Daripada satu sumber, saya ketahui seorang tokoh guru cemerlang yang banyak berjasa tersebut sebenarnya hanya mendapat 2P, 3R sahaja dalam STPMnya. Namun beliau adalah seorang guru yang amat berdidekasi dan penuh kesabaran tidak jemu-jemu membentuk anak bangsa. Sekarang walaupun sudah lama pencen, beliau seperti sekala bangun seawal 5 pagi untuk menyiapkan diri menabur bakti kepada badan-badan kebajikan di daerahnya.
Sebenarnya kelayakan cemerlang dalam bidang akademik bukanlah pra syarat utama atau jaminan untuk kita lahirkan guru yang terbaik. Itulah pegangan saya dari dahulu, sekarang dan selamanya.
Bermula tahun ini hanya pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 7A (sekurangnya 5A untuk Sabah dan Sarawak) dalam SPM dibenarkan memohon pengajian dalam bidang perguruan. Saya faham intipati dan kehendak kementerian memartabatkan profesion perguruan ini, namun bidang perguruan tidak sama seperti bidang-bidang lain.
Saya pernah menjadi guru selama 5 tahun, saya berpendapat yang paling utama adalah kesabaran dan minat yang tinggi adalah prasyarat utama yuntuk menjadi guru yang terbaik. Dan sememangnya perkara ini sukar diukur. Yang nyata setiap hari guru harus bersabar dengan karenah pelajarnya, ibubapa pelajar, rakan sekerja dan pihak pentadbiran sekolah.
Syarat sekurang-kurangnya 7A tersebut akan menyekat pelajar yang minat giler bidang perguruan tetapi keputusan mereka `biasa-biasa' sahaja. Dan sebenarnya pelajar yang cemerlang dalam SPM tidak berminat pun ke bidang perguruan, mereka lebih kepada bidang kedoktoran, jurutera, IT dan peguam yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.
Sebenarnya berilah prasyarat `gajah rimau' sekalipun, yang penting ialah satu mekanisma supaya dapat mengukur, mengesan dan menilai minat kendiri dalam pelajarlah yang mesti diutamakan. Sesi temuduga yang cermat dan bersistematik harus dijalankan. Harus dilihat juga personaliti dan aktiviti-aktiviti ko kurikulum yang mereka terlibat. Kita tidak mahu juga bidang perguruan dipilih kerana sudah tak dapat pohon ke bidang lain, haaa...
Guru yang terbaik adalah guru yang mempunyai sahsiah diri yang didekasi. Dedikasi dalam diri, dedikasi pada pelajar, sekolah dan masyarakat. Guru mengajar, mendidik dan membentuk dengan perasaan tangungjawab dan kasih sayang yang besar.
Guru bukan sahaja mengajar dan mendidik. Mereka buat serba-serbi, mereka melihat dan mencorak nasib bangsa.
Jan: Guru adalah segalanya...
No comments:
Post a Comment