Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, December 12, 2011

Jiranku sangat baik

Hujan turun dengan lebatnya. Saya bersama anak saudara (Lan Mantoya) duduk lepak tengok DVD Series, The Walking Dead. Ngeri rasa bila ramai manusia jadi Zombie. Zombie ni kira orang yang dah mati tetapi badan boleh bergerak... Kerjanya makan orang. Siri ini ada kat Astro tapi dah musin ke dua. Saya baru saja tertengok 3 siri, 3 episod terakhir terus habis. Kata Astro bulan Mac 2012 pulak musim ke tiganya... Sebab tu la saya sambar season 1 dia di Kuantan Perade.
Sedang tengok, tiba-tiba dengar ketukan keras di pintu rumah. Sebab saya tutup semua langsir. Langsir saya jenis kain baldu tebal, lapis pulak kain koten kat belakang. Memang tak nampak orang dalam rumah. Saya ingatkan orang jahat, tapi saya buka juga pintu sliding door tersebut.
" Man, jangan lena sangat nanti air naik tak sedar, air sedang naik" Kata jiran lorong saya dan seorang pemuda lain (jiran jugak) yang saya tak kenal langsung. Mereka berdua datang semata-mata nak beritahu.
Saya lihat ke arah tasik depan rumah saya, tasik telah tiada! Air penuh sampai jalan raya. Saya nampak gazebo tersebut terapung atas air. Ngeri. Saya teringat bencana banjir ditunjuk dalam youtube. Air cepat naik.
Saya tak tahu apa nak buat. Saya lipat karpet saya (beli kat nilai RM140) letak atas sofa saya angkat LCD Sony (40 inci, full HD) letak dalam kereta. Saya terus cabut sebab panik. Saya bimbang air naik ke dalam rumah sebab memang air longkang depan rumah dah lebih dari penuh. Kalau hujan tak henti, mau air naik atas rumah...
Saya memecut laju (70km -80km) ke rumah kakak saya. Malam tu saya tidor rumah kakak saya. Dapat la save makan malam dan makan pagi, he he he.
Tapi tajuk posting ini ialah `Jiranku sangat baik'... Bukan pasal siri The Walking Dead atau dapat save duit sebab makan rumah kakak.
Jan: Saya terhutang budi sangat kepada mereka...

5 comments:

JunAina said...

macam tulah hidup berjiran, walau kekadang tidak menyapa cukup sekadar senyuman sebagai tanda ukhwah...

Jankaulu said...

Ya JunAina, saya pun kena juga ubah sikap. Kejadian ini menyedarkan saya. Walaupun hanya hujung minggu saya ke rumah saya untuk berehat, saya kena juga hai-hai bye-bye dgn jiran-jiran...

Anonymous said...

perkara yang sama juga berlaku pada saya, pkl 12.30am org ketuk pintu rumah.. walhal saya duk tingkat 3.. rupanya air dh naik kat parking kereta... terima kasih jiranku kerana membantu menyelamatkan kereta kebalku.. tapi tak kebal dek air..

Jankaulu said...

Betul zara, saya rasa terhutang budi sangat. Saya teringat kata-kata mak saya..."masih ramai org yg baik atas dunia ni..."

Nong Andy said...

Jiran mu memang baik...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home