Dua tiga empat minggu ini saya kerap bertandang ke blog-blog yang melibatkan pinggan mangkuk lama (PML). Pada mulanya saya tak faham apa itu PML, lama-lama barulah faham. Ambik masa, he he he.
Sebenarnya saya terpegum dengan kelompok kumpulan PML yang masing-masing mempunyai blog untuk mempamirkan koleksi mereka (yang cantik bernilai). Dan ada di antara pengumpul PML ini saling bertukar PML atau menjual sebahagian koleksi lebih yang mereka miliki. Bila baca blog mereka, seronok juga sebab mereka saling ada hobi yang sama, mereka saling mengenali.
Sebelum saya masuk universiti dahulu, saya ada mengumpul beberapa keping pingang lama. Namun selepas saya masuk u, ianya hilang. Termasuk dengan barang tembaga seperti seterika dan bekas tembaga yang sangat jarang ada. Sampai hati, siapalah yang memunggahnya/curi daripada rumah saya tersebut. Sampai kini saya masih berbelah bagi untuk menghalalkan barang tersebut kerana saya bersusah payah untuk mendapatkannya.
Selepas kejadian mengerikan itu saya usung sisa PML saya dan barang tembaga saya ke sana-ke mari, ke hulu ke hilir. Bayangkan saya sempat menyewa 5 buah rumah di Pekan dan barang itu terpaksa diangkut bila berpindah. Haaa...saya angkut sebab rasa cinta saya. Tapi taklah banyak mana barangnya...ciput jea.
Semasa saya berhijrah ke Pekan. Saya ada berbaik dengan orang kampung di sana. Dapat la juga beberapa keping pinggang dan barangan tembaga.
Buat posting pertama pasal PML ini saya sertakan PML yang bermodelkan gambar Kangkung. Haaa...nescaya rumah mak bapak kita ada PML ini. Tapi mungkin tinggal sudunya saja...he he he.

Gambar di atas saya amik daripada http://ezanygallery.blogspot.com/. Banyak set yang cantik dan mengagumkan. Boleh layari blognya kalau nak tengok. Ada banyak koleksi peribadinya.
Pendek kata, barang lama dibuang jangan...
Jan: Diri tersingkir. Terbuang setelah terabai...terbiar....
4 comments:
barang lama kalau dah lama boleh di katakan 'antik'
Tapi orang pula? hehehe...
wah klasiknya!
p.s: mcm kita jugalah, akan jadi OOL- Orang Orang Lama
Memang cantik. Kalau rajin mencari, masih boleh kumpul semula tapi harga dah tak macam harga dahulu. Ada sesetengah koleksi yang mengalahkan harga Royal Doulton. Pengsan!
orang lama sabarnya lama...he he he.
saya memang berniat nak mengumpul semula...kena sabar...benda elok tak datang selalu...he
Post a Comment