Sukar sangat menjaga kereta. Selain kena basuh kat kedai kita kena servis. Saya tak reti langsung pasal servis ni. Cuma bila sampai sms dari PERODUA Indera Mahkota, saya turunlah kat Kuantan untuk servis.
Saya ni dalam bab-bab servis saya memang ikut jadual. Saya bimbang kereta saya meletop atau rosak tepi jalan. Sebab itulah saya selalu servis ikut masa. saya percaya kepada servis sebab setiap kali saya servis kereta saya rasa ringan dan lancar, break juga `makan' dan kuat.
Kali ini saya kena bayar RM252.85 sen. Dia ada beri resitnya. Sebelum dia servis dia butirkan apa yang hendak diservis di hadapan saya. Saya angguk-angguk jea buat-buat faham, he hehe. Tetapi tuhan tahu saya tak faham langsung. Cuma masa dia tanya kereta saya auto ke manual, cepat jea saya jawab `kereta saya auto'. Saya memang tahu kereta saya automatik walaupun ada gear. Pelik jugak kan. Kata auto tapi ada gear.
Sebab itulah masa saya nak beli kereta dulu saya beritahu pemuda cina tu yang saya nak kereta Myvi paling murah dan tak ada gear. Tapi pemuda tu tak faham, nasib baiklah Ja (kawan saya), terangkan.
Nanti saya kena datang servis lagi bila kereta saya sudah sampai 80,159 km atau bila 4/6/2012. Atau yang mana-mana dulu. Saya tak nak fikir yang mana dulu sebab saya malas nak pening-pening tunggu. Baik saya tunggu sms dari PERODUA jea. Sebenarnya dia ada la tepek kat cermin tu bila saya kena servis lagi tapi saya tak reti nak tengok. Saya tunggu sms lagi senang.
Dalam bab kereta saya bodoh. Saya tak faham bagaimana kereta boleh berfungsi. Sejak saya guna lebih 3 tahun, saya tak pernah bubuh air dalam kereta. Biasanya keluarga saya dan jiran saya bubuhkan. Air itu katanya penting supaya kereta tidak panas. Pelik, sedangkan kereta saya ada aircon.
Yang saya tahu bulan 2 tahun depan saya kena ada duit RM1k untuk bayar rodtax. Betul seperti yang Ja (kawan saya beritahu) bahawa setiap tahun roadtax dan ansuran tersebut semakin kurang. Saya juga tak faham tetapi tak apalah sebab memang bayarannya berkurang setiap tahun. Itu yang penting.
Saya rasa benda yang paling saya tahu mengenai kereta adalah setereng dan tayar sahaja tu pun saya tak reti nak bubuh angin. Biasanya saya bawa Ja semasa nak bubuh angin atau saya suruh budak pam minyak tersebut bubuh, saya beri rm3.
Jan: walaupun ada kereta menyusahkan saya tetapi sebenarnya senang untuk saya nak bergerak dan berdikari. Sekian.
3 comments:
paling best bila baca blog en.sukiman.. tak kira kelebihan atau kelemahan En.Pensyarah tak malu nak kongsi :)
mengaku 'bodoh' utk benda yg kita tidak tahu atau benda yg kita memang 'bodoh' selalunya org tak brani buat. tak cool gitu :)
tapi sy rasa n3 ini memang cool hehe.. :)
Sperti en.Sukiman saya juga sangatlah cemerlang dalam kenaifan pasal kete. Oleh itu saya akan memastikan kereta diservis mengikut jadual dan tidak lokek untuk menggunakan minyak enjin yang lebih mahal untuk kebaikan di kemudian hari.
Bersyukurlah saya punyai isteri yang agak mahir dan tahu serba-belok (best tak ayat ni dari : serba-serbi, selok-belok) kereta. dan slalunya dia yang akan isi air dan cek bateri kereta.
Saya hanya nak jaga kebersihan kereta sahaja.
Nong Andy,
kalau kita nak kenal org kita kena tahu lemah dan lebih dia, he he he. Kita insan biasa...
Adie Achim,
nasib baik bateri kereta tak macam bateri handphon...he he he.kalau tak saya kena cas tiap2 hari kot...he he
Post a Comment