Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, August 15, 2011

Ayam masak ala-ala pedas...

Emak saya deman, saya dah bawa ke hospital. Bila balik rumah saya suruh mak saya berehat. Jadi saya kena masak untuk berbuka puasa. Saya pergi pasar saya beli seekor ayam. Pak Cik tersebut beritahu RM18 seekor. Saya tak banyak soal saya terus bayar dan minta dia potong 20.


"Kalau saya, saya tak suka potong kecil-kecil, bila masak kering..." Kata seorang pelanggang lain pada saya. Pandai pulak dia sampuk. Saya tersengeh dan kata:


" Saya nak buat masak pedas, ada kuah sikit. Jadi tak keringlah" Saya memberi penerangan seikhlas hati...






Di dapur yang sempit, saya bersihkan ayam dan letak kunyit, dan goreng dengan kuali yang saya sayangi. Kuali tersebut berharga RM380, saya beli 6 tahun lalu semasa bekerja di Kolej Shahputra, Kuantan.


Saya tak menyesal beli kuali tersebut...







Saya belender bawang dan letak dalam bekas kemudian saya belendar lada kering. Lada kering tu saya rendam dalam air panas terlebih dahulu. Saya tengok mak saya buat begitu. Kalau kita masak untuk kita makan senang. Kita boleh ikut rasa lidah kita. Yang payahnya kalau kita masak untuk orang lain. Kalau mereka komplain, rasa nak hempuk dengan kuali (kuali murah...)





Saya nak buat kuah pedasnya dulu. Saya panaskan minyak, letak lada dan kacau biar berbau. Kemudian saya bubuh bawang yang telah diblander tersebut. Saya letak nisan dan cuka. Saya masak-masak dan masak.






Saya suka manis sebab itulah saya bubuh nisan. Dan saya bubuh cuka sikit biar masam. Saya rasa dengan lidah dan cepat-cepat kehek balik, takut tertelan.


Saya letakan ayam yang telah digoren. Rujuk gambar di atas.




Saya masak hingga jadi macam dalam gambar di atas.





Saya letak bawang dan lada sikit, biar ala-ala chef terkenal, he he he.





Saya masak dan terus masak. Inilah hasilnya.


Jan: Saya tak pandai memasak, hanya untuk makan diri sendiri sahaja...he he he.

Perihal mee

Bulan puasa ni kadang-kadang pelik. Saya tiba-tiba nak makan mee halus goreng. Maka petang semalam saya ke bazar. Saya beli RM1.

Bila waktu berbuka, mak saya yang makan dulu mee tersebut. Mak saya nak rasa sikit. Lepas rasa mak kata:

" Abang tok soh makan lah mee tu, masin sangat. Kalau nak makan perah air asam limau..."

Saya rasa hampa, terus saya tak makan walaupun sesudu. Saya teringat semasa membelinya tadi banyak mee tersebut diletak dalam bekas yang besar. Kalau habis mee tersebut terjual tentu ianya sesuatu yang tak patut. Tadi saya pergi awal ke bazar, tak nak bersesak.

Saya rasa kesian pulak kepada sapa-sapa yang beli mee masin tersebut. Sepatutnya suruhlah sapa-sapa yang tak puasa rasa makanan tersebut. Suruh anak ke. Atau sapa-sapa yang tak puasa. Barang nak dijual pastikan elok...

Jan: kerugian dan pembaziran di bulan puasa

Saya pernah ada badan yang menarik...

Bukan diet ni...



Umur saya sudah melebihi 40an (awal 40an), badan saya tidak sehebat semasa alam universiti atau pada awal-awal saya jejak dunia pekerjaan. Mungkin faktor umur, masa dan kemalasan saya untuk bersenam menyumbangkan kepada masalah berat badan.
Berbanding dengan sepupu saya yang tidak pernah kurus semenjak kecil, saya bersyukur kerana mempunyai waktu perdana untuk mempamirkan badan (walaupun bukanlah berketul-ketut otatnya). Semasa di universiti, apabila pergi rombongan mandi-manda, saya tidak segan silu membuka baju dan mempamirkan apa yang ada. Begitu juga semasa di Pulau Redang, saya mandi dengan sebebasnya untuk menunjukan segala yang saya ada!. Berlainan dengan sepupu saya, dia beritahu dia tidak pernah kurus sepanjang hidupnya, sekarang dia dah kahwin...semakinlah melebar, selebar pintu. Dia rasa sedih.
Pukul rata badan saya mencatitkan sehingga 85Kg semenjak duduk di Pahang. Semasa saya mula ijaki Pahang, berat badan saya lebih kurang 64Kg dan menderita... (saya tak kata sekarang saya sangat bahagia, he he he).
Saya bukanlah kisah sangat pasal berat badan cuma sudah berkali-kali doktor beritahu saya, saya harus kurangkan berat badan sebab saya ada darah tinggi. Dulu saya makan pil darah tinggi yang 2.5 mg sahaja, kini dah 5 mg. Maka saya kena jaga berat badan. Dan dalam bulan Ramadhan ini saya rasa sihat dan ringan sedikit. Semalam emak saya tegur buah dada saya nampak bulat sebab badan saya sudah kurus sikit. (sikit saja tau...)
Saya pernah dan masih mencemburui orang yang berbadan terbentuk. Dulu saya selalu lihat sahabat saya (seserumahsewa) iaitu Lokman Hakim mempunyai badan yang menarik. Perut yang berpetak-petak. Saya pernah beritahu dia kalau saya ada badan macam dia tentu saya tak perlu pakai baju setiap kali nak sidai kain kat belakang rumah. Kalau Diana dan Rojeha (pada masa itu masih anak dara) yang sewa di belakang rumah saya melihat saya, saya tidak malu...
Malah, saya pernah beritahu saya sanggup bayar RM15K untuk mendapatkan perut seperti Lokman Hakim...(walaupun masa tersebut bukannya saya ada banyak duit pun, he he he).
Sekarang perut saya buncit. Nasib baik saya lelaki, kalau perempuan tentu difitnah masyarakat. saya tinggal di dalam masyarakat Melayu, faham sajalah. Saya tak kahwin pun dikata konek berkarat atau berlumut...
Saya tidak boleh pakai baju yang bergaya (alasan, he he he). Dan bila berat badan saya turun, perut buncit saya semakin menonjol.
Saya sering menimbulkan topik berat badan sebab saya percaya rupa bentuk badan seseorang amat mempengaruhi perjalanan hidupnya. Saya tak lah kata orang yang gemuk akan hadapi kesukaran dan tidak aktif tetapi saya percaya sangat orang yang sihat tubuh badan dan mempunyai timbangan berat yang berpadanan akan melicinkan pencapaian hidupnya.
Walaupun bagai mimpi yang pulang pagi, saya masih berharap suatu masa nanti saya ada badan yang menarik. saya `kesiankan' cermin dalam bilik saya...
Jan: Walaupun saya tahu masa semakin suntuk...

Saturday, August 13, 2011

Lelaki tunjuk badan...

Saya berpendapat akibat daripada perubahan gaya hidup yang bermula dengan perubahan cara berfikir, menyebabkan semakin ramai orang lelaki terutama golongan muda suka menunjuk-nunjuk akan badan mereka. Maksud saya bentuk badan mereka yang menarik akibat daripada penjagaan yang rapi dan berdisiplin.

Kalau saya lihat dalam majalah, semakin ramai golongan muda semakin `berani' menonjolkan bentuk badan mereka. Tertanya-tanya saya, adakah mereka tak makan nasi? Tentu mereka menahan lapar kan? Jimatlah duit. Namun tentu untuk mendapatkan badan seperti itu perlukan duit juga. Malah khabarnya mereka berbelanja besar untuk mendapatkan susuk tubuh badan seperti itu. Untuk membeli alat senaman dan pil-pil kesihatan.

Saya tertanya juga adakah perempuan sekarang sudah mementingkan bentuk badan lelaki juga? Adakah perempuan sekarang sudah seperti lelaki yang suka menyoroti/menikmati bentuk badan perempuan?

Semalam selepas saya berbuka, saya masuk bilik tutup pintu rapat-rapat (takut mak tengok). Saya berdiri telus lutsinar di depan cermin panjang. Saya mahu melihat bentuk badan saya, perubahan bentuk badan saya akibat berpuasa. Saya lihat tak ada perubahan besar kecuali perut saya nampak semakin buncit dan bulat!.

Jan: Mungkin saya kurus sedikit tetapi perut tak nak mengecut, he he he.






Friday, August 12, 2011

Pertama kali tayar pancit...

Sebelum berbuka puasa, memang kawan saya ada sms beritahu yang tayar kereta saya pancit, tetapi pada masa tersebut saya tak gelabah. Saya berada di Ulu Yam selangor rumah adik, saya sms balik beritahu yang nanti saya akan tukar dengan tayar spare yang ada dalam bonet belakang kereta (ada ke bonet depan kereta).


Namun bila saya balik rumah di Kuantan dan lihat dengan mata kepala saya sendiri tayar saya pancit. Saya rasa tergaman dan terus rasa kekuatan untuk saya tempohi hidup ini lenyap. Saya sangat sedih dan tak tahu apa yang saya patut buat. Saya terkedu dan terduduk di kerusi batu (yang saya beli daripada lori yang menjaja di kawasan perumahan).


" Tayar spare di belakang ada angin tak?" Ayah saya tanya.


" Tak tahu" saya jawab.


" Ada jek tayar tak?" Ayah saya tanya lagi.


"Tak tahu" Saya jawab lagi.


Ayah saya beritahu kena selalu ada barang-barang tersebut dalam kereta. Kalau ada kecemasan senang. Saya baru teringat yang barang-barang tersebut saya tinggalkan di rumah sewa saya di Muadzam. Saya ambil dari kereta sebab ia menyemakan kereta saya. Dan dalam pada tu saya sangat susah hati, saya rasa saya berdosa sebab itu tuhan hukum.


Namun kesusahan hati saya tersebut reda bila ayah saya menguruskan segalanya. Kira kerja saya susah hati sajalah, he heeh. Namun saya tak dapat bayangkan jika pada masa tersebut ayah saya tidak ada...


Ayah saya pam tayar tersebut dan bawa kereta tersebut ke kedai dekat cabang jalan besar. Bila ayah saya balik dari kedai pomen, ayah saya beritahu tayar saya ada paku, terus saya tanya:
"Ayah tukar tiub dah?"
" Mana ada pakai tiup tayar ni" Jawab ayah saya.
Laaa, saya ingatkan macam motor saya dulu. Bila bocor boleh tukar tiub. He he he.
Jan: Susahnya ada kereta dan susah juga tak ada kereta...

Dan di sini kita terus berpesta...

Dan di sini kita terus berpesta di bulan puasa...

Saya pernah dengar pengakuan seorang tok siak di serambi surau yang dia tidak letih, lapar dan dahaga dalam bulan puasa sebab dia dah biasa berpuasa sunat. Terus terang saya katakan saya letih, lapar dan dahaga di bulan puasa. Minggu kedua saya semakin letih mungkin badan dah mendapat kesan daripada berpuasa. Bagi saya letih itulah perjuangannya. Perjuangan orang berpuasa.
Saya kelihatan segar dan cergas sebab saya `berlakon'. Saya diberitahu oleh kawan saya supaya jangan menampakan keletihan sebab itu menandakan kelemahan. Saya beli kata-kata beliau. Janganlah kerana letih, lapar dan dahaga kita terus lakonkan kelesuan tersebut.
Semasa darjah 3 dahulu ustad Othman beritahu saya, kalau kita lapar kita TAHAN, kalau kita dahaga kita TAHAN dan kita kena TAHAN diri juga daripada perkera yang membatalkan puasa. Maknanya puasa menahan diri. Tahan-tahan-tahankan diri.
Saya mula terlibat dengan aktiviti puasa bermula pada darjah 3. Saya hanya berpuasa sebanyak tiga hari sahaja. Dan semasa darjah 4 saya sudah mulai berjaya puasa penuh. Dan begitulah seterusnya hingga ke universiti barulah partten itu berubah. Sebab di universiti atas sebab-sebab tertentu saya ada meninggalkan puasa saya.
Semasa darjah tiga saya masih lagi tidak berjaya menahan lapar dan dahaga. Sebenarnya lapar dapat saya tahan tapi dahaga saya tidak tahan menahannya, saya minum air di paip, di sekolah, he he he. Pun begitu saya ada makan selamba di kantin bersama kawan-kawan saya. He he he. Namun sekarang saya dapati budak darjah satu pun sudah mula berpuasa, baguslah diterapkan daripada awal...supaya biasa menahan lapar dan dahaga...
Saya ada baca suratkhabar dan internate, ratus ribu orang mati kelaparan di Somalia. Beras yang dihantar berlori-lori ke kem-kem perkhemahan hanya tahan seminggu sahaja... Kesian kan. Katalah kalau satu kem ada 30 ribu orang, kadang-kadang dalam sehari sampai 300 orang meninggal dunia kerana kelaparan dan tiada ubatan untuk sembuhkan penyakit. Dasyatkan? Sebenarnya menurut laporan UN's Food and Agriculture Organisation (FAO) ada sebilion manusia kebuluran di seluruh dunia!.
Kita tak kebuluran, kita menahan lapar untuk seketika sahaja. Kita biasanya bukan menahan lapar berpanjangan, sebab bila pukul 7 lebih kita berbuka sakan. Kita makan banyak. Tetapi orang di Somalia `berpuasa' sepanjang masa. Maksud saya sampai malam dan hingga esoknya mereka menahan lapar sepanjang masa. Sedangkan di sini kita masih berpesta. Kueh mueh berlebihan. Kita lupa di sana mereka kelaparan hingga ada yang lupakan tuhan... (baca dengan nada sedih dan insaf...)
Jan: Saya ada juga baca, nabi buka puasa dengan sebiji buah kurma. Yang dibelah dua!

Wednesday, August 10, 2011

Masjid bukan playgraung




Ketika saya menemani kawan saya beli akhbar, saya diberitahu olehnya yang beliau sudah mengubah lokasi masjid solat tarawihnya. Sebelumnya, dia ada beritahu suasana sangat bising, hingar bingar dan menganggu dia nak beribadat. Terutama di surau, suasana sangat keriangan dengan budak-budak seolah playgraung (taman permainan kanak-kanak).

Saya juga mengalami masalah yang sama, tetapi malas nak cerita kat blog nanti ada pulak kata saya nak menunjuk islamik. Atau terus saya dituduh tak faham sebab tak ada anak... Tapi oleh kerana kawan saya dah menimbulkan isu ini. Saya terus buat posting ini.

Kepada saya sebenarnya bukan sahaja masa solat tarawih tetapi juga masa solat tak bertarawih. Maksud saya juga pada hari jumaat dan hari kebiasaan. Waktu mayang jumaat dan tarawih mungkin waktu perdana keaktifannya.

Saya puji berganda (kuasa lima berserta isipadu) usaha mereka nak terapkan kecintaan kasih sayang pada masjid dari awal lagi (dalam diri jiwa anak-anak), namun perbuatan setakat bawa dan tiada pengawasan akan menimbulkan masalah kepada jemaah lain.

Mereka biasanya duduk yoyar-yoyar kat belakang. Bermain dengan rakan sebaya, menjerit, bergaduh dan ada yang menangis. Ada yang duduk di sebelah ayahnya sambil-sambil sembahyang, main poket ayahnya. Atau cuit sana-cuit sini. Dan kalau kita tak bernasib baik, mereka buat larian 100 meter di depan kita yang ala-ala fokus berzikir. Sebab itulah ada yang mengubah lokasi dan ada yang buat solo je di rumah.

Ada kawan saya berpendapat kalau tak reti nak ajar anak duduk diam, lebih baik budak-budak ni diajar sembahyang di rumah jealah. Kalau nak bawak jugak bawalah yang sudah mampu berdikari dan tak memerlukan pengawasan yang rapi.

Saya juga bersetuju namun untuk menghalang terus budak-budak ke masjid adalah suatu yang tidak harus dilakukan oleh kita...dulu nabi juga sembayang sambil di`ganggu' oleh cucu-cucunya tapi nabi cool jea. Tak ada nak marah-marah atau bagi penampar.

Dan kalau kita tidak jinak kan anak-anak dari kecil ke masjid, tentu mereka jauh dari masjid. Bila jauh dari masjid dekat dengan kalabulalami (kelab malam)? atau dekat jalan raya (nak merempit). duduk melonggok kat wakaf atau tempat hentian bas? Sapa nak jawab?

Pun begitu saya rasa nak cubit-cubit je budak-budak tu...

Jan: he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home