1. Saya suka tengok wayang, kalau ada cerita `besar' kalau berkesempatan saya akan menjengok panggung.
2. Walaupun seorang diri tidak menjadi masalah tapi kalau ada kawan lagi `best'.
3. Namun tidak selalu saya berpeluang untuk menonton wayang. Saya selalu sibuk dan menyibuk, he he he.
Saya sempat tengok cerita ini |
4. Saya terikat dengan banyak komitmen lain selain beratur membeli tiket...
5. Saya terlalu memilih filem untuk ditonton, saya berpendapat ramai juga yang seperti saya. Kalau cerita tidak menarik, saya tak tengok. Saya suka cerita hantu dan cerita yang ada ala drama sikit.
6. Saya boleh dikatakan hampir tidak menonton cerita Melayu.
Saya tidak menonton filem sebegini |
7. Saya melihat wayang bukan semata untuk berhibur, kalau nak berhibur saya dengar lagu, membaca atau membeli belah.
8. Namun semakin berusia saya semakin kurang menonton wayang. Kurang selesa beratur beli tiket dan kurang selesa dengan suasana `kemudaan' di sana.
9. Saya mula menonton wayang seusia umur tujuh tahun, kalau tak silap cerita pertama saya tengok filem King Kong. Keluarga bawa saya.
King Kong (1976), masa tu Jessica Lange jadi heroin... |
10. Kebanyakan filem Melayu sekarang tidak menepati selera saya. Mungkin saya sudah berumur. Atau memang filem Melayu sekarang berpenyakit...
11. Saya pernah berimpian untuk memiliki mini pawagan di rumah saya, saya akan guna bilik stor, he he he.
12. Saya pernah bercadang mahu mefilemkan kisah cinta saya, namun saya batalkan kerana akan ada banyak hati yang terguris dan terluka. (Namun mereka memang teruk, satu hari allah akan membalasnya, saya yakin. sejauhmanakah mereka boleh berbahagia dengan keruntuhan hidup orang lain...?)
13. Dulu rajin jugak saya ke panggung dengan Hapis library KSP, namun sejak dia kahwin sekarang dia senyap sahaja.
14. Saya tidak suka orang bawa anak yang buas ke pawagam, kalau jinak tak apa...
No comments:
Post a Comment