Cuti adalah sesuatu yang sangat berharga. Dan sebenarnya tiada harga taranya. Cuti adalah hari kita tidak bekerja. Ianya lain dengan MC. MC kita dapat bila kita sakit (atau pura-pura sakit?). Cuti adalah masa kita berehat walaupun tidak sakit. Tapi kalau sakit hati, boleh la cuti untuk redakan sakit tu...
Saya bukannya guru, saya juga tidak ada anak. Tetapi cuti persekolahan amat penting bagi saya. Cuti ini saya gunakan untuk bertemu keluarga terutama anak-anak saudara. Sebagai pensyarah saya tidak mempunyai cuti berjadual. Sebenarnya pabila pelajar cuti bersemester kami tetap bekerja. Cuma saya diberi cuti sebanyak 26 hari setahun. Saya boleh guna cuti tahunan tersebut mengikut keperluan.
Tahun ini dapat saya simpulkan saya berjaya gunakan cuti saya dengan memuaskan. Saya juga berazam pada tahun depan saya akan menjalankan percutian saya dengan lebih efisen dan ceria.
Saya tidak suka mengumpul cuti dan `dinaikan' cuti tersebut pada tahun depan kerana saya percaya itu membebankan kerja saya pada tahun depan. Jumlah cuti yang diberikan dalam setahun tersebut sebenarnya adalah memadai dengan pekerjaan kita. Kalau nak cuti panjang sangat jadi kelasi kapal lah..
Masa cuti nilah boleh kita bawa isteri dan anak-anak kita jalan-jalan atau bercuti. Di sini dapat kita eratkan kasih sayang. Jangan kata kasih sayang tu benda tak hidup. JANGAN!. Ia mesti dibaja, disirami dan dipupuk...
Kalau tak mampu bercuti pun, inilah masa untuk kita tengok anak-anak kita lebih kerap di depan mata. Masa ini kita balik kerja terus balik rumah tengok mereka. Biarlah letih sikit sebab masa inilah mereka cuti. Ya kita bertambah sibuk bila mereka cuti sebab kita sebagai ibubapa tetap bekerja.
Tetapi itulah pengorbanan yang bernama ibu dan bapa...haaa...
Jan: engteri ini sebenarnya bertajuk ` Kaitan cuti sekolah dan kasih sayang keluarga'. tapi macam akademik sangat, sedangkan penulisan simple jea.

2 comments:
"Jangan kata kasih sayang tu benda tak hidup. JANGAN!. Ia mesti dibaja, disirami dan dipupuk..."
Best la ayat ni. lain kali pinjam boleh? :)
boleh, he he he.
Post a Comment