Saya tidak menyangka bahawa kereta pun guna bateri. Perkara ini saya tahu selepas saya miliki kereta. Saya ingatkan lampu picit dan seangkatan dengannya sahaja guna bateri. Namun itulah hakikatnya, kereta juga menggunakan bateri. He he he. Mungkin kapal selam pun guna bateri kot?
Pagi tadi saya pergi tukar bateri saya yang kong. Saya bayar RM180 kepada pekedai tersebut...
Sebenarnya saya terlupa tutup lampu kereta saya.
Semalam setibanya di kampus pada lewat petang saya terus melenggang kangkung ke kuliah. Dan malamnya pada pukul 10 malam apabila saya ke tempat parkir saya lihat lampu kereta saya menyala!. Saya cuba hidupkan kereta tapi tidak berjaya.
Semalam setibanya di kampus pada lewat petang saya terus melenggang kangkung ke kuliah. Dan malamnya pada pukul 10 malam apabila saya ke tempat parkir saya lihat lampu kereta saya menyala!. Saya cuba hidupkan kereta tapi tidak berjaya.
Saya terus talipon kawan saya meminta tolong hantar saya pulang ke rumah. Keadaan di tempat pakir pada waktu malam menyeramkan. dan saya teringat cerita-cerita urban legends yang popular.
Dan paginya saya menumpang jiran ke tempat kerja. Saya berdiri di tepi jalan seolah menjual diri. Lakukah? He he he.
Dan paginya saya menumpang jiran ke tempat kerja. Saya berdiri di tepi jalan seolah menjual diri. Lakukah? He he he.
Apabila tiba di kampus sahabat saya (Adnan) yang ada jumper mengecas kereta saya dan kami pergi ke bengkel untuk mendapatkan bateri baru.
Kali terakhir saya tukar bateri juga begitu. Iaitu kerana saya lupa tutup lampu kereta. Seingat saya selama hampir 7 tahun saya pakai kereta...begitulah kaedahnya saya menukar bateri kereta.
Paling akhir dulu... saya memang berkereta selepas subuh ke Kuala Terengganu untuk Pameran Pendidikan MARA, saya wakit pensyarah untuk universiti saya. Dan bila cerah langit saya terus parking kereta dan berlalu tanpa menutup lampu kereta. Pada sebelah petangnya apabila saya hendak pulang ke Besut, barulah saya sedari bateri Kong.
Dulu saya berdebar juga apabila kejadian sebegini berlaku tetapi sekarang saya tidaklah berdebar sehebat dahulu. Saya sering lupa... (Namun ada satu perkara itu tidak pernah saya lupa walaupun sehari...walau sehari...)
Jadi bila kawan saya tanya bia saya tukar bateri kereta saya? Jawapannya adalah bila saya lupa tutup lampu kereta.
He he he.
Inilah dunia saya...
Inilah dunia saya...
4 comments:
cerita biasa tapi penceritaan cik jan buatkan cerita biasa jadi lucu .. seronok dibaca..
terima kasih...he he
macam sama jer..sebab sy mudah panik..bila panik jadi lupa
sebenarnya pada masa tersebut fikiran saya agak terganggu sebab 2 minggu lepas ayah saya naik motor dilanggar kereta. Alhamdulilah okey tidak ada patah atau luka teruk. tapi dah dua minggu tak boleh bangun...sakit di bahagian pinggang... Tinggal kat kampung emak dan anak saudara yang jaga.
Dan juga saya risau pasal result students micro...ramai yang dapat C-,
saya juga risau pasal penempatan semula quaters kakitangan, yang bujang akan berkongsi rumah. Saya harus kosongkan 2 bilik dan hantar barang ke tempat lain...
Saya juga risau kesihatan saya terganggu kerana selalu pening...
Namun saya rasa tanpa riasau-risau tersebut...saya mungkin juga lupa menutup lampu kereta...he he
Post a Comment