Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, September 20, 2013

Kuasa rupa paras...

Semasa saya menghadiri temuduga untuk menjadi pensyarah, saya terpana dengan kecantikan salah seorang calon. Sebaik sahaja dia muncul di pintu, saya dapati lelaki-lelaki lain (calon-calon lain) tiba-tiba membetulkan tali leher dan tersenyum membuaya (dengan ikhlas). 

Ramai orang mempelawanya duduk.

Dia seorang wanita yang cantik, kurus mantap (bukan kurus sekeping atau playwood), putih, mata tajam, hidung tajam, bulu kening terlukis (tidak bercambah-cambah kiri kanan), bentuk badan terletak mantap dan bergaya. Saya beri 8.85 per 10 (jarang perempuan orang Melayu melebihi 7). Dia juga menutupi mitos yang menyatakan perempuan cantik tidak cerdik. Dia memiliki master dari universiti yang terkenal.

Saya juga calon pada masa itu. Di tempat calon berlabuh, saya memandang sekeliling. Saya dapati saya seorang sahaja tidak bertali leher dan berkemeja merah. Saya tidak sempat potong rambut sebab semalam baru saya disuruh hadiri temuduga tersebut. Baru saya sedar saya menyalahi etika `interview'. Namun saya kuatkan hati, mereka (organisasi) sepatutnya menilai kepakaran dan pengalaman saya.

Kalau rezeki tak ke mana, saya teringat kata-kata orang kampung saya.

Semasa di sofa, ada pengurus besar HR lalu. Pengurus temuduga meminta resume, saya dapati perempuan tersebut tidak membawa salinan yang diperlukan (yang sebenarnya sudah diberitahu awal-awal...!.) Namun saya dapati pengurus itu tersenyum sahaja apabila perempuan tadi memberitahu dia terlupa bawa salinan. Dan pengurus itu tersenyum lagi  sambil mempelawa diri untuk menolong menfotostepkannya! Sedangkan dia seorang pengurus besar HR!.

Saya tertanya-tanya, jikalah perempuan tadi hanya memiliki rupa paras tahap C- (biasa-biasa), adakah orang sedar dia telah muncul di pintu tersebut? Adakah orang mempelawannya duduk? Mungkinkah dia dimarah tidak membawa salinan sijil atau menyuruh segera pergi ke kedai membuat salinan?

Jan: He he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home