Walau tajuk di atas pasal kereta Adnan dan Adnan, namun posting ini tetap mengenai cerita saya. Haaa...(mentang-mentanglah blog saya, he he he)
Saya terkejut jugak apabila Adnan berkereta baru. Dan saya terus nak naik kereta baru Adnan yang jenis volkswagen tersebut.
Sekarang saya berkereta Myvi, saya harap saya akan berkereta yang lebih selesa dan menarik pada masa hadapan. Itu adalah normal kan?. Saya sayang sangat pada kereta saya ini. Kereta ini dah banyak kali menyaksikan bagaimana saya berjuang untuk bangkit sambil menyapu airmata dengan lengan baju. Sedih pulak rasa.
Sekarang saya sudah agak lain sikit, tapi tak lain banyak. Saya tertarik untuk melihat kereta. Baru baru ini saya pergi lihat kereta Ford Focus. Saya tertarik dengan kereta itu namun saya tak tahu adakah ia sesuai dengan umur, jantina, berat badan dan personaliti saya.
Ikhlas cakap saya pakai Myvi bukan kerana saya minat Myvi tetapi itulah kereta yang semoleknya dengan slip gaji saya. Saya bayar kereta MYyi tersebut RM525 sebulan dan rumah saya bayar RM1500 sebulan. Gedebuk gedebak rumah dan kereta sudah mengigit RM2500 sebulan. Haaa...
Dan lama kelamaan saya sayang ke Myvi saya. Tetap sayang walaupun saya rasa sudah kepek sana sini sebab langgar pasu depan belakang dan sebagainya, he he he.
Saya tidak akan membeli kereta buat masa terdekat. Selain masih tidak mencapai piawai slip gaji saya. Saya harap saya akan membeli kereta baru apabila benar-benar mampu suatu hari nanti.
Jan: Kereta Ford Kuga juga cantik, senang nak angkut pasu.

Jurujual tu kata kat saya nak buka bonet tak payah gun atangan -Ford Kuga |
No comments:
Post a Comment