Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 15, 2011

Kalau dibuat `buku'...

Saya pernah rasa mahu menjadi penulis novel, pengarah filem, pencipta lagu dan pembunuh upahan. Saya mahu buat semua perkara, segala benda dalam hayat saya. Itulah keindahan sebuah kehidupan. Ya, saya suka berangan dan saya tidak gusar jika angan-angan atau azam itu tinggal hanya kenangan. Kerana?
Kerana bagi saya orang yang paling teruk di muka bumi ini bukannya orang yang tiada suatu pun angan-angan/cita-citanya yang tercapai, tetapi orang yang paling teruk adalah orang yang tak ada angan-angan atau cita-cita...Haaa... Hidup tak `berwarna..'.
Saya berangan saya akan keluarkan sebuah buku, he he he. Malunya. Tajuk buku tersebut adalah `Jankaulu: Catatan peribadi sepanjang perjalanan'. Lihat gambar di atas, he hehe.

Cover dia siap dengan gambar orang tutup muka sebab malu kerana ada masalah kewangan. Malu sebab tak dapat urus kewangan dengan baik, he he he. Sayalah tu... Dan kat tepi ada tag `Perihal kewangan kita."



Saya ambil hanya 41 rencana daripada blog saya, dan ianya telah `dibahasa tinggikan' oleh kawan saya yang bertauliah dalam bidang bahasa, lulusan Universiti Malaya. Saya sangat terharu kerana dia sanggup menyemak dan membelek satu perkataan ke satu perkataan untuk mewujudkan` bahasa tinggi'. Maklumlah bila jadi buku bahasanya kena jaga...Haa...


Kalau lihat gambar di atas jenuh juga beliau membetulkan bahasa saya yang rendah, he he he. Beliau yang juga `silent reader' blog saya ada beritahu penulisan blog saya bukannya merapu, ada nilai mora berbentuk sindiran di dalamnya. Saya rasa bangga pula bila mendapat komen begitu...
Semalam saya baca balik 41 buah rencana ini. Bahasanya sudah standard, boleh tahan bestnya bila baca (saya perasan). Ada sampai saya tersenyum lucu seorang diri di atas tilam yang bercadarkan Hush Puppies (RM700 selepas potongan, mulanya saya tak nak beli tetapi cantik, he he he).



Ada 41 muka surat bersaiz A4, kalau buat buku mahu seratus helai lebih ni...Emm... Boleh tambah gambar atau kartun. Saya suka.


Saya berharap bila saya membaca `buku' ini, ia akan menjadi panduan kewangan pada saya. Dan pada-sapa-sapa yang membacanya. Kira ada suntikan moral.
Dan bila buku ini diterbitkan, ianya laris! Bila ada pesta buku antarabangsa di PWTC, penerbit sediakan meja untuk saya untuk tandatangani buku ini untuk pembeli. Pada masa itu rakan maya saya Adei Achem dan Nong Andy juga hadir membeli buku tersebut sebagai sokongan moral. Adnan juga datang, dia bermalam di Istana Hotel.
Meja saya penuh dengan para peminat. Ada yang minta nak bergambar, saya tak sombong, saya berbangga pukul gambar dengan mereka. Memang saya dah duga saya ada peminat dari seluruh pelusuk negara, juga dari Brunai dan Indonesia.
Bekas-bekas kekasih saya tentu terkilan sebab dia sudah melihat saya berjaya. Saya membina kejayaan dan terkenal dengan usaha sendiri, bukan menumpang kekayaan orang...
Saya akan beli kereta Honda CRZ ...(warna putih).
Jan: Kuat juga saya berangan...he he he.

2 comments:

Nong Andy said...

Best juga angan-angan kamu ni en.Sukiman! jangan lupa masukan sekali cerita baju kolar bentuk V tu ya! sebab citer tu la sy jadi follower kamu hehehe...

Aku pun berangan nak jadi penulis novel.. tapi hakikatnya aku hanya penulis blog yang syok sendiri hehe..
*kalau kamu btul buat buku sy mesti beli tanda sokongan.. betul...

Jankaulu said...

cerita koler v tu untuk buku kedua, tajuk buku `kisah rumahtangga orang, hehehe.

kalau awak tulis novel saya akan beli walaupun awk kata syok sendiri, he he he. Saya tetap beli sbgai sokongan moral.

bila tu nak buat novel?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home