Itulah antara pertanyaan yang saya selalu terima yang selalu saya tak nak jawab. Memang pada paginya semasa kami makan ramai-ramai dan saling berkenalan (sebab inilah baru kali pertama jalinan usahasama dijalankan antara dua buah institusi yang besar dijalankan). Namun malamnya mereka masih bertanyakan hal yang sama semasa makan malam, he he he.
Ikhlas cakap saya memang rimas dan tidak selesa. Nampaknya saya nmasih tidak boleh buat jadi`biasa-biasa' jea. Sepatutnya saya dah kalih kan? Tetapi kenapa saya masih rasa tidak selesa. Mengapa yea?
Sebab saya manusia biasa... (saya jawab sendiri pertanyaan hati saya...pulak dah).
Sepatutnya saya sudah lali dan telinga saya boleh `buat-buat' tuli. tetapi ianya tetap membuahkan rasa tak sedap di hati.
Dalam situasi begini saya nasihatkan jangan sekali-kali jawab "Tak ada jodoh lagi". Sebab alamatnya makin parah pertanyaan-pertanyaan lain akan datang menyerang. Dan kita akan berpeluh menjawabnya. Dan ada laaaaaaa nak jadi `matchmakers' pulak.Tak kiralah keadaan rumahtangga mereka sendiri pun tak tentu hala, mereka akan tetap jadikan mereka contoh utama.
Kalau jawab "tak ada duit"?. lagilah jangan... sebab mereka akan bandingkan kita dengan ulat. Maksud saya ulat dalam batu pun boleh hidup dan setiap anak ada lah rezekinya. Dan bila kita terus menjawab-jawab... akhirnya mereka cop kita kedekut!.
"Tak ada yang sesuai". Jawapan ini pun janganlah diberi sebab mereka akan mengecop kita pemilih sangat! Pulak dah.
Dan pada majlis makan malam tersebut saya hanya tersenyum kambing. Saya tidak perlu jelaskan apa-apa kepada sesiapa pun...!
Jan: Pulak dah...
2 comments:
mmg kdg2 ada pertanyaan yg hanya perlu dijwb dgn senyuman je....itu lebih baik
ya kak anum,
kdg2 rasa tak selesa gak kita yang kerja tungkus lumut tak dilihat pada hasil kerja dan komitmen kita, status kita jugak laaa yg mereka fokus.
pada hal kita laaa yg tukang ganti kerja mereka sebab tak dapat datang malam la, petang nak ambik anak la, isteri tak benarkan keluar la. dan la la yg lain,
he he he. saya akan terus tersenyum.
Post a Comment