Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, December 3, 2011

Siapa orang yang miskin?

Terlebih dahulu saya ucapkan asalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca blog ini. Topik kali ini adalah topik adakah kita miskin? Atau kita ni perasan kita miskin, kita laaa orang susah. He he he.
Kalau kita tak mampu pakai handpong kita orang miskin ke? Kalau kita tak langgang Astro kita orang miskin ke? Kalau kita tak mampu walaupun hanya melancong dalam negeri kita orang miskin ke? Kalau kita makan beras jenis murah kita orang miskin ke? Kalau kita tak mampu tukar spotrim kereta kita? Haaa...
Jawapannya tentulah TIDAK tuan-tuan dan puan-puan. Sebab mengikut definasi miskin yang saya ketahui, ia merujuk kepada orang yang pendapatanya tidak mencukupi untuk mendapatkan keperluan asas yang minima. Contohnya makanan, pakaian dan tempat perlindungan.
Namun kita dapat kelaskan hal tersebut kepada satu jenis miskin lagi. Iaitu Miskin Bandingan, di mana berbanding dengan jiran-jiran kita, kita lebih miskin. He he he.
Sebab-sebab nak memenuhi kehendak di ataslah (tanpa mengukur baju sendirilah), akhirnya kita berhutang (kita tu termasuk sayalah juga, he he he). Saya menulis pun untuk pesanan kepada diri sendiri. Saya pun bukan elok sangat perangai dalam bab-bab buat hutang ni, he he he.
Kalau kita sedih kerana kita tidak dapat memenuhi nafsu kehendak (barang kehendak) kita, itu bukannya miskin. Itu bengong namanya. Sebab dengan gaji seciput kita tak kanlah kita nak kereta mewah dan rumah bangelow siap swiming pol... Haaa. Kalau nak jugak, usahalah, jangan merugut dan bersedih.
Ikhlas saya cakap. Saya rasa hidup saya ni `over' sikit daripada gaji yang saya dapat. Saya nak banyak perkara sedangkan saya tak berapa mampu. Maka sempena tahun baru yang akan tiba (tahun baru orang putih), saya nak berazam.
Saya nak hidup dengan gaya gaji saya yang tertulis dalam slip, he he he. Tentu payah kan?
Jan: Tapi saya akan cuba, mana tau berjaya! He he he...(tipis sebenarnya)

2 comments:

Nong Andy said...

hahaha... azam baru en.sukiman tu memang payah :) tapi tulah namanya azam kan..

Miskin? Miskin pada benda-benda yg boleh di beli(miskin harta) ni kita boleh tolong.. derma, sedekah. Masuk program bersamamu tv3.

Tapi ada org miskin kasih sayang.. ada pula miskin ilmu.. tapi termasuk aku jugalah ~yang miskin amal ibadah yang nak di bawa ke 'sana'.. dan sedihnya kita tak boleh minta org tolong kat org mcm minta org reload credit fon kita...

Jankaulu said...

Memang payah sebab dah biasa nak beli yang mahal sebab kononnya mampu, he he he.

miskin kasih sayang tu parah jugak, he he he. Kita tak boleh paksa org sayang kat kita walaupun kita sayang giler kat dia...

miskin ibadat pulak, masing-masing perkayakanlahnya...he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home