sebab ayah saya antara yang sulung dan paling diperkatakan.
tak apa komen panjang pun Nong, he he he
Post a Comment