" Tu la Man, aku dah kata kalau tinggal gerenti hilang punya. Mesti orang ambik" Kata kawan saya. Dia bersimpati dengan saya sebab sweater bercop UM saya hilang di perpustakaan. Saya memang sedih sebab tidak menyangka ada juga orang tergamak mencurinya.
Memang setibanya di kampus terus saya dan kawan baik saya ke perpustakaan untuk mencari sweater dan juga alat tulis saya. Saya pergi ke kotak khas untuk barang-barang pelajar yang tertinggal. Saya hampa. Saya dapati hanya ada nota, kotak kalam (pencil case) dan beg Domont sahaja. Tidak ada sweater unggu saya.
Saya dan beg Domont saya, bawah ada nampak sikit sweater unggu saya.
Kawan saya beritahu mungkin pekerja perpustakaan atau pustakawan sendiri yang cilok, bukannya pelajar. Selepas puas dia menuduh/memfitnah pekerja perpustakaan, kami berjalan menuju cafe. Dalam masa kami berjalan saya terfikir jugak yang mungkin pelajar yang menciloknya... Pelajar jenis ini kalau bekerja nanti tentu cilok wang negara. Saya menyumpah dalam hati. Saya sedih campur geram.
Saya tiba di cafe Fakulti Sains Sosial dengan muka sedih seolah tertinggal bas nak ke kampus. Di cafe baru saya sedar banyak juga pelajar lain yang pakai sweater unggu design seperti saya, tetapi sebab warnanya unggu maka ramai pelajar perempuan yang memakainya, he he he.
Kebanyakan pelajar lelaki beli warna hitam atau warna biru tua. Warna tersebut tidak menarik hati saya, kita bukannya nak hadir majlis pekebumian. Lagipun pada sweater yang warna hitam dan biru tua, logo UM kecil sangat. Yang warna unggu ni logonya besar sikit, dan ada warna putih. Unggu dan putih nampak menarik. Bolehlah saya gayakan di kampung atau setiap kali bila tunggu bas kat Hentian Putra. Tentu ada yang ternampak dan kata " Oooo budak UM". Ya, memang kes nak cari glamer murah la ni. He he he.
Sweater kesayangan saya...
Sweater tersebut saya beli dengan harga RM49.90. Mahal pada masa tersebut, iaitu pada tahun 1991. Sekarang RM100 pun belum tentu dapat beli sweater yang elok. Saya membelinya bila ada pelajar yang promote. Saya beli saiz S. Sebab saiz Snya agak besar juga. Masa tu badan saya kurus, punggung pun lepeh sahaja.
" Susah kalau tak ada sweater ni, nak masuk kuliah, kelas tutorial dan library, sejuk" Saya beritahu kawan saya dengan muka seposen. Kawan saya tersebut tidak memiliki sweater. Pernah saya tanya kenapa tidak beli satu. Dia beritahu dia tak rasa sejuk pun. Saya hairan, tetapi dia memang mamalia berdarah panas. Tidak tahulah kalau sebenarnya reptilia.
Masuk kelas Patmanathan, saya tak dapat tumpukan sepenuh perhatian sebab hati masih sedih. Saya juga tidak faham apa yang disyarahkan oleh pensyarah saya. Sudah masuk 4 minggu saya tidak faham apa-apa. Saya rasa mungkin betul cakap senior kalau ambik kertas ini dapat C dalam pun dah bersyukur. Rata-rata dapat D dalam tangan dah.
Namun setiap kali pensyarah saya memandang ke arah saya, saya berlagak buat-buat faham. Saya buat-buat angguk-angguk dan bulatkan mata kononnya faham dan berminat padahal sikit pun saya tak faham pasal kongsep bipolar ni. Ini tentu kena balik study tahap gaban. Saya juga buat-buat salin nota atas apa yang disyarahkannya padahal gaya sahaja. Dalam pada itu saya bimbang jugak kalau pensyarah saya tahu sebenarnya yang saya ni berpura-pura faham. Saya rasa tentu dia tahu sebab dia bijak. Tetapi saya yakin dia bukannya simpati sangat kalau saya faham ke tak faham...Haaa...
Selesai kelas saya ajak kawan saya pergi ke kedai koperasi untuk beli sweater baru. Saya tidak mahu ada kawan-kawan saya terutamanya di asrama tahu yang sweater saya hilang. Saya tidak mahu dianggap cuai. Saya beli sebijik sama warna dan design dengan sweater saya yang hilang. Saya beritahu kawan saya jangan beritahu kawan-kawan yang lain yang saya beli sweater baru. Saya siap ugut kawan saya kalau dia beritahu, tahun depan bila saya tidak duduk di asrama lagi dan duduk di rumah sewa, saya tidak akan ajak dia duduk menyewa dengan saya.
Saya dan kawan saya terus berjalan melalui jalan Ilmu, bila sampai di perhentian bus, kami menunggu bas Mini bernombor 12.
Setibanya saya di ruang tamu asrama, kawan saya beritahu" Man tadi Romzie datang, dia beri sweater kau, ada aku letak atas katil kau".
Setibanya saya di ruang tamu asrama, kawan saya beritahu" Man tadi Romzie datang, dia beri sweater kau, ada aku letak atas katil kau".
Saya masuk ke bilik. Saya lihat sweater unggu kesayangan saya terjelepok atas katil. Saya rasa bertambah sedih.
Jan: he he he...
5 comments:
"Saya hairan, tetapi dia memang mamalia berdarah panas. Tidak tahulah kalau sebenarnya reptilia."
ayat tak boleh blah kah..kah..kah..
encik pensyarah.. saya pun suka buat-buat faham masa kulih dulu kekekeke...
* ada pun sweater tu.. kita selalu macam tu kan.. marah bukan main.. tau-tau benda tu pulang juga ahahaha..
Student selalu ada anggapan kalau barangnya hilang mesti librarian yang amik. (Terasa la pulak)
seronoknye encik sukiman... orang lain ada satu je sweater... dia sorang je ada dua.... hehehe
Mintak satu En. Sukiman, masa menuntut kt UM ari tu x beli pun sweater U.m.
Nong Andy,
He he he, skrg saya juga tahu kalau pelajar saya buat-buat faham. Saja jea saya tanya balik biar mereka gelabah...he
Adie Achim,
teori tu memang selalu digunapakai oleh kawan-kawan saya. Kesian librarian... Padahal merekalah yang tolong ambik dan letakan dalam kotak.
He he he,
Meda Memoirs,
Saya sepatutnya tunggu dalam 2,3 hari baru beli semula kan? Tulah kata kawan saya, he he he. Tapi sweater baru saya jual semula...he he he.
myfreeminded,
Mungkin dapat tahan sejuk kot...
Saya ada asma sebenarnya (kini dah tak ada langsung, alhamdulilah), dulu tak boleh sejuk sikit.(juga mahu miliki logo UM, he he he)
Post a Comment