Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 30, 2013

Gazebo kecil saya...Bhg 2


"Dalam hidup ini kita tidak boleh mengalah atau kelihatan mengalah. Hidup ini benar-benar untuk orang yang kuat sahaja, jangan lemah..." Itulah kata-kata nasihat saya kepada salah seorang kawan saya yang hampir koma akibat masalah keluarganya. Saya tambah lagi kata-kata:


"Tengok saya ni, ...walaupun sebenarnya saya tidaklah orang paling bahagia, namun ia jauh lebih baik daripada sesetengah orang yang lebih merana hidupnya berbanding saya. Kita mesti tabah. Katalah hakikatnya kita adalah orang paling merana dalam dunia ini. Kita kena tabah juga kan...?Haa..."



Saya sudah buat banyak perkara untuk membuktikan kepada tuhan dan mak saya, yang saya teruskan juga hidup ini walaupun saya sebenarnya setengah mati. Saya tidak mahu ikut sangat perasaan sangat. Saya pun sudah tua. Saya kena ubati sendiri retak belah hati saya sebab ubatnya tak ada di farmasi.


Saya perlu berjalan terus. Mustahil untuk padamkan kenangan tetapi saya boleh terus melangkah menghadapi hari-hari yang mendatang. Merancang dan berharap. Saya insan biasa.

Banyak hobi baru yang saya buat untuk melupakan segala kepahitan hidup. Termasuk mengumpul pinggan magkuk lama, belajar bahasa Melayu, buka blog baru untuk niaga dan juga untuk mewujudkan taman yang indah. Ya taman ini untuk mata dan jiwa saya. Lagipun saya suka menanam...

Kelihatan macam katil pulak kan?

Sebab itulah saya mahu miliki pondok kecil ini. Ia akan menanti saya pada setiap hujung minggu.





Berukiran tradisi...













Jan: Inilah saja pasal pondok buat kali ini, saya harap taman saya nanti cantik...

2 comments:

azr said...

cptla mskkn yg dh siap... cntik n mhl tu regenya...

Engku Artini said...

Cantiknya pondok...! Ukuran brape x brape besar ? Jenis kayu..? Harap bleh share... Tq n selamat beristirehat di pondok cantik :-)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home