Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 9, 2013

Apabila Hedonisme dan Konsumerisme bersatu!

"Apakah yang dimaksudkan dengan tabiat konsumerisme? Adakah ia budaya baru masyarakat Malaysia yang kononnya urban gitu?" (Saya buat-buat tanya sambil kerutkan muka depan pelajar. Saya tanggalkan cermin mata dan letak di atas meja. Tapi saya pastikan senang saya nak capai balik. Takut pulak jadi lawak bila saya merba-raba mencarinya nanti.  Tapi aksi itu kira macam berfikir la ni, he he he. Serius konon).

Dengan cara paling ringkas konsep ini merujuk kepada fahaman atau gaya hidup kita yang menganggap barang-barang sebagai ukuran kebahagian. Namun dari kamus Oxford Dictionary Thesaurus mentakrifkan consumerisme sebagai "keasyikan masyarakat membeli-belah". Lebih kurang sama ke?

Sepanjang riwayat hidup saya, saya tidak pernah jumpa orang yang tak suka membeli. Tak pernah sekali pun. Haaa. Ada yang banyak duit tapi kurang membeli tu kira lainlah.

Ada tu suka sangat membeli walaupun sebenarnya dia tak perlu pun barang tersebut. Malah ada yang membeli kerana jiran. Maksud saya kerena jiran beli, mereka beli. Jangan pelik.

Hedonisme pulak adalah suatu tanggapan dan aliran pemikiran. Ia merujuk kepada sekumpulam masyarakat dan lingkungan persekitaran yang mengganggap matlamat utama hidup ini ialah mencapai kenikmatan, hiburan dan kesenangan jea lakunya. (Bukannya matlamat untuk mencapai kebaikan, jauh sekali nak jadi khalifah di muka bumi allah ini...unsur agama diterapkan di sini kerana sebilangan besar ada agama).

"Menangkis Penularan Budaya Hedonisme" majalah FOKUS SPM, Disember 2011. 


Dan apabila terdapat kata-kata bijak pandai yang menganggap masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat hedonisme dan konsumerisme, apa petandanya?

Jan: Cermin diri...he he





No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home