Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 28, 2011

Asyik-asyik Kak Pah!

Datuk Siti Nurhaliza (DSN)

“Asyik-asyik Kak Pah, asyik-asyik pasal Kak Pah” Kata kawan saya yang meminati penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza (DSN). Dia suruh saya tulis pasal DSN di blog saya. “Tulislah saya nak baca, tulis dengan ikhlas” katanya semasa kami makan tengahari.

Apa yang saya nak tulis yea? Saya ada berpuluh CD Datuk Sharifah Aini tetapi sekeping pun saya tak ada CD DSN. Bukan saya tak kagum kepada pencapaian/pembawakan DSN tetapi telinga saya tidak minat suaranya. Suaranya bukanlah tidak sedap, cuma kadang-kadang suaranya kedengaran sengau sikit. Kalau telinga kita tidak peka, kita tidak sedar. Selain itu suara dia tajam (too clear). Kalau suara DSN adalah muzik, saya ibaratkan kekurangan bunyi `bass’nya. Namun sengau dan tajam tersebut bukannya jenis tak sedap didengar. Ia jenis sengau yang sedap di telinga ramai pendengar Malaysia, khasnya Melayu.
Saya harap peminat DSN tidak melenting. Itu sedikit komen daripada saya, he he he. Ada kawan yang terus terang beritahu saya baginya suara Datuk Sharifah Aini tidak sedap. Saya tidak melenting. Dia hairan kenapa saya minat Datuk Sharifah Aini. Malah ada kawan perempuan saya kata saya minat Datuk Sharifah Aini bukan kerana suara tetapi kerana saya minat perempuan berpayudara besar. Tak baik tau…he he he. Sebab itu tidak benar. Susah sangat ke nak percaya suara Datuk Sharifah aini sedap. He he he susah kerana dia tak minat. Begitulah saya bila berhadapan dengan suara Datuk Siti Nurhaliza. Cuma saya tak kata suara DSN tak sedap, Cuma saya tak minat. Saya akui secara purata sedap suaranya DSN tetapi telinga saya lebih suka dengar suara Liza Hanim dan Aisyah, atau Nora.
Jan: Payah untuk saya mahu menulis pasal DSN. Pandangan `jankaulu …’ lain...

5 comments:

wawadave said...

suara uji rashid pun sukar nk ditemui.. agaknye tu sbb dia tak suka org lain tukar2 lagunye..hihi

JunAina said...

Setiap orang mempunyai pandangan yang berlainan. Minat yang tak sama.

Bagi Kak Aina, suara Kak Pah ada aura tersendiri. Lagu2nya evergreen.

Siti pula melalui zaman kegemilangan yang tersendiri.

Saya suka lagu kedua-duanya.

Anonymous said...

Entahlah Jankaulu .. Di mana sedap Siti menyanyi pun tak tau...
Siti muncul ketika dunia nyanyian melayu tengah lompong. Lompong pula untuk satu tempoh yang lama. Itu sebab bertahan sampai sekarang.
Ini pandangan saya lah..
Siti nyanyi saya tak tau apa biji buah dia sebut. Menyanyi macam mengemam kuih coQ badak. Sebutan tak betoi. Tak Jelas...
Sebut Buah Berembang pun tak betoi..
Sharifah Aini patah perkataan jelas. Tak payah nak rujuk lirik.
Aishah pun ..
Anita pun ...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home