Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, December 31, 2011

Maharaja Lawak Mega vs Malaysia Lawak

Tahniah untuk Osbon

Semalam saya tengok Maharaja Lawak Mega bersama sahabat saya Adnan. Seperti yang kami dan ramai jangkakan kumpulan Osbon akhirnya menjurai Maharaja Lawak Mega I ini. Adnan bawak kad Astro dia. Dapatlah saya tengok. Pakage Astro saya tidak ada rancangan ini.


Walaupun hidup saya tidak selawak mana, (malah dalam beberapa episod saya meraung dekat jalan nak ke Rompin) tetapi saya luangkan masa juga untuk menonton rancangan ni sebagai pengubat duka. Lagipun saya tidaklah selalu lara adakalanya komidi hidup saya melebihi budak tadika yang terlebih gula.


Bestkan kalau dapat RM350,000 berserta trofi (tapi trofi tu boleh buat kat kedai, saya tak nak mana). Tapi jumlah tu mereka dapat setelah mereka memerah otak untuk dapatkan idea. Memang mereka layak. Mereka buat kita terhibur...

Naib juara dapat RM250,000, tempat ketiga dan keempat membawa pulang wang tunai RM150,000 dan RM50,000. Saya terkenang pulak hadiah yang sasterawan negara dapat, jumlahnya RM30,000 sahaja (dinaikan jadi Rm60,000 sejak tahun 2003). Setelah banyak hasilkan buku bermutu membina tamadum Malaysia dan diterjemahakan di peringkat antarabangsa...mereka dapat ciput jea kan.


Saya tak menyalahkan maharaja lawak sebab mereka memang patut dapat apa yang mereka dapat. Cuma rasa lawak pulak kalau nak banding dengan hadiah yang sasterawan negara di Malaysia dapat. Seperti melepas batuk di tangga atau seperti melepas anak dara keluar rumah waktu magrib...he he he.


Jan: ...selamat datang ke Malaysia.

3 comments:

Nong Andy said...

kerana tiada astro, jadi aku tak tahu cerita ni. nasib baik en.Pensyarah tulis dalam blog :)

yeke? RM30K jer? oh.. baru tahu-aku memang kurang ilmu pengetahuan, nasib baik ada en.Pensyarah-sekali lagi :)

Jankaulu said...

ya, sekarang dah naik RM60K tapi saya rasa masih tak berbaloi, apa kata beri lebih sikit...biar sastera kita ada harga sikit...

Saya sangat hargai sastera, sebab ia payah nak hasilkan...

Mama4Aqil said...

saya pun baru first time tengok maharaja lawak...masa final pulak tu..itupun masa g minum ngan member..hehehe

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home