Sepanjang perjalanan semalam saya tersenyum sendirian sambil berMyi. Kadang-kadang saya rasa semua perkara di sekeliling saya pelik dan lawak belaka. Mungkingkah ini ke hasil dari latih bertubu-tubi rancangan lawak di televisyen Malaysia? Yang membawa kesan ke minda kita...
Potong elaun tetap menteri, kurangkan elaun minyak menteri, dan hadkan majlis keraian menteri bukanlah jalan penyelesaiannya. Menteri kita berapa orang? Ratusan orang? Ribuan orang? He he he... kalau itulah langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan saya akan terus tersenyum sinis. Sebabnya? Sebabnya langkah tersebut hampir tidak membawa kesan...
Perbelanjaan kerajaan terbahagi kepada dua iaitu perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan semasa yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun untuk melancarkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Perbelanjaan ini bersifat berulang-ulang dan lebih besar daripada perbelanjaan pembangunan.
Jenis-jenis perbelanjaan tersebut contohnya emolumen, pencen dan ganjaran, bekalan dan perkhidmatan, pemberian dan serahan pada kerajaan negeri, subsidi, pemberian kepada badan berkanun dan lain-lain perbelanjaan serba maknika lagi.
Pada tahun ini perbelanjaan pengurusan berjumlah RM201.9 bilion manakala perbelanjaan pembangunan RM49.7 bilion.
Perbelanjaan pembangunan pula adalah perbelanjaan modal dalam
tempoh jangka pendek atau sederhana dan mendatangkan pulangan dalam jangka
panjang. Perancangan perbelanjaan Pembangunan berasaskan Rancangan 5 tahun.
Perlu dibentangkan untuk kelulusan Dewan Rakyat sebagai satu Akta Perbekalan bagi
setiap tahun perbelanjaan. Contoh belanja Fizikal – pembinaan
bangunan, jalan raya dll. Dan Bukan Fizikal – penyertaan
dalam ekuiti syarikat.
Berbalik kepada elaun-elaun para menteri tersebut, ia diberikan kepada warganegara (menteri) kerana mereka bekerja untuk rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat. Mereka ke sana-sini 24 jam menggunakan petrol untuk kerja-kerja rakyat, bukannya elaun minyak masuk poket. Dan elaun keraian tersebut adalah juga untuk pembangunan kementerian masing-masing.
Jan: Lihat-lihat juga kita ni boros ke tak? Haaa
No comments:
Post a Comment