Sebenarnya pada setiap hari dan pada satu-satu ketika, kita mempunyai banyak peluang yang terbuka untuk menolong orang dalam usaha menjadikan bumi ini suatu tempat yang lebih baik untuk didiami. Daripada pertolongan sekecil menolong membuka pintu kepadalah memberi pandangan dan nasihat kepada yang memerlukannya. Bak kata golongan yang kuat agama, sentiasa ada ruang untuk membuat pahala.
Kita hanya perlu memilih. Memilih untuk melakukan pertolongan atau memilih untuk tidak mengendahkannya... Haaa...
Perkara yang baik akan tetap baik walaupun berzaman. Nilai yang baik tetap akan menjadi nilai yang baik. Namun oleh kerana kehidupan sudah jauh berubah, tambahan lagi kesibukan kerja dan mengejar cita-cita...manusia telah berubah menjadi begitu bersikap material dan individualistik. Malah sikap ini juga dilakukan kepada ahli keluarga terdekat. Maka timbullah cerita tiada masa untuk ibubapa, suami, isteri anak-anak, adik beradik. Jauh sekali jiran dan masyarakat.
Jadi kita sebenarnya sudah hidup pada zaman kebendaan, namun kita tidaklah boleh turut terbawa dengan sifat tidak menolong...
Kita tolonglah sedaya mampu...
Jadi kita sebenarnya sudah hidup pada zaman kebendaan, namun kita tidaklah boleh turut terbawa dengan sifat tidak menolong...
Kita tolonglah sedaya mampu...
No comments:
Post a Comment