Dalam hukum ekonomi apabila harga minyak petrol naik maka permintaan kereta akan menurun dan begitulah sebaliknya iaitu apabila harga minyak turun, permintaan untuk kereta akan bertambah. Minyak petrol (bahan bakar) dan kereta merupakan barang saling melengkapi, maka hubungan antara harga dan permintaan adalah negatif.
Harga minyak petrol telah mula naik semalam, maka adakah permintaan untuk kereta akan berkurangan?. Kalau mengikut hukum ekonomi kita senang menjawabnya. Tetapi apakah yang berlaku di dalam dunia nyata?

Tidak perlu ada PHD untuk melihat perkaitan ini. Bila harga minyak mahal kononnya masyarakat akan bertindak untuk tidak membuat permintaan terhadap kereta. Sebabnya minyak petrol mahal. Namun seumur hidup saya tidak pernah saya dengar ada individu tidak membeli kereta sebab harga petrol mahal. Yang beli kereta besar lebih dari kemampuan di slip gaji adalah. He he he. Jangan marah kalau terkena.
Selamat datang ke dunia nyata. Pembelian kereta adalah bergantung kepada banyak perkara lain. Saya percaya dengan kenaikan harga petrol terbaru tidak akan menjejaskan hukum permintaan untuk kerata. Ia akan menjejaskan harga barangan lain, menyebabkan inflasi tetapi tidak semestinya permintaan kenderaan menurun. Dengan kecenderungan harga kereta akan turun dan perilaku manusia yang berubah ke arah kereta menjadi keperluan, permintaan kereta akan bertambah terus bertambah-tambah.
Yang penting adalah, bagaimana kita menggunakan kenderaan kita tersebut...? Bagaimanakah kita mahu berjimat dan menyesuaikan diri. Atau kita war-warkan kesusahan kita?
Jan: Haaa....
Yang penting adalah, bagaimana kita menggunakan kenderaan kita tersebut...? Bagaimanakah kita mahu berjimat dan menyesuaikan diri. Atau kita war-warkan kesusahan kita?
Jan: Haaa....
No comments:
Post a Comment