Seorang kawan baik saya, sering beritahu saya bahawa dalam kehidupan ini rupa paras tidak penting, yang penting hati budi.
"Walaupun kita tak handsum Man, hati kita baik" Kata kawan saya pada suatu petang yang tak indah. Sebab tidak indah kerana saya gagal dalam permohonan naik gread gaji, he.
Saya rasa tak senang dengan perkataan `kita' tersebut walaupun saya memang bukannya handsum. Ala-ala jea handsumnya.
Saya rasa tak senang dengan perkataan `kita' tersebut walaupun saya memang bukannya handsum. Ala-ala jea handsumnya.
Ya, saya tak mempercayai kata-kata beliau...
Katalah kita sediakan beberapa sampul surat bersetem, beralamat dan di dalamnya ada borang permohonan kerja. Katalah kita letak di tempat awan atau di mana tempat orang ramai lalu-lalang. Kita nak kaji tingkah laku manusia berkenaan dengan rupa paras.
Kita letak dulu gambar rupa paras yang cantik dalam borang permohonan kerja tersebut. Dan kita perhatikan berapa orang yang terjumpa akan mengeposkan surat permohonan tersebut. Bila orang buka surat yang disangkanya tertinggal itu dan melihat gambar pemohon yang cantik/tampan, adakah ia terasa tergerak hendak menolong mengeposkannya?
Dan dalam waktu yang lain kita bubuh gambar muka tak cantik atau tak tampan, berapa orang pula yang sudi mengeposkannya ke alamat permohonan tersebut? Haaa...
Tak payah jawab kan? Dan sebenarnya tak payah buat ujikaji pun. Kita tahu hasilnya... yang sampul surat ada gambar (berukuran paspok) yang cantik/tampan yang ramai orang akan tolong poskannya.
Sebab manusia terasa nak menolong bila rupa paras cantik/tampan...Haaa...
Jan: Siapa kata rupa paras tak penting?
Jan: Siapa kata rupa paras tak penting?
1 comment:
setuju, rupa paras kadang kala boleh menjadi penyelamat kita...bagi sesetengah perkara la..
Post a Comment