Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 28, 2026

"Sukiman, awak apa khabar?"

Kalau ada orang bertanya, "Apa khabar?", saya selalu percaya kita patut dahulukan jawapan dengan, "Khabar baik." Walaupun pada hakikatnya, dalam hati kita mungkin sedang berperang dengan seribu satu masalah. Setengah mati.

Bukan kerana kita mahu berpura-pura atau menipu. Tetapi tidak semua orang yang bertanya itu benar-benar bersedia untuk mendengar cerita panjang tentang hidup kita. Ramai yang bertanya sekadar tanda hormat, tanda mesra atau pembuka bicara. Jadi, jawapan yang ringkas selalunya sudah memadai.

Cerita yang "setengah mati" itu bukanlah tidak penting. Cuma ia tidak semestinya menarik untuk didengar oleh semua orang. Lainlah kalau orang itu benar-benar mengambil berat tentang kita. Lainlah kalau dia sanggup duduk, mendengar tanpa melihat jam, dan bertanya lagi, "Betul ke awak okey?" Orang seperti itu memang patut kita hargai.

Kalau sekadar kawan biasa, kenalan di tempat kerja, atau orang yang kebetulan terserempak di kedai makan, cukuplah kita tersenyum dan menjawab, "Alhamdulillah, semuanya okey." He he he... bukan semua orang perlu menjadi tempat kita melonggokkan beban hidup.

Kadang-kadang, apabila ada sedikit masa terluang selepas selesai mengajar, saya suka berkongsi perkara-perkara kecil tentang kehidupan dengan pelajar-pelajar saya. Saya selalu berpesan, selain mengejar ilmu, belajarlah juga memahami manusia. Sebab itulah saya selalu mengatakan kepada mereka, kalau ada orang bertanya, "Apa khabar?", jawablah dahulu, "Alhamdulillah, khabar baik." Bukan kerana kita menipu, tetapi kerana tidak semua orang yang bertanya benar-benar bersedia untuk mendengar cerita hidup kita.

Kerana cerita yang berat, biarlah hanya dikongsi dengan mereka yang benar-benar sanggup memikul sedikit beban itu bersama kita.

Gituew...





No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home