Kalau rupa kita menarik, mengedeng orang menerpa nak menolong walaupun sebenarnya hanya sehelai kertas jatuh dari tangan kita.
Sepatutnya mereka yang miskin, melarat, tua, gila, cacat, patah hati atau sakitlah yang manusia kena tolong. Merekalah yang sangat memerlukan pertolongan. Namun tindakan manusia adalah sebaliknya. Mereka cenderung untuk melihat rupa paras...

Itulah penilaian terhadap manusia oleh manusia. Tidak lama dahulu, seorang pelajar perempuan memberitahu saya lelaki yang tampan sebenarnya tidak berguna, mereka suka berpoya, tak bertanggungjawab dan permainkan hati. Saya beritahu tidaklah 100% lelaki tampan seperti itu, contohnya saya. Haaa.
Rupanya pelajar saya menjadi `mangsa' kerana sudah tersalah menilai...menilai ketampanan. Saya mengucapkan takziah kepadanya, he he he.

Memang manusia yang mempunyai rupa paras dan penampilan menarik akan dilayan atau akan menerima layanan yang lebih baik. Mereka senang diterima ramai walau di mana sahaja, bila-bila waktu. Masyarakat mengundang mereka. Masyarakat percaya. Gitu.
Ini mungkin suatu yang tidak adil. Seolah dunia ini tidak adil sangat. Namun adakah kita berterusan `mengtak- adilkan' lagi keadaan tersebut? Adakah kita mahu menolong yang berparas sahaja?

Dunia alaf baru semakin mengundang rupa paras yang cantik, penampilan yang menarik. Kalau muka macam biskut merry jangan haraplah dapat masuk AF.
Mereka yang tidak memiliki rupa paras yang menarik? Golongan ini dianggap kurang pandai, kurang mahir, tidak boleh diharapkan, kasar, tidak boleh dipercayai, jahat dan anti sosial. Sungguh tidak adil... tetapi selamat datang ke planet bumi, selamat berkenalan dengan manusia.

Manusia (kita la tu...) lebih terdorong membantu orang-orang yang cantik dan bersih rupa parasnya. Haaa....
2 comments:
Assalamualaikum.
Saya ada hantar sesuatu di emel saudara semalam.
Terima kasih en Muhamad Abdulloh,
saya telah membalasnya, saya memerlukan sedikit masa...
Post a Comment