pSaya suka melihat pelajar membentangkan kertas kerja. Walaupun tajuknya hampir sama di setiap semester namun pada setiap semester saya dapati mereka mempunyai idea yang berlainan untuk dipersembahkan.
Sudah tertulis ramoknya, memang saya cari makan dengan memberi ilmu kepada mereka. Membentuk pemikiran dan menggalakan mereka berfikir cara baru berlandaskan juga cara lama. Jangan terkejut, mereka tidak sekolah lama seperti kita. Idea mereka segar.
Dan dengan duit mengkuliahkan merekalah saya bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang tanah, hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi Bank Rakyat dan sebagainya. Termasuk beli eversof untuk mencuci muka supaya handsum. Pendek kata, segalanya. Saya tak ada pendapatan sisi.
Gambar di atas menunjukan Norain dan Nurul Syahirah membentangkan kertas kerjanya pasal polisi ekonomi semasa pemerintahan British dan juga polisi ekonomi selepas kemerdekaan. Secara tidak langsung pelajar akan tahu pasal Land law, Labour Policy and education system kita. Haaa.
Pelajar lain akan memerhati pembentangan tersebut, dan jika mereka tak faham mereka akan bertanya kemudiannya.
Anigala Subramaniam dilantik jadi pengerusi (lihat gambar gadis India yang buat 2 jari Peace tu). Dan saya puashati dengan hasilnya. Saya harap dia gembira menjadi pengerusi dan sebenarnya saya dapat melihat kegembiraan tersebut. Setiap kali saya over mencelah pembentangan, dia memberikan isyarat supaya saya kawal diri. He he he.
Pelajar saya yang kelihatan serius melihat kertas penilaian itu adalah Gevaseelan. Beliau adalah salah seorang pena penilai pada pembentangan kali ini. Beliau sering kelihatan serius tetapi kadang-kadang lucu juga orangnya.
Pelajar-pelajar saya suka sangat bila dipukul gambar mereka, mereka akan menunjukan 2 jari Peace. Sedangkan kami bukan dalam perang. Yang tunduk cuba mengelak tersebut malu, dan tak mahu gambarnya dipukul sesuka hati. Namun jangan tak tahu beg tangan yang diletakan di atas meja tu bukan murah... Tolong sikit.
Biasanya sebelum sempat saya memilih pengerusi bagi setiap kelas pembentangan, mereka offerkan diri terlebih dahulu. Mereka memang bagus berbanding saya semasa menjadi pelajar. Dulu saya asyik menolok je memanjang bila pensyarah suruh jadi ketua. Huh! (Huh untuk diri saya pada 20 tahun lepas).
Pelajar saya yang kelihatan serius melihat kertas penilaian itu adalah Gevaseelan. Beliau adalah salah seorang pena penilai pada pembentangan kali ini. Beliau sering kelihatan serius tetapi kadang-kadang lucu juga orangnya.
Yang menunjukan tai dan buat muka seperti muka saya dalam FB tersebut adalah Afnan, seorang pelajar yang banyak bertanya. Dia selalu bertanya dan kenalah saya menjawabnya (walaupun kadang-kala soalan jauh dari silibus yang hendak diajar, tak apa itu suatu kemajuan). Pun begitu dia sangat aktif dan membuatkan kelas segar dan ceria. Namun begitu kadang kadang dia overshadow saya... Sehingga saya terpaksa bertanya " Sapa pensyarah ni, awak ke saya?" He he he.
Pelajar-pelajar saya suka sangat bila dipukul gambar mereka, mereka akan menunjukan 2 jari Peace. Sedangkan kami bukan dalam perang. Yang tunduk cuba mengelak tersebut malu, dan tak mahu gambarnya dipukul sesuka hati. Namun jangan tak tahu beg tangan yang diletakan di atas meja tu bukan murah... Tolong sikit.
Kasut saja ada yang berharga RM260! Sedangkan kasut camel active saya tu pun hanya RM270. Kira lebih RM10 jea. Saya tak terlawan pelajar-pelajar saya, mereka bergaya.
Ini kumpulan kedua dengan tajuk: New Economy Policy & New Economic Model: " Is it both of them our heroes?" Mereka buat kajian pembandingan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Ekonomi Model Baru.
Sempat jugak berposing manja... Gitulah gelagat pelajar saya yang ceria 24 jam seolah tak ada masalah dalam hidup. Semoga mereka akan tabah apabila melalui dunia luar. Saya sering beritahu mereka di dunia luar akan ada banyak cabaran menanti sebab mereka akan jadi somebody dalam masyarakat.
Kalau pasal pengajian dasar, biasanya kelas akan gamat dengan pertanyaan politik. Antaranya ada pelajar yang bertanya kenapa Lim Guang Eng di Pulau Pinang tidak mahu laksanakan Dasar Ekonomi Baru? Persoalan poliltik tidak dapat lari daripada topik ini. Pun begitu tiada pelajar yang beremosi kerana mereka mempunyai pengurusan emosi yang baik (mereka bukan ahli politik, he he he). Tetapi tidak saya, saya pulak yang gagal mengawal diri, he he he.
Sempat jugak berposing manja... Gitulah gelagat pelajar saya yang ceria 24 jam seolah tak ada masalah dalam hidup. Semoga mereka akan tabah apabila melalui dunia luar. Saya sering beritahu mereka di dunia luar akan ada banyak cabaran menanti sebab mereka akan jadi somebody dalam masyarakat.
Setiap kali saya masuk kelas mereka, saya sangat gembira dan bahagia sekali. Saya terlupa akan mendung hitang yang sering mengiringi diri saya. Jatuh bangun, terduduk dan meraung dalam hujan (dekat jalan koner nak ke Rompin) seolah hilang begitu sahaja. Terima kasih kepada pelajar saya... (baca dengan nada sedih dan terharu...)
Ada pelajar memberi saya coklat, sebelum mereka menjalankan pembentangan...emm Rasuah ke? He he he. Apa-apa pun terima kasih atas hadiah `kolestrol' tu, he he he. Saya baru nak diet.
Pembentangan ketiga bertajuk: Poverty: Do you think you are rich?. Dalam kertas kerja ini juga turut disentuh soal poverty line di Malaysia, types of poverty, dan poverty reduction strategies. Banyak maklumat yang dapat kita ketahui. Yang seronoknya bagi saya, pembentang bersemangat mengatakan kemiskinan ini amat payah untuk diatasi. Dan kemiskinan akan diwarisi...jika salah gaya.
Siap dengan data. Pembentangan amat baik dan saya dapat lihat mereka telah bersedia untuk membentang. Tiga orang di hadapan sekali adalah pena penilai iaitu Gevaseelan, Hafizah dan Siti Mariam. Saya puas hati dengan soalan yang ditanya kepada pembentang. Amboi ada yang mirip soalan final exam lepas! He he he.

Ini sesi soal jawab, pembentang tengah menyediakan jawapan. Pelajar jadi serius sekejap sebab jawapan haruslah memuaskan hati penanya. Kalau tak puas dengan jawapan pembentang, saya akan campur tangan. Sayalah kena jawabnya.
Sekian sahaja. Seronok jadi tenaga pengajar ni. Setiap tahun akan selalu berganti pelajar. Setiap pelajar adalah berlainan. Saya tak setuju jika ada yang merungut boring sebab bagi saya setiap pelajar yang datang ada keistimewaan sendiri. Ada harapan yang mereka bawa.
Semoga mereka gembira dan tidak boring dengan kuliah saya.
Jan: Saya bukanlah pensyarah yang hebat...
2 comments:
cantiknya kelas dorang...kelas kat ksp dan uitm kuching dulu pun tak secantik tu :)...
tahniah suki..semoga trus jd tnaga pengajar yg disukai dan diingati oleh pljr
Post a Comment