Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label ALAM PENGAJIAN. Show all posts
Showing posts with label ALAM PENGAJIAN. Show all posts

Friday, March 31, 2017

Thursday, March 30, 2017

Kisah telur masin dan seorang mahasiswa UM (era 90an...)

Asrama Seksyen 17, Universiti Malaya...(abaikan aurat)


Universiti Malaya terletak di kawasan bandar, maka kos sara hidup di universiti ini adalah tinggi. Sekarang ini kos sara hidup lebih tinggi seiring dengan pembangunan ekonomi yang pesat.

Lebih kurang 25 tahun lalu seorang pelajar yang agak handsum tapi naif (he he he) telah berjaya melanjutkan pelajarannya di UM. Sebagai seorang budak kampung yang tak ternoda, (tidak bermakna pula budak bandar semuanya ternoda), beliau mendapati perbelanjaan harian adalah mahal berbanding di kampungnya.

Beliau bukanlah pula tergolong dari keluarga yang berada, namun ayahnya tetap mengirim duit belanja tambahan setiap bulan. 

Pernah beberapa kali beliau bertelagah dengan mak cik kantin/cafe kononnya makcik kantin/cafe itu tersalah kira (sebab jumlah bayaran makannya mahal). Terpaksalah mak cik kantin yang tak berdosa itu memperincikan bahawa seekor uudang itu adalah 80 sen harganya, dan kalau di kali 3?. Budak handsum itu tersipu malu di hadapan pelajar-pelajar lain yang turut beratur untuk membayar harga makanan. Bertambah malu ada pelajar-pelajar perempuan buat-buat senyum kambing. Namun nasib menyebelahinya sebab pelajar-pelajar perempuan yang beratur tersebut taklah lawa sangat...(he he). beliau hanya malu kepada perempuan yang lawa sahaja. Pelik.

Namun dalam kepayahan tersebut beliau tetap pergi menonton wayang, melawat zoo negara, masjid negara dan lain-lain, dan juga membeli kaset (album) seperti kebanyakan pelajar lain pada era itu. Bagaimana caranya beliau berjimat?

Caranya beliau berjimat cermat dengan memperuntukan hanya RM10 setiap hari. perbelanjaan harian tidak boleh lebih dari RM10 sehari termasuk segalanya (tambang bas, makan pagi, tengahari dan malam). Jika makan pagi terlebih mahal, makan tengah hari dikurangkan lauknya dan begitulah ejustmen dibuat. 

Kehidupannya sinonim dengan lagu-lagu Sharifah Aini (arwah) dan maggie. Lagu-lagu Sharifah Aini dan maggie tak dapat dipisahkan dalam hidupnya...ibarat Che ta dengan bulu mata, atau pembangkang dengan GST.

Kadang-kadang beliau membeli telur masin sebiji, dikerat dua untuk dua kali makan. Sebelah untuk tengahari dan baki sebelahnya untuk malam hari. Kejadian ini berlaku apabila loan dah nak habis...(baca dengan nada sedih...dan insaf). Beliau makan dengan nasi yang ditanak. Beliau begitu berjimat...mungkin sebab itulah terjawab mengapa kini beliau boros...(he he he mungkin kes balas dendam...).

Untuk berjaya beliau sabar dan sematkan di hati bahawa ersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian...

Beliau uga percaya makan banyak-banyak dulu, kemudiannya baru bersenam. he he he.

Jumpa lagi...



Saturday, October 18, 2014

Dan masa pun berlalu... Dari UM ke UNITEN

Kehidupan adalah terlalu misteri, orang agama cakap ianya rahsia tuhan. Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Mungkin tuhan mahu kita merasai apa itu keterujaan dan kemisteriaan. Tuhan mahu kita mengembara. Haaa.

Kita sangat kerdil. Tekaan dan jangkaan hari esok pun kita tidak tahu...(tetapi kita ingatkan kita tahu kan?). Apa lagi untuk meneka apa yang akan berlaku pada minggu depan, bulan depan dan seterusnya tahun depan. Kita tidak mampu.


Saya kelihatan baik, naïf dan menarik...(but evil has a beginning...)

Semalam sindrom 40 an saya datang lagi. Sambil menyandar letik di sofa, sambil menguyah kerepok keeping...saya membelek-belek album gambar lama. Kepada generasi baru, album gambar adalah seperti sebuah buku yang manusia letakan gambar-gambar. Ada poket-poket yang boleh kita masukan gambar. Biasanya album gambar ini diletak di almari hiasan di ruang tamu atau di atas rak.

"Kenapa pulak kita mesti `cuci' gambar dan letak pulak dalam album. Buat apa pulak?" Tanya seorang pelajar saya kepada saya.

"Tak ke bazir masa dan gambar tu hilang nanti" Tambah pelajar saya.

"Payah sir mahu terangkan. Dulu kami guna kamera kompak. Kena beli filem. Ada yang 8, 16 dan 32. selepas kita `pukul' gambar, kita bawa filem tu ke kedai untuk dicuci. Barulah dapat lihat gambar tu. Dulu di kamera kita tak dapat lihat hasil `tangkapan' kita. Kena `cuci' filem kalau nak tengok..."

"Teruknya sir...". Kata pelajar saya yang suka berdiet tapi hasilnya tak nampak-nampak..

"Taklah teruk mana sebab masa tu sesiapa yang ada kamera, dia akan terkenal. Sebab kawan-kawan akan asyik bertanya..."Bila kau nak gi cuci gambar kita?"

"Dulu sir ada kamera ke?" Tanya pelajar saya tiba-tiba.

"Saya tak perlukan kamera untuk terkenal". Saya menjuihkan bibir dan angkat sedikit kening, Mengada. Inilah sifat saya yang mungkin pelajar tak suka. Saya mengada. Saya pun hairan dari mana DNA mengada ini saya warisi. Emak dan ayah saya tidaklah pulak mengada. Mungkin ada DNA mengada nenek moyang saya pada diri saya. Tapi tak baiklah pulak menuduh orang yang dah mati. He he he.

" Tapi kamera lama hasilkan gambar yang tidak menipu macam gambar sekarang ni. Sebab gambar yang dihasilkan kita tak boleh edit. Kalau muka kita gitu, gitulah hasilnya" Saya beritahu pelajar saya.

"Kalau gemuk, gemuklah, kalau hitam, hitamlah. Kalau mata sepet, sepetlah mata sebab tak ada aplikasi `big eyes". Saya semakin seronok menerangkan zaman remaja saya.

"Awak buat apa dengan gambar2 awak kalau dah penuh dalam handpung tu? Giliran saya pula bertanya.

" Saya `delete' jea sir. Kalau rajin saya masukan dalam komputer" Kata pelajar saya.


Saya tatap satu persatu gambar saya semasa saya di UM. Nostagik sungguh apabila melihat gambar-gambar lama ini. Tetapi tak la sampai menangis pulak. Ini bukan drama swasta di TV3 (Maafkan aku kerana tak sempurna...)
 
Menjadi muda, cergas dan `hot' adalah satu kegairahan. Orang agama cakap satu pemberian tuhan tak terhingga nilainya..(sehingga tuhan akan tanya ke mana usia muda itu kita perhabiskan).
 
Saya seronok melihat gambar-gambar saya waktu muda. Melihat kepada diri saya, saya jatuh cinta yang mendalam kepada diri saya (mana nak cari lelaki handsum yang baik oooi).

Kawan-kawan saya beritahu saya, saya kelihatan  lebih handsum/menarik hanya di dalam gambar (fotogedik/fotogenit) tetapi di luar tidaklah handsum mana. Saya terima saja pendapat kawan-kawan saya asal jangan mereka lebih handsum dari saya di luar atau di dalam gambar sudah, he he he.
 
Gambar di atas menunjukan saya bersama salah seorang kawan baik saya semasa makan malam di Jabatan kami. Kami amat sangat sopan, kontrol dan ayu. Dulu begitulah kebanyakan cara kami bergambar. Ta ada lah buat muka itik, mata bulat atau melentik lentik. Biasanya bila dapat kerja baru kami melaran dan bergambar tongek sana sini. Itu pun bukan semua. Ada di antara generasi saya yang terus bergambar macam batang pisang hingga kini. Saya percaya hingga matilah tu...

Kini beliau bekerja sebagai pensyarah di salah satu universiti terkemuka di Malaysia. semoga dia Berjaya dalam kerjaya dan keluarga.
 
Dulu kami belajar di universiti, sekarang kami mengajar di universiti. Wah...cepatnya masa berlalu... Melalui masa...nanti kami juga akan ditanam di dalam tanah...

Tiada yang kekal kecuali tuhan...

Thursday, October 10, 2013

Asrama Seksyen 17 Universiti Malaya (Sept 1991)

Masa tengah galok, inilah rakan `serumah' saya. Kini sudah terputus hubungan kecuali Anuar.

Pada tahun pertama di Universiti Malaya saya tinggal di asrama Seksyen 17. Saya ditawarkan duduk di Kolej ke Lima tetapi saya tolak atas alasan yang saya sendiri tak berapa paham, heheh. Seumur hidup saya, saya tidak pernah duduk asrama. 

Di rumah PKNS ini kami tinggal seramai 9 orang kalau tidak silap.


Asrama kami buat rombingan berkelah kat Buluh Kubu

Yang tak pakai baju dan depakan tangan tu nama dia Rafiken. Dia boleh cakap Jawa. Dalam rumah kami dialah yang ada rupa sikit lebih dari kumpulan kami. Tapi dia pemalu orangnya. Dia selalu pasang walkman 24 jam. Dia selalu nampak tenang.

Yang berkaca mata rambut macam sarang tebuan tu Rahimi. Dia ni jenis tersengeh 24 jam. Dia pandai bahasa inggeris. Dia ni jenis skima jugak orangnya. Dia selalu cerita pasal keluarga dia. Kadang-kadang saya boring tapi saya dengar jugak. Dia pelajar undang-undang.

Dulu dia ada pernah beritahu kalau nak saman orang beritahulah dia....he he he.

Yang malu nak buka baju tersebut adalah kawan baik saya Anuar Rahman. Dia berkulit sedikit hitam. Pada mulanya saya tidak suka perangainya yang kasar. Kalau dia bercakap saya selalu panas telinga. Dia cakap pakai lepas jea...Dia selalu cakap saya anak manja. Namun akhirnya saya tahu hati dia baik. saya memang manja pun...hehehe.


Ini tempat study saya...
Kelihatan di bawah meja kotak yang sebenarnya berisi maggie. Atas meja ada typewriter. Masa tu kami guna mesen taip jea. Seksanya nak buat kertas kerja. kalau malam bising sebuah rumah bila beberapa typewriter bekerja serentak. Kelihatan jadual perancangan tahunan UM yang saya tampal di dinding. Juga hasrat saya nak `save the world'. 

Kelihatan juga contengan di dinding, he he he.

Jan: Antara kenangan termanis saya dalam hidup adalah belajar di UM. Thanks

Friday, May 17, 2013

Sekolah rendah saya...


Saya bersekolah di Sekolah Rendah Tengku Mahmud hanya sehingga darjah dua sahaja. Pada masa tersebut saya tidak tahu kenapa ayah saya tukarkan saya ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR). Tapi bila dewasa...baru ayah saya beritahu secara tidak langsung. Terima kasih ayah.

Ayah saya beritahu asal keturunan kami memang bersekolah di SKKR (tetapi itu bukan alasan pertukaran). Barangkali kalau saya ada anak dan tinggal di daerah Besut, maka anak-anak saya kenalah bersekolah di situ juga untuk mengikuti tradisi keluarga. Emmm...?

Maka anak-anak saudara saya yang tinggal di Besut, bersekolah di sinilah jadinya...

SKKR adalah sekolah yang tertua di daerah Besut (1916). Kata orang mulanya terletak di tepi sungai, bila sungai terhakis ia dipindahkan ke tempat baru. Dan sekali lagi berpindah ke balai Raja Kampung Raja (bekas kediaman Raja Besut, Tengku Long)). Lepas tu ada perpindahan lagi dan kalau tak silap tahun 50 an dan barulah ia berada dilokasi sekarang.

Antara cikgu yang saya ingat ialah Cikgu Abbas, Cikgu Shafie, Cikgu Sharifah, Cikgu Aziz (sudah arwah). 

Arwah Cikgu Aziz merupakan cikgu pengakap saya. Dialah yang ajar saya prinsip menjadi pengakap. Saya hafal semuanya. Katanya pengakap kena sayangi haiwan. Tu satu prinsip yang saya agak gementar. Seperti manusia, saya juga tidak suka semua haiwan. Haaa...

Tetapi posting ini bukan pasal haiwan, ianya pasal sekolah rendah saya. Di sekolah saya tidaklah terkenal secara semulajadi. Pada masa tersebut ramai kawan-kawan saya beribubapakan guru. Anak guru biasanya lebih terkenal dan meriah di sekolah. Namun saya juga terkenal kerana tempias ayah saya yang aktif PIBG dan berkawan dengan Cikgu Aziz. Ayah saya juga menjadi pengakap bersama Cikgu Aziz. Masa berkhemah sangat menarik.

Bila saya imbau-imbau masa lalu, saya terharu..., saya amat berterima kasih dengan tuhan. Walaupun apa yang paling saya hendak tidak diberikan tuhan, saya tetap berterusan diberikan dengan apa yang saya perlu.

Jan: saya terus berjalan...masa terus memberi input. selamat hari guru...



Monday, December 31, 2012

HDK: Air mata Erra, kata-kata kasar Norman dan hati saya yang serba salah...

Minggu ini saya merasa aman. Kisah dapur minyak tanah telah selesai. Saya dapati tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak asrama berkenaan membawa barang larangan ke asrama. Mungkin mereka gertak sahaja lebih, he he he. Saya juga telah berjaya menjual sweater baru saya dengan harga sebijik seperti yang saya beli.

Dan yang lebih penting saya sudah menyiapkan semua soalan tutorial mikroekonomi. Walaupun ada soalan yang saya gagal memahaminya 100%, saya buat juga. Dan kalau disuruh keluar ke hadapan kelas untuk menjawab dan menerangkannya, saya yakin saya boleh buat. Kalau salah jawapannya saya tidak akan dimarah, kalau tidak buat jea akan dimarah tutor...he he he

Tiba-tiba saya teringat temujanji saya dengan kawan rapat. Saya mesti cepat ke Falkulti Sains. Saya masukan semula roti ke dalam beg Dominat saya. Saya harap ikan sudah kenyang.

Kawan rapat saya ini sebenarnya telah memberi pesanan kepada kawan saya melalui kawan dia kepada kawan saya di asrama yang dia mahu berjumpa dengan saya, (dulu tak ada telefon bimbit, pakai mulut untuk sampaikan pesan `mulut ke mulut').

Bila berjumpa denganya, terus saya duduk di tangga fakulti sambil buka beg dan makan roti. Dia yang duduk di sebelah saya, tiba-tiba  menangis. Saya hampir tertelan lebihan roti yang saya sedang makan (roti lebihan ikan tadi). Terus saya capai air kotak saya. saya minum. Saya bimbang tersedak roti.

Saya jadi gelabah.

Sebenarnya, saya terlalu sibuk belajar, saya tidak perasan bahawa ada kawan-kawan perempuan yang minat kat saya. Mulanya saya memang tidak percaya. Lama-kelamaan barulah saya perasan. Perasan?

Pada tahun-tahun awal 90an, muka macam saya ni bukanlah ada `pasaran' sangat. Lainlah kalau muka macam Razizs Ismail atau Syed Sobri. Dan satu lagi saya selalu beranggapan siapalah yang hendakan saya. Naik motor pun takut. Saya juga tidak dapat fahami kalau ada orang minat kat saya sebab saya ni tiada apa-apa kelebihan. Ramai lagi kawan-kawan saya yang handsum dan baik-baik belaka. Yang tak handsum lagilah ramai, he he he.




Rabun ke mereka? Terdetik di hati saya...bila ada orang minat kat saya.

Saya lihat Erra (naman samaran, saya guna nama lain supaya kedudukan suaminya tidak tergugat apabila terbaca posting ini.) dia terusan menangis, saya jadi kesian. Macam mana nak cakap yea...?

Dalam gelabah tersebut saya beritahu kononnya saya sudah ada kekasih dari falkulti lain, tidaklah cantik mana tetapi baik budi bahasanya. Saja saya buat alasan sebab tak tahu nak menolak macam mana...He he he. Selepas saya `reka cerita', kawan perempuan saya tersebut senyap seketika. Lama kemudian dia berkata. Kata-kata yang membuatkan saya rasa nak terus lari daripadanya... Rasa nak galas semula beg Dominat saya dan terus larikan diri...larian pecut 100 meter.

" Saya tahu awak tak ada kekasih Man, saya tahu... Awak tipu. Awak reka cerita sahaja sebab awak tidak mahu terima saya. Saya tahu awak memang tidak sukakan saya..." Sambil dia sapu airmata dengan tudung labuhnya. Saya rasa kesian pulak tetapi saya lebih kesian kepada saya sebab rasa malu, ada pelajar lalu lalang. Nasib baik bukan di fakulti saya...

Saya yang tergaman memang tidak menyangka dia ada menaruh hati kat saya. Dalam pada itu saya berfikir dan termenung sekejap sambil ingati kisah lalu yang mana boleh menjadi petanda bahawa dia sukakan saya. Memang tidak ada kecuali sejak dia berkawan rapat dengan saya dia sudah tidak lagi galak mengutuk BN, dan ada kalanya dia juga menyuarakan hasrat hatinya untuk tidak lagi menyokong PAS.

Ayahnya penyokong kuat PAS dan ayah saya pula penyokong kuat UMNO. Mungkin dia ingat kalau dia masuk PAS, keluarga saya tidak akan terima? Tetapi tak kanlah sampai begitu sekali!.

" Ya memang begitu! Kau yang bodoh Man!" Kata kawan baik saya Norman (juga nama samaran, nama sebenar tidak sedap mana) dengan agak kasar. Saya terduduk sekali lagi. Kali ini saya terduduk di tangga Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (falkulti saya).

Di anak-anak tangga inilah saya di marahi oleh Norman

" Kau saja yang tak perasan. Apa kau ingat dia saja-saja nak berkawan dengan kau? Aku tengok muka dia berseri dan bersinar setiap kali bila lihat muka kau Mang. Kau saja bodoh tak perasan" Kata kawan saya lagi. Sebenarnya saya ceritakan kejadian tadi sebaik sahaja saya jumpa Norman di tangga fakulti. Saya ceritakan bahawa Erra menangis-nangis luahkan perasaannya. (sebenarnya saya rapat dengan Erra untuk saya kenalkan kepada Norman sebab Norman tak ada kekasih. Tak pernah ada orang nak pun ke dia. Hati saya baik kan?...Haaa. Saya tak kisah kalau orang tak nak ke saya tapi saya kesian kawan baik saya tersebut, iaitu si Norman).  

" Kau ingat saja-saja jea ke dia nak berjalan kaki sebatu jauhnya sebab nak binding kertas kerja kau? Kau ingat saja-saja jea dia nak jumpa kau, antar kau ke bus stop bila setiap kau nak balik kampung? Kata Norman lagi penuh dramatik seperti dalam cerita Melayu kat TV3.

Saya hanya senyap. Demi allah saya tidak perasan sebab saya ramai kawan perempuan. Orang perempuan memang baik bila berkawan. Manalah saya tahu ada di antaranya minat kat saya. 

"Tetapi kalau minat pun janganlah sampai menangis.." Kata saya kepada kawan saya sebab dah tak tahu nak kata apa lagi.

" Kau memang bodoh Man dalam bab-bab kasih sayang dan cinta" Jawab kawan saya yang setahu saya memang tak ada orang minat kat dia sejak jejak kaki ke UM. Tak ada sorang pun...

" Kau ingat saja-saja jea dia beli sweater kau tu?".

Pertanyaan terakhir Norman tersebut itu benar-benar membuatkan saya rasa sedih... dan serba salah. Saya rasa nak tergolek berguling di tangga fakulti tersebut.

Bayangan wajah Erra bertudung labuh itu terus menerpa di ingatan saya... Rupanya minggu ini jiwa saya tak tenang jua... (nasib baik soalan tutorial mikroekonomi dah siap)

Jan: ... 

HDK: Kisah dapur minyak tanah

Romzie beritahu saya, dialah yang tolong ambilkan sweater saya kerana dia bimbang akan dicuri orang. Katanya dah ramai pelajar yang kehilangan barang di library. Dengan hati yang bengkak saya mengucapkan terima kasih. Saya tahu niat dia baik. Namun tidak pula saya ceritakan bahawasanya saya sudah beli yang baru. Saya mahu jaga hati dia. Biarlah hati saya, saya campakan ke longkang pun tak apa. He he he.

Petang itu saya singgah beli roti di kedai serbaneka. dan terus saya berjalan kaki ke tasik vasiti UM. Saya duduk lepak sorang diri sambil beri makan ke ikan dalam tasik. Saya carik-carikan roti dan lempar ke tasik. Berebut ikan talapia merah datang menyambar. Seronok sangat tengok.

Saya duduk sorang-sorang sambil dengar walkman. Banyak sangat yang saya kena fikir, antaranya pasal peperiksaan akhir semakin dekat dan juga dapur minyak tanah. Saya sudah menjawab semua soalan peperiksaan akhir pada penggal lepas. Namun pastilah soalan tersebut tidak akan keluar lagi?. Namun saya tetap menjawabnya. Pelik...

Saya juga rasa berdebar sebab petang semalan selepas saya bertemu dengan sweter lama saya dan hati terkilan, ada sport cek dilakukan di asrama. Bukan main lagi penyelia asrama yang gemuk itu marahkan saya apabila dia ternampak dapur minyak tanah ada di dapur. Memang saya adakalanya memasak. Saya juga ada pemasak nasi. He he he.

" Awak jangan main-main dengan saya!" Sambil mengcekek pinggannya (yang tak berapa ada/ramping). Saya memang tidak sukakan penyelia asrama tersebut sebab saya rasa dia selalu mengada-ngada dan tidak pernah senyum. Atau kalau jadi penyelia kena garang 24 jam? Suka sangat mencari kesalahan pelajar, memeng kerja dia kot.

Inilah contoh dapur minyak tanah (Penghargaan buat blog Kembaraminda7.blogspot.com)


" Kita kena antar ke dapur tu esok ke pejabat?" Tanya kawan saya. Saya memang disuruh untuk hantar dapur tersebut ke pejabat asrama dan mungkin akan dihukum. Tetapi peliknya saya berada di tepi tasik duduk layan blues dan ikan-ikan. He he he. Tension belul la penyelia asrama tersebut.

Tentulah saya dan kawan-kawan saya memasak. Nak ringankan beban berbelanja. Tak kanlah saja-saja kami gatal nak memasak. Pinjam duit JPA hanya RM16K sahaja untuk 4 penggal (4 tahun). Kira-kira RM4K sahaja setahun. Dan jangan kata masa tu barang sangat murah. Mahal juga adanya. Ditolak-tolak yuran dan asrama tinggal sikit sahaja. Dan bertambah mahal sebab bagi saya...(suka suka berbelanja, he he he)

" Tak kan lah nak hantar. Kalau dia nak sangat ambik la sendiri, he he he" saya buat lawak walaupun rasa bersalah ada tersemat dalam hati. Lagipun saya tentu akan rasa malu bila mengusung dapur itu ke pejabat lalu ikut blok pelajar perempuan. Lalu juga sikit belakang blok pelajar UIA.

Fikiran saya melayang-layang di tengah tasik tersebut. Saya teruskan juga memberi makan ikan-ikan tersebut. Dalam hati saya, saya nekad akan duduk di luar asrama tahun depan. Apa nak jadi-jadilah. Bukannya kawan-kawan saya kat asrama tidak baik. Ramai yang baik tetapi saya rasa tidak bebas dan selalu sahaja asrama buat mesyuarat. Lagi satu macam ada orang yang perhati pergerakan saya.

Namun saya harus rahsiakan kepada keluarga saya apabila saya tidak lagi duduk di asrama. Mesti mereka bimbang saya tidak pandai bawa diri... Dan memang biasanya saya tak pandai bawak diri...

Jan: He he he.

Thursday, December 27, 2012

HDK: Kisah sweater unggu

" Tu la Man, aku dah kata kalau tinggal gerenti hilang punya. Mesti orang ambik" Kata kawan saya. Dia bersimpati dengan saya sebab sweater bercop UM saya hilang di perpustakaan. Saya memang sedih sebab tidak menyangka ada juga orang tergamak mencurinya. 

Memang setibanya di kampus terus saya dan kawan baik saya ke perpustakaan untuk mencari sweater dan juga alat tulis saya. Saya pergi ke kotak khas untuk barang-barang pelajar yang tertinggal. Saya hampa. Saya dapati hanya ada nota, kotak kalam (pencil case) dan beg Domont sahaja. Tidak ada sweater unggu saya.


Saya dan beg Domont saya, bawah ada nampak sikit sweater unggu saya.

Kawan saya beritahu mungkin pekerja perpustakaan atau pustakawan sendiri yang cilok, bukannya pelajar. Selepas puas dia menuduh/memfitnah pekerja perpustakaan, kami berjalan menuju cafe. Dalam masa kami berjalan saya terfikir jugak yang mungkin pelajar yang menciloknya... Pelajar jenis ini kalau bekerja nanti tentu cilok wang negara. Saya menyumpah dalam hati. Saya sedih campur geram.

Saya tiba di cafe Fakulti Sains Sosial dengan muka sedih seolah tertinggal bas nak ke kampus. Di cafe baru saya sedar banyak juga pelajar lain yang pakai sweater unggu design seperti saya, tetapi sebab warnanya unggu maka ramai pelajar perempuan yang memakainya, he he he. 

Kebanyakan pelajar lelaki beli warna hitam atau warna biru tua. Warna tersebut tidak menarik hati saya, kita bukannya nak hadir majlis pekebumian. Lagipun pada sweater yang warna hitam dan biru tua, logo UM kecil sangat. Yang warna unggu ni logonya besar sikit, dan ada warna putih. Unggu dan putih nampak menarik. Bolehlah saya gayakan di kampung atau setiap kali bila tunggu bas kat Hentian Putra. Tentu ada yang ternampak dan kata " Oooo budak UM". Ya, memang kes nak cari glamer murah la ni. He he he.


Sweater kesayangan saya...

Sweater tersebut saya beli dengan harga RM49.90. Mahal pada masa tersebut, iaitu pada tahun 1991. Sekarang RM100 pun belum tentu dapat beli sweater yang elok. Saya membelinya bila ada pelajar yang promote. Saya beli saiz S. Sebab saiz Snya agak besar juga. Masa tu badan saya kurus, punggung pun lepeh sahaja.

" Susah kalau tak ada sweater ni, nak masuk kuliah, kelas tutorial dan library, sejuk" Saya beritahu kawan saya dengan muka seposen. Kawan saya tersebut tidak memiliki sweater. Pernah saya tanya kenapa tidak beli satu. Dia beritahu dia tak rasa sejuk pun. Saya hairan, tetapi dia memang mamalia berdarah panas. Tidak tahulah kalau sebenarnya reptilia.

Masuk kelas Patmanathan, saya tak dapat tumpukan sepenuh perhatian sebab hati masih sedih. Saya juga tidak faham apa yang disyarahkan oleh pensyarah saya. Sudah masuk 4 minggu saya tidak faham apa-apa. Saya rasa mungkin betul cakap senior kalau ambik kertas ini dapat C dalam pun dah bersyukur. Rata-rata dapat D dalam tangan dah. 

Namun setiap kali pensyarah saya memandang ke arah saya, saya berlagak buat-buat faham. Saya buat-buat angguk-angguk dan bulatkan mata kononnya faham dan berminat padahal sikit pun saya tak faham pasal kongsep bipolar ni. Ini tentu kena balik study tahap gaban. Saya juga buat-buat salin nota atas apa yang disyarahkannya padahal gaya sahaja. Dalam pada itu saya bimbang jugak kalau pensyarah saya tahu sebenarnya yang saya ni berpura-pura faham. Saya rasa tentu dia tahu sebab dia bijak. Tetapi saya yakin dia bukannya simpati sangat kalau saya faham ke tak faham...Haaa...

Selesai kelas saya ajak kawan saya pergi ke kedai koperasi untuk beli sweater baru. Saya tidak mahu ada kawan-kawan saya terutamanya di asrama tahu yang sweater saya hilang. Saya tidak mahu dianggap cuai. Saya beli sebijik sama warna dan design dengan sweater saya yang hilang. Saya beritahu kawan saya jangan beritahu kawan-kawan yang lain yang saya beli sweater baru. Saya siap ugut kawan saya kalau dia beritahu, tahun depan bila saya tidak duduk di asrama lagi dan duduk di rumah sewa, saya tidak akan ajak dia duduk menyewa dengan saya. 

Saya dan kawan saya terus berjalan melalui jalan Ilmu, bila sampai di perhentian bus, kami menunggu bas Mini bernombor 12.

Setibanya saya di ruang tamu asrama, kawan saya beritahu" Man tadi Romzie datang, dia beri sweater kau, ada aku letak atas katil kau".

Saya masuk ke bilik. Saya lihat sweater unggu kesayangan saya terjelepok atas katil. Saya rasa bertambah sedih.

Jan: he he he...

Wednesday, December 26, 2012

HDK: Saya tak buat tutorial...

Apabila dihalau keluar oleh tutor kerana tidak buat tutorial, saya dan kawan-kawan terus ke cafe, minum-minum. Bukannya saya tak nak buat tetapi saya tidak tahu langsung membuatnya... Tutor tersebut beritahu saya dan kawan-kawan saya pemalas. Sebenarnya saya bukannya malas, saya dah cuba buat tetapi tak faham. Tak faham langsung... Subjek lain saya dapat buat dengan jayanya. Siap kena puji.

Tutorial yang paling menakutkan adalah mikroekonomi. Tutor perempuan itu walaupun tidak mengandung sangat garang macam singa, muka masam 24 jam mengikut arah jam. Dan sebenarnya saya dapati soalan tutorial yang diberi selalu tidak ada kena mengena pun dengan kelas kuliah (pada masa tersebut saya memang tak dapat lihat kaitannya). Terutama bahagian mengira, tidak diajar pun dalam kuliah. Huh!

Sambil makan saya dan kawan-kawan mengumpat tutor tersebut, siap panggil `sotong' lagi pada tutor tersebut. Maklumlah bila dah tak suka siap beri nama lagi. Saya siap beritahu kawan-kawan mungkin tutor tersebut mengalami gangguan jiwa sebab dah lama jadi tutor tak naik-nak pangkat jadi pensyarah. Kawan-kawan saya terus setuju dengan teori saya tersebut. He he he.

Lepas makan saya rasa letih, terus saya ke surau fakulti. Tidor sekejap. Dan selepas itu saya berjalan kaki lagi dengan seorang kawan mahu ke perpustakaan kononnya nak buat tutorial tadi (kawan-kawan lain terus nak balik asrama). Saya dan seorang kawan saya duduk di meja library kot-kot lalu kawan perempuan yang sudah siap tutorial tadi, bolehlah kami tiru. He he he.


Saya di atas meja, di dewan kuliah.

Setelah habis meniru (dan juga memahami, bukan tiru bulat-bulat) saya rasa lapar, saya ajak kawan saya ke cafe. Kawan saya tidak mahu ikut, dia nak balik asrama terus dengan bas universiti. Saya beritahu saya nak `stay' kat perpustakaan, nak study sampai petang. Jadi saya nak tinggal buku dan sweter saya kat kerusi.  Lepas makan saya datang balik ke library. Kawan saya kata jangan tinggal sweeter, nanti hilang. Saya jawab ` Laa tak kan la hilang, sapa nak ambik?"



Perpustakaan Universiti Malaya (bangunan kini, dulu lain)

Saya dan kawan saya berpisah di hadapan library, saya ke cafe, kawan saya terus balik asrama. Selepas makan saya jalan-jalan pulak kedai koperasi UM. Beli pen kononnya, beli kertas kajang dan sampul surat juga. Banyak buku baru, saya ada juga beli buku pasal politik. Saya suka baca pasal politik negara luar.

Bila saya keluar daripada kedai koperasi tiba-tiba saya rasa nak balik terus ke asrama pulak. Saya lalu kat jalan ilmu, depan bangunan INTAN. Sampai kat luar gate, saya tunggu bas mini 12 ke seksyen 17.

Bila saya sampai ke bilik, bila saya terlentang atas tilam. Saya tiba-tiba teringat buku, alatulis dan seeter saya ada di library!

Jan: Sejak hari itu saya tidak lagi mengumpat tutor saya, he he he.

HDK: Asrama Seksyen 17, Universiti Malaya

AJK kebajikan dan sosial Asrama Seksyen 17. Kelihatan hampir semuanya berimejkan islamik.

Tahun pertama saya bergelar mahasiswa saya ditempatkan di asrama luar iaitu di Seksyen 17, Petaling Jaya. Buat pertama kali dalam hidup, saya tinggal di asrama. Ya allah sukarnya. Di asrama ini saya belajar banyak perkara mengenai manusia lain selain saya sebagai manusia.

Asrama ini sebenarnya rumah PKNS, yang 4 tingkat, ada 2 bilik dan satu stor, satu bilik air. Asrama ini tiada kantin. Blok saya di belakang blog pelajar UIA. Dalam pagar ini juga ada blok asrama perempuan. Dalam bilik ditempatkan 4 orang!. Memang ramai dan padat sehinggakan almari terpaksa diletakan di ruang tamu. Untuk ke kampus saya naik bas mini 12 atau kalau tak sempat saya naik bas yang disediakan oleh pihak UM. Tapi saya malu naik bas ini sebab biasanya saya dan driver sahaja berjantina lelaki. Bila saya naik semua pelajar perempuan tengok...handsum sangatkah saya? Emmm... Mungkin.

Pelajar sekarang lebih beruntung tinggal di asrama yang ada serba serbi kemudahan. Kini saya dengar UM sudah ada banyak asrama yang canggih-canggih. Kehidupan di asrama sangat tidak selesa kepada saya. Banyak perkara bertentangan dengan nilai hidup saya. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Contohnya saya malu untuk pakai atau tukar seluar dalam di hadapan kawan-kawan. Saya perlu pastikan kawan-lawan lain tiada di dalam bilik, barulah saya tukar seluar dalam saya. Kawan-kawan saya yang lain selamba sahaja menukarnya di hadapan kawan-kawan lain sambil berborak lagi. Namun lama kelamaan saya semakin berani kerana saya kena sesuaikan diri, sampai pernah selamba tukar kat ruang tamu. begitulah adanya.

Saya juga terpaksa pakai sabun mandi jenis murah sahaja sebab sabun saya yang mahal selalu saya dapati ada yang menggunakan juga tanpa pengetahuan saya dan pihak asrama.

Tinggal di asrama kena aktif, maksud saya kena aktif pegang jawatan di asrama. Gambar di atas saya adalah AJK Bahagian Kebajikan dan Sosial asrama. Saya pernah la adakan minggu kebajikan sosial ini. Saya buat program mandi mayat dan jemput doktor gigi ungtuk segmen kesihatan. Leceh sangat bila ada program. Saya tension.

Saya bertekad tahun dua saya akan duduk di rumah sewa.

Namun pengalaman duduk di asrama ini banyak memberi pengalaman kepada saya. Di sinilah juga saya tamat membaca buku `Permata yang hilang'. Buku ini biasanya dibaca oleh pelajar tahun satu, senior yang  `paksa' membacanya. He he he. Buku ini pasal seks.

Saya berpendapat tidak semua orang boleh tinggal di asrama. Namun pengalaman tinggal di asrama memang manis dalam kenangan. 

Jan: Nak mandi lama-lama dalam bilik air pun tak selesa...

Thursday, December 20, 2012

HDK: Saya dan Walkman...

Pada zaman saya bergelar mahasiswa, saya dapati hampir semua pelajar mempunyai `walkman', selain daripada memiliki beg galas dan makwe/pakwe. Walkman adalah sejenis alat yang menggunakan bateri  yang membolehkan kita mendengar lagu apabila kita bubuh kaset di dalamnya.


Ni haaa model yang saya beli dulu...



Ini kaset, dalam ada tali nipis warna kekokoan...

Selain mendengar lagu kita juga boleh mendengar radio melaluinya. Pun begitu ia tidak boleh digunakan untuk memukul/tangkap gambar. Fungsinya terhad, ia juga tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan atau mendapatkan informasi di internate.

Apabila mendapat pinjaman MARA atau JPA buat pertama kalinya, mereka akan sambar satu walkman. Untuk memeliki wakman tentulah kena miliki kaset. Pada masa tersebut, penggunaan CD tidak meluas, kita orang guna kaset sahaja. Dulu kalau kita sebut USB nescaya ada kawan kita menyangka ianya sejenis ubi....


Gambar di atas kelihatan saya (bermuka skima KPM) di kedai gambar untuk mencuci gambar dan juga membeli kodak(filem) di sebuah kedai berdekatan dengan Central Market, KL. Sekarang kalau kita sebut kodak, mungkin ada yang menyangka ianya abang kepada katak atau adik ipar kepada kodok. Haaa....  


Waktu ini saya ala rock sikit tetapi dalam katogeri sopan. Walaupun ada  sikit rock tetapi akar budaya kesopanan timur tetap saya jaga. saya masih lagi beratur menaiki bas dan ramah mesra dengan makcik kantin di fakulti saya. Beliau cuba membuatkan saya menjadi menantunya tetapi tidak berjaya.

Baju tersebut (yang saya pakai dalam gambar di atas) adalah   hadiah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh syarikat EMI Malaysia. Apabila saya membeli kaset Scopiong bertajuk` Still loving you' (kopilasi) ada terselit borang peraduan di dalamnya. Kalau menang antaranya dapat baju. Saya berdoa pada allah biarlah dapat baju, boleh saya menunjuk-nunjuk (he he he, riak tu). Peraduan tersebut menanyakan beberapa soalan bodoh antaranya kalau saya tak silap `berapa buah lagu yang ada dalam album ini' dan soalan-soalan yang memang kita tahu bila kita beli kaset ini. Saya rasa pelik pada masa itu,..tetapi tidak sekarang.



Dalam album ini ada juga lagu `wind of change' (side A, track 1) dan `believe in love' (side B, track 1). Kerap jugak saya nyanyi lagu ni di asrama seksyen 17 di UM dulu. he he he. Oh yea.. Riuh seasrama bila saya canang saya dapat 2 helai baju sebab menang peraduan tersebut! Tak malu kan? Memang. Dan akhirnya tuhan balas, sehelai baju tu dicuri orang...!

Saya sayang baju itu, baju itu amat sesuai dipakai dengan jeans yang agak ketat yang berjaya menampakan punggung kita terbentuk dan tidak lepeh. Pendek kata, ianya memaparkan zaman kegemilangan tubuh badan kita (sebelum selepasnya bagai dipam-pam setelah kita berusia...).



Walkman tersebut harus digunakan dengan pendengar telinga yang talinya halus. Kita sumbat di telinga...(tak kan la di lubang hidung pulak, teruk gaya penulisan saya... Jangan gelak. Serius sikit). Talinya halus, kalau tak perati memang tak perasan. Lihat gambar di atas. 

Walkman saya berjenama Sony. Sebenarnya ianya adalah walkman kedua yang saya beli. Yang pertama kena pau dek budak-budak samseng di Pertama Komplek. Seram sejuk pada masa itu bila saya di kelilingi oleh kaki-kaki pau. Saya serahkan juga duit dalam dompet pada masa itu... (lain kali saya akan cerita hal ini sebab ni posting pasal walkman).


Bila mengimbau masa-masa silam..., hasilnya saya semakin menghargai diri saya. Saya tahu mungkin takdir hidup saya akan hidup `bersendirian' di sepanjang perjalanan ini (rujuk lirik 1Menaruh Harapan'). Namun saya tetap bersyukur kerana allah telah mempermudahkan perjalanan saya dengan memberi ribuan kelebihan/kemudahan dari segi bentuk yang lain.

Lagipun saya bukanlah jenis manusia yang baik sangat... 

Jan: Aku harunginya juga...kau cubalah terus menari di atas kedukaanku. Menarilah...

Wednesday, December 19, 2012

HDK: Saya dan pendakap gigi


Bahagian HDK (Harum Dalam Kenangan) kali ini akan membawa saya mengimbau kenangan semasa saya berstatus pemakai pendakat gigi. Mengimbau kenangan saya pada tahun 1992...

XXXX

Sebenarnya, sebentar tadi saya terlihat ada pelajar saya memakai pendakap gigi. Lantas saya teringat pula semasa menjadi mahasiswa di UM dulu saya juga pernah pakai pendakap gigi.

Saya memakainya bukanlah kerana gigi saya sangat tidak elok, tetapi untuk menyempurnakan senyuman saya. Kalau kita tersenyum riang tetapi gigi kita tidak tersusun rapi, tentulah markahnya tidak penuh.  Ingat, kita adalah pandangan orang. Haaa....


Gambar di atas adalah pada masa tahun ke dua saya di UM. Nasib baik saya simpan gambar ni. Ada lea kenangannya. Pada masa ini dagu saya masih lagi terbentuk dan saya masih berani pakai seluar jeans dengan baju masuk ke dalam.



Pakai pendakap gigi ini cerewet. Saya ingat lagi pada awalnya saya hanya makan bubur sahaja sebab keadaan gigi saya tertekan. Saya juga kena berus dengan teliti. Tetapi orang putih kata `beauty is pain' kan? Haa...


Gambar di atas: Saya berada di dalam bas Mini no 12, sempat lagi posing tu. He he he. 


Sekarang setiap kali saya ke klinik gigi, doktor gigi akan memuji gigi saya yang tersusun rapi. Dan saya juga tersenyum bila kawan-kawa beritahu gigi saya cantik.

Jan: Dan selepas itu rupanya...saya tersenyum dalam tangis yang merintih...

Thursday, March 24, 2011

Kenapa kena cari isipadu?

Apabila cikgu sedang syok mengajar matematik modern kat depan papan hijau, saya secara perlahan-lahan tarik buku Pengetahuan Agama Islam di dalam bangku. Saya keluarkan sebahagian buku tersebut letak di atas peha dan sebahagian lagi dalam meja.
Malas saya nak ikuti apa yang cikgu ajar, entah apa diajarnya. Penuh papan hitam suruh kita cari luas isipadu la, punca kuasa dua la dan entah apa. Bukannya kita nak gali telaga.
Saya membacanya, saya rasa cikgu tak akan nampak sebab kedudukan meja saya barisan belakang. Lagipun kelmarin ustazah beritahu dia nak soal, siapa tak boleh jawab kena berdiri. Saya kena hafal makna ayat, tafsiran dan pengajaran ayat. Ustazah tu bengkeng , serius 24 jam. Semalam saya tak sempat nak hafal sebab saya asyik melukis gambar bawang sampai pukul tiga pagi. Cikgu lukisan selalu puji lukisan saya cantik (saya tak nafi), saya kena lukis benda hidup.


Sedang saya asyik menghafal dan tunduk membaca, datang cikgu matematik dekat meja saya tanpa saya sedari. Dia marah betul. Saya yang terkejut menolak buku ke dalam meja tetapi tersangkut, kelepuk jatuh atas simen, he he he. Sampai hari ni saya ingat kejadian tersebut!


Apalagi dia beleter, apalagi saya tutup telinga bayangkan saya di tepi pantai. Tapi saya terdengar jua sedikit sebanyak. Katanya kalau saya nak belajar stail tersebut tunggu 4 tahun lagi bila saya masuk universiti. Katanya kat universiti bolehlah kita tengok gitu je pensyarah ajar tanpa menyalin nota.


Saya malu sangat kat kawan-kawan, he he he. Sebab saya ni jenis budak baik. Ketua tingkatan lagi. Namun cikgu matematik saya tidak berleter panjang-panjang sebab dia kena kembali ke papan hijau untuk menunjukan cara nak cari isi padu telaga tersebut. Dan saya tahu selepas itu kena cari penyelesaian kepada soalan pemfaktoran, ala yang cari X dan cari Y tu...boring betul.
Selepas kelas saya tanya kawan saya " Boleh tak kita ambik SPM tanpa ambil subjek matematik modern?"



Jan: pulak dah...

Wednesday, March 23, 2011

Saya ambil lukisan...

Saya fikir tidak mengapa saya buang subjek matematik tambahan asalkan ayah saya tidak tahu. He he he. Saya beritahu mak jangan beritahu ayah. Saya takut ayah marah. Ayah memang ambil tahu tentang pelajaran saya.
Tetapi suatu hari terbongkar juga sebab saya lupa kemaskan balik lukisan saya buat bila penat melukis dan tertidor di dalam bilik saya, esok saya kena ke sekolah terus. Bilik saya memang tidak boleh dikunci. Ayah saya tidak buat kunci untuk semua bilik anak-anaknya. Mungkin senang dia hendak masuk mengintip...he he he.
Bila saya balik dari sekolah, mak saya beritahu ayah saya masuk bilik dan tertengok lukisan-lukisan saya!
" Ayoh kata apa mak" Saya tanya mak dengan cemas. Saya tahu ayah saya mesti tak setuju saya melukis dan tak ambik matematik tambahan. Saya pasti kena marah. Takutnya saya... Tapi pada masa itu saya dah bercadang kalau ayah saya marah, saya akan lari dari rumah (pendeknya akal saya pada masa tu, he he he) tidor rumah kawan dua tiga hari, he he he. Ayah saya tak akan faham naluri seni dalam jiwa saya...terdetik di hati saya.
" Ayoh kata pandai abang melukis" Kata mak saya...
Lega hati saya. Tapi tak bermakna ayah saya setuju dengan tindakan saya. Saya pasti kena marah. Dan petangnya ayah saya berleter tapi saya dah tutup telinga saya, saya tak dengar satu pun. Kemahiran ni saya dapat dengan selalu berlatih, iaitu bila orang bercakap kita fokus kepada hal lain dalam otak. Jadi bila orang berleter tak masuk telinga pun.



Petangnya datang saudara saya Miss London. Saya panggil Miss London sebab sejak dia belajar di London bila balik kampung rambut perang, mata biru, pakai skit lagi, vouge. Saudara saya tu sangat baik dengan kakak saya, umur mereka sama. Kedatangan dia memberitahu saya kepentingan matematik tambahan. Sah tentu ayah saya punya kerja, dia yang suruh ni...saya pasti!
Seluruh kampung dah ke tahu saya tak ambik matematik tambahan dalam SPM saya? Huh!
Jan: Sampai sekarang saya tidak tahu nombor kereta ayah saya, kakak saya dan adik saya. Saya fobia nombor...no kereta saya, saya ingat sebab saya beli. He he he.

Subjek paling saya tak minat

Saya tidak suka matematik. Pada masa tersebut saya tidak faham langsung mengapa matematik penting. Zaman persekolahan, jiwa saya penuh huru hara kerana subjek ini. Kalaulah gelodak jiwa tersebut dapat dilihat ia bagaikan taufan Tsunami.

Bila saya naik ke tingkatan 4, lagi haru biru sebab saya kena belajar matematik tambahan selain matematik tulen, fizik, kimia dan biologi.




Matematik tambahan jauh lebih sukar daripada matematik tulen. Bila berserabut saya pernah cuba nak tukar ke kelas perdagangan (walaupun saya berniat nak jadi doktor) sebab tidak suka matematik tambahan tetapi cikgu saya beritahu saya pandai, molek benarlah masuk kelas sains. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) saya melayakan saya masuk kelas sains. Oleh kerana masuk kelas sains itu glamour dan terbilang, ramai kawan-kawan saya masuk kelas ni, saya padamkan saja hasrat saya...he he he (lagipun ada seorang yang saya minat dalam kelas tersebut, kawan baru, he he he).




Maths buat saya boring dan mengantuk...





Namun saya akhirnya tidak ambik matematik tambahan sebab saya tidak pernah lulus subjek tersebut bila cikgu buat ujian. Saya yakin benar saya akan dapat 9 jika ambik matematik tambahan. Matematik tulen pun sudah begitu sukar berbanding dengan matematik saya belajar dalam tingkatan 1, 2 dn 3.






"Mengapalah kita kena belajar lagi matematik ni, kita bukannya nak jadi taukeh beras. Taukeh beras pun guna kakileter" Saya beritahu kawan saya apabila saya dapat 38% sahaja untuk matapelajaran matematik tulen dan 8% untuk matematik tambahan!.







" Mana ada orang kelas sains ambik lukisan?" beritahu cikgu kelas saya apabila saya beritahu hasrat saya nak drop matematik tambahan dan ambik lukisan.







" Tak apalah cikgu, masa add maths saya bangun dan keluar daripada kelas. Saya pergi belajar lukisan sorang-sorang" Kata saya kepada cikgu kelas saya, he he he.







Kemudiannya saya rasa lega sangat bila tidak payah belajar matematik tambahan. Tuhan sahaja yang tahu. Siap saya sindir kawan-kawan saya yang kononnya ambik matematik tambahan, dapat 9 tu dah dalam tangan, he he he.







Pun begitu saya masih tidak dapat mengikuti pelajaran matematik tulen. Saya hairan sebab saya tak faham apa yang cikgu ajar dan saya tak boleh buat latihan yang diberi sedangkan saya bukannya bodoh. Bila saya lihat kena cari X dan y, saya berpinar. Saya selalu bertanya dalam hati kenapa pulak kena buat persamaan serentak semata-mata nak cari X dan Y?







Sekarang saya sangat faham mengapa matematik sangat penting... Tapi saya tak menyesal, he he he.







Jan: Ada orang kata sapa-sapa tak pandai matematik, dia adalah tak pandai...teruk kan? Sedap-sedap kata.

Tuesday, December 14, 2010

Sandarkan pada kenangan: Bahagian 2

Sebenarnya masa depan kita sebenarnya tidak menentu walaupun kita boleh merancang...sekurangnya bagi saya. Zaman persekolahan saya, saya tak gunakan sepenuhnya untuk belajar. Saya akui. Kalau ada yang nak lemparkan kata-kata sebegitu, saya reda. Tapi pastilah tak akan ada sesiapa yang nak campur tangan dalam hidup saya. Saya bukan seleberiti lagi.
Mati hidup balik pun saya tak menduga saya akan menjadi pensyarah. Namun saya akui saya selalu dikelilingi oleh orang yang cerdik daripada darjah satu. Sebabnya ayah saya selalu beritahu `kita kena berkawan dengan orang yang cerdik' (walaupun mereka malas belajar? he he he). Mungkin kecerdikan mereka terpias atau merencik ke hidup saya. Dan sampai sekarang saya dikatakan berada di kalangan orang yang cerdik walaupun saya tidak cerdik mana? Benarkah?.
Persekolahan menengah dulu amat seronok. Kami tak ada banyak tuisyen atau kena bawa buku yang tebal-tebal. Tak adalah mutar itik macam sekarang, lihat pelajar kita... kesian pun ada bila mereka tak dapat result yang baik.
Kehidupan dulu seronok, kami tak ada handphone atau internate. Tak ada playstation, Xbox belum wujud. Kami main Monopoly, Scrabble dan Dam Ular (yang ada tangga dan bila kena makan dek ular kita jatuh ke nombor sebelumnya).
Kami ke sekolah dengan sangat gembira. Cikgu kami sangat sayang kepada kami walaupun kami bukan anak mereka. Malah ada yang kami panggil mama. Cikgu kami lebih sayang kepada kami daripada kelab sekolah yang mereka pegang... kami tahu... berbeza dengan kini...
jan: Semua bangun! terimaaa kasihhhh cikguuuuu...!





Monday, December 13, 2010

Sandarkan pada kenangan...

Saya yang duduk atas kerusi di sebelah cikgu Lim



Saya jarang gila berFB. Sebabnya? Saya tak pandai bersembang dan saya seorang yang membosankan bila bersembangan. Tetapi minggu lepas saya berpeluang berFB di rumah kakak saya. saya ber FB di taman mininya.
Saya terkejut sebab kali ini dah dekat nak 100 yang request saya. Emm... terkenal ke saya ni, he he he. Dulu memang dah sampai dekat 500 sebab saya terima je termasuk sesiapa yang saya tak kenal. Tetapi kini saya akui saya tak terlayan...akhirnya saya remove sebab saya tak kenal pun..dan tak aktif.
Namun petang tersebut saya teruja kerana rupa-rupanya kawan-kawan lama saya telah berFB di antara mereka. Mereka adalah kawan-kawan bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Mahmud yang dah 20 tahun lebih saya tak jumpa mata.
Saya ada buka akaun mereka dan lihat gambar mereka di FB mereka. Bukan main sekarang mereka telah membangun dengan hebatnya. Mereka kelihatan lebih menarik daripada zaman persekolahan yang dulu kurus kering... Kawan perempuan saya terutamanya semakin cantik dan bergaya. he he he. Tak sangka boleh jadi secantik tu...he he he.
Ada sekeping gambar di alam persekolahan membuatkan saya teringat zaman persekolahan saya. He he he. Saya memang teruk, ketika kawan-kawan saya belajar bersungguh-sungguh untuk SPM, saya sibuk berulang alik kat kedai cina di Jerteh dan Kuala Besut buat rambut, beli kaset dan menyanyi, naik motor orang ke sana-ke mari (naik motor dengan kawan di kelas lain), dan buat kek. He he he.



He he he.
Jan: Tiba-tiba teringatkan si dia...emmm ingatkah dia padaku...?

Wednesday, December 8, 2010

Saya tak boleh tinggal...

Saya tak rock mana zaman persekolahanwalaupun zaman tu zaman rock giler...seluar sekolah nak tanggalkan kena guna plastik, rambut ala rock juga, panjang... Sekarang rambut remaja lelaki macam perempuan, macam Zac Efron. Tapi rasanya lebih kemas dan menarik kan...
Ramai kawan-kawan baik saya sangat rock. Kawan baik saya zaman persekolahan adalah rocker. Ada juga kawan saya yang kena panggil iblis dek pengetua sebab terlalu rock, he he he.
Saya suka Search dan Wing, juga Lehanded... Febians dan Bumiputra Rockers. Tapi tentulah saya paling suka Search...
Seorang kawan rock saya bertanya saya... Kenapa saya lain daripada kawan-kawan saya yang lain...katanya kenapa saya beli kaset Sharifah Aini dan Sheila Majid, tak rocklah katanya (masa tu pertengahan tahun 80an)...
Memang saya suka rock tapi saya tak boleh tinggal Kak Pah dan saya suka Jazz...he he he.
Jan: He he he, ada ke dia kata saya lain daripada yang lain...


Rumah atas bukit...

Pada zaman persekolahan saya, saya bukanlah pelajar yang bijak. Pernah di dalam kelas, ustad tanya saya " Sukiman, bila musim haji tiba? "
" Bila ada panggilan baitullah, macam dalam tv ". Saya jawab dengan yakin. Dan muka ustad bergigi emas tersebut nampak keruh...he he he. Sebab masa tu dalam tv memang ada rancangan haji, siap dengan lagu-lagunya.
Seingat saya, saya menjadi ketua kelas daripada tingkatan satu sampai tingkatan 5. Jadi pengawas perpustakaan dan AJK kelab kerjaya. Ramai undi saya walaupun saya rasa saya bukannya handsum sangat. Tetapi tu mungkin lambang saya orang yang baik, walaupun saya tak ramai kawan, para pelajar suka kat saya (walaupun saya mungkin bukan kawan mereka...pelik...)
Satu kepelikan saya ialah saya risau jika kawan saya tak study, suka main atau dapat result rendah. Saya tak study dan dapat resut yang rendah tak apa...he he he.
Pernah saya bagai nak menangis menasihati `kawan' saya supaya belajar rajin-rajin. Sebab kami berjanji nak buat rumah atas bukit. Kami kena rajin-rajin belajar, cari duit dan buat rumah atas bukit...kami akan hidup berdua, bahagia...ada rumah besi dan kaca yang indah...
Jan: harapan dan impian kami terpukul, berkecai....oleh hidup di dunia yang nyata...

Thursday, May 20, 2010

Rumah sewa saya di Bangsar...

" Bukan semua orang boleh ternampak hantu. Orang-orang tertentu je boleh nampak hantu." kata kawan saya.

Sebenarnya semasa saya belajar di UM saya juga ada menyewa rumah lain yang tidak kurang juga menyeramkan. Entahlah saya pun tak tahu bagaimana hendak mulakan cerita...

Tapi...saya mulakan jugak, he he he. Cerita bermula apabila seorang kawan baik saya berasal dari Kelantan mengajak saya untuk `meninjau' salah sebuah rumah sebelum kami menyewa. Dia bawak saya ke rumah tersebut sebab katanya saya ada `power' di mana kalau rumah tersebut ada `sesuatu' yang tak kena saya boleh rasa... Kira saya ni macam bomoh pulak dah...

Rumah tersebut adalah sebahagian daripada bangunan yang besar dan panjang yang betul-betul menghadap jalan raya besar. Di belakangnya ada bangunan TV3. Rumah tersebut pada tingkat ke tiga, tigkat bawah kedai-kedai, tingkat dua pejabat-pejabat dan tingkat 3 barulah dibina rumah. Payah nak percaya bangunan besar tengah bandar ada something rupanya....

Apabila melangkah masuk kerumah tersebut saya terasa sesuatu yang aneh. Rumah ini tiada `jiwa'. Bila pulang daripada melawat rumah tersebut kawan saya tanya sama ada saya terasa apa-apa semasa masuk rumah tersebut. Saya kata '' Ada...rasa semacam je...macam seram je..." Saya beritahu nantilah esok saya akan beritahu apa yang aku rasa dengan lebih detail.

Pada malamnya bila saya tidur saya bermimpi saya berada di bilik rumah yang akan saya sewa petang tadi. Ada dua orang lelaki berbadan sasa dan bergaya perhiasan purba, sedap-sedap je mengangkat saya dan menghumbangkan saya ke dinding bilik tersebut. Rasa sakit seluruh badan. Memang menakutkan juga mimpi tersebut.

Keesokan harinya semasa berjalan pulang dari kuliah saya beritahu kawan baik saya, tak payahlah sewa rumah tersebut sebab semalam kononnya saya dapat alamat yang tak baik dalam mimpi. Kawan saya pun beritahu juga dia kononnya bermimpi sesuatu yang buruk juga (nak jugak), tetapi bila saya tanya dia tak mahu beritahu... tapi saya percaya dia.

Selepas itu kami carilah rumah lain untuk disewa tetapi gagal dengan cemerlang sebab mahal harganya, sewa bilik pun dah RM380 pada masa tersebut. Kami pun tak dapat duduk asrama sebab kami jenis tak aktif bersukan atau berpersatuan, saya pula bukan saja tak aktif tetapi anti sukan dan sosial. Saya suka baca resepi, baca buku dan buat matematik saja 24 jam...

Maka kami terpaksalah sewa jugak rumah tersebut....he he he. Bila dah lama duduk menyewa perkara yang pertama yang aneh ialah saya dapati selipar-selipar yang kami pakai yang nak masuk dapur selalu tersusun rapi. Sedangkan kami ni bukannya jenis berdisiplin macam orang Jepun. Kawan saya beritahu mungkin housemate lain yang susun. Housemate tersebut selalu pulang lewat. Dia kerja masak kat hotel dan dialah yang selalu ke dapur malam-malam (pagi). Saya pun kata logik-logik...kami cuba damaikan perasan sehinggalah tiba pada suatu petang yang membuatkan kami rasa nak cabut daripada rumah tersebut.

Ceritanya begini, pada suatu petang yang tak berapa damai (sebab ada seorang tutor tu ya allah bengis macam singa marahkan saya sebab tak buat tutorial... sampai saya deman kediri). Masa deman petang tulah segalanya bermula. Sebenarnya saya tidak berapa damai hati bila kawan baik saya sendiri meluahkan hasratnya untuk berkasihkan saya. Saya bukan apa, pada masa tersebut saya fikir baiklah saya tumpukan pada pelajaran dulu, saya masuk universiti bukan nak cari isteri tetapi ilmu. Saya ni bukannya handsum sangat masa belajar dulu...lagipun yang bercouple-couple lepas u terus kawin tu bukan jenis saya. Saya jenis suka berkawan dan berbincang pasal pelajaran... sebab rasa tak damai inilah sampai saya terlupa buat toturial. Bayangkan saya kena halau dari bilik tutorial. Bayangkan.




Saya dan Anuar Rahman semasa gi berombongan di Jeram Buluh Kubu, Selangor.

(sekadar hiasan, tak ada kaitan dengan cerita).




Saya yang bertanda X, selepas mandi. Cuba lihat muka kawan-kawan saya. Entah apa yang terjadi kepada mereka sekarang. Semoga mereka hidup tak ditipu orang...

Kembali kepada cerita asas sebab penulisan ini bukannya cerita pasal kehandsuman saya sampai ada orang nak tetapi mengenai misteri menyewa di Bangsar. Pada masa tersebut saya sedang tidur dalam bilik, saya deman dan sakit tekak (sakit yang selalu saya dapat masa belajar). Pada masa yang sama malang bertimpa...hati saya juga terguris sedih sebab kena marah dek kawan (sebab saya makan krismis dia yang atas rak baju). Saya ambik dua tiga bijik je dia bising sedangkan dia minum air kotak saya berkotak-katak saya halalkan,,, Ok kita kembali kepada saya kena marah sebab makan buah krismis tadi. Dia kata `kau tu dah pandai Sukiman tak perlulah makan buah krismis'. Rupanya selepas dia kena reapet dia makan buah krismis supaya terang hati he he he. Rupanya buah krisnis tersebut supaya `hati dia terang', he he he. Di UM pada masa tersebut tak ada reapet kertas kalau tak lulus terus reapet penggal pengajiang (sistem penggal, satu penggal setahun),


Kita kembali kepada kisah seram tersebut, saya terjaga dari tidur saya nampak seorang perempuan baru saja keluar dari bilik saya. Saya tak nampak jelas sebab dia membelakangi saya dan saya hanya nampak sekilas sahaja iaitu perempuan dan pakai sari. Saya terkejut beruk dan tersedar. Saya rasa kenaling (antara sedar dan tak sedar).


Bila kawan saya balik dari kuliah saya beritahulah apa yang terjadi, dia kata memang kita ni sewa rumah India! Sekali lagi saya rasa seram di dalam bilik kecil tersebut... meremang bulu roma saya dan bulu-bulu tak roma.


Saya ada bebarapa lagi koleksi cerita yang menyeramkan...saya akan menulisnya nanti jika ada masa termasuk sebuah rumah sewa yang ada dua jin di dalamnya. Kejadian tersebut berlaku semasa saya menyewa seorang semasa bekerja di Kolej Shahputra. Tak sangka pula saya menyewa bertiga, tetepi saya sorang yang bayar sewanya...

Jan: ada manusia macam hantu...oh...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home