Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, December 12, 2011

Someone like you : Part 2

Ahad nan lalu, dalam hujan, saya memandu pulang ke Muadzam. Sekarang musim hujan di pantai timur, Kuantan tak terkecuali. Saya memandu sangat perlahan, rasa lama sangat 130 km tersebut. Saya pasang lagu Kak Pah dan Kak Nita, sekali sekala pasang lagu Rahim Maarof dan Kenny G. Selepas itu saya pasang pula radio siaran inggeris dan ada lagu `Someone like you'. Terus saya layan...dalam hujan lebat.
Sebenarnya minggu ni sudah banyak kali saya dengar lagu `Someone like you' di Youtube. Ya, apabila seseorang pernah duduk dalam hati kita, tentulah ia berbekas. Kita akan ingat sebab kita pernah sayang. Dan bila kita tahu dia bahagia (dan kita masih sendirian masih terkapai dalam fhasa cuba `move on'...). Apa kita rasa?.
Dalam memandu saya melawan perasaan. Rumah banjir adalah masalah terbaru saya. Dulu Nik (kawan saya) ada beritahu kawasan perumahan tersebut kawasan paya yang ditimbun. Dan mungkin akan banjir. Tetapi saya tidak ambil pusing sangat sebab dengan sistem peparitan dan saliran yang baik, kawasan bawah paras laut pun tidak akan tenggelam. Lihat negeri Belanda... saya optimis pada masa tersebut. Tapi kini?.
Sambil berfikir saya teringat juga kepada Adele sebab layan lagu dia. Orangnya gemuk, pipinya tembam dan tiada pinggang. Tapi dia tetap cantik. Orang kata orang gemuk hati baik, orang kurus hati busuk, ya ke? Kita kembali kepada Adele yang tiba-tiba muncul kembali dengan lagu `Someone like you' tersebut. Ada orang tanya dia tak nak diet ke? Dia jawab `Saya menyanyi untuk telinga, bukan untuk mata." Bernas jawapannya. He he he.
Kemudian, saya teringatkan sofa kulit (asli) L saya, kalau banjir dan air naik ke dalam rumah tentu rosak. Begitu juga bangku ikea (RM39) dan kabinet dapur murah (RM150)tersebut. Pasti rosak. Saya berkira selepas ini kalau ada duit lebih saya nak beli barangan kayu. Kayu yang teguh biar tenggelam air seminggu pun tak rosak. Saya berkira-kira... teguh bagai karang, tiada lagi manusia yang akan merosakan hati ini (pulak dah...).
Tiba-tiba saya rasa sedih. Sebab saya laluinya seorang diri, terkapai sepanjang perjalanan. Tiada shoulder to cry ong... Tiba-tiba saya teringatkan dia yang sedang berbahagia. Tetapi saya tetap redha, sebab ini episod saya yang tuhan tetapkan. Sebab saya sudah buat yang terbaik, terdaya saya. Saya yakin benar pada rukun islam yang ke 6 tersebut...
Tiba-tiba (sekali lagi tiba-tiba) saya perlahankan kereta, dalam hujan lebat saya buka cermin tingkap kereta selow-selow. Saya buat-buat buang sesuatu melalui pintu kereta... Selepas saya tutup semula cermin kereta, saya lajukan semula kereta tersebut dalam renyaian lebat hujan. Saya telah buang `sesuatu'...
Saya telah buang segala kesedihan itu... bawa kereta sambil bersedih sepanjang 130 km dan dalam hujan yang lebat adalah merbahaya... Dalam perjalanan hidup memang tidak tentunya lagi tetapi setidaknya dalam perjalanan ini saya akan selamat...
Jan: Disebut jangan, dikenang jangan...kata Rafeah Buang.

2 comments:

Nong Andy said...

"Orang kata orang gemuk hati baik, orang kurus hati busuk, ya ke?"

pendapat saya:itu kata-kata org yg x bleh pakai! manalah saiz badan boleh tentukan kebaikan/kebusukan hati org kan...?

dulu muda2 umu 20-an aku kurus.. skg? dah tambah 14-15kg..(bygkan jer le saiz aku skrg!)hahaha!

jadi dulu aku busuk ati sekarang aku dah baik ati? DIA kat atas tu jer yg tahu jwpannya. mungkin aku rasa aku ckup baik-tapi di mata DIA..?

Kesedihan tu pasti akan dtg lagi.. hari ni dah buang.. esok dtg lagi.. perasaan mmg mcm tu..

*eh...pjg! aku buat mcm blog sendiri pulak! sori...

Jankaulu said...

dan ada juga org kata `org bkulit putih hati daun kayu, org berkulit hitam hati kayu' he he he.

pandai je mrk kata...

ya, kesedihan itu akan bertandang lagi Nong Andy, sya pasti...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home