Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 30, 2013

Kispen: Bilakah giliran aku untuk berbahagia...?


Sephia memejamkan mata, namun dia nampak segala-galanya. Segala-galanya, termasuk juga apa yang sepatutnya dia sudah tidak patut nampak. Sebuah harapan. Hanya dia yang tahu. Dan sesungguhnya dia mahu tahu tuhan di mana?

Kelopak mata sephia terbuka kembali. Di pagi yang jernih itu mentari bersinar, namun masihkah ada harapan?

Sephia branikan diri mengetuk pintu. Perlahan-lahan dia dipandu pembantu rumah ke ruang tamu. Dia duduk membisu di sofa L, dia memandang ke sekeliling ruang tamu. Besar dan mewah. Dia melihat deretan bahagia di bingkai gambar tergantung. Ada gambar Farok dengan isterinya, juga seorang bayi yang kecil (yang tidaklah sehandsum mana pun...)

Puas menunggu, Sephia bangun menghala ke meja konsol. Dia melihat gambar isteri Farok. Perempuan free hair itu kelihatan bahagia, tersenyum puas. Seorang perempuan yang bertuah. Sephia rasa kerdil. Sepatutnya giliran dia pula...

Sephia menghampiri cermin besar berbingkai warna keemasan, berukir cantik. Sephia melihat wajahnya. Dia melihat dirinya dalam-dalam. Dia melihat pakaiannya, pakaian yang dikira paling bermaruah dari koleksi gelapnya. Dia hanyalah satu persinggahan. Dia adalah kekasih gelap. Tempah singgah yang haram, dalam dan luar... 

Tiba-tiba dadanya berombak. Dia terus saja keluar dari ruang tamu tersebut. Keluar dari rumah besar tersebut. Keluar dari hidup Farok.

Cinta tak semestinya bersatu... Keyakinan bertukar ragu. Dia tidak akan menuntut apa-apa. Bukan lagi gilirannya untuk bahagia...tapi bila?

Sephia berjalan perlahan meninggalkan rumah besar tersebut, dia berhenti sekejap membeli ais krem yang dijual penjaja jalanan. Dia memilih perisa vanilla. Perisa kegemarannya.

Dia berjanji akan terus hidup.

Sekian.





















Saya dan wayang

1. Saya suka tengok wayang, kalau ada cerita `besar' kalau berkesempatan saya akan menjengok panggung.

2. Walaupun seorang diri tidak menjadi masalah tapi kalau ada kawan lagi `best'.

3. Namun tidak selalu saya berpeluang untuk menonton wayang. Saya selalu sibuk dan menyibuk, he he he.

Saya sempat tengok cerita ini 

4. Saya terikat dengan banyak komitmen lain selain beratur membeli tiket... 

5. Saya terlalu memilih filem untuk ditonton, saya berpendapat ramai juga yang seperti saya. Kalau cerita tidak menarik, saya tak tengok. Saya suka cerita hantu dan cerita yang ada ala drama sikit.

6. Saya boleh dikatakan hampir tidak menonton cerita Melayu. 

Saya tidak menonton filem sebegini

7. Saya melihat wayang bukan semata untuk berhibur, kalau nak berhibur saya dengar lagu, membaca atau membeli belah.

8. Namun semakin berusia saya semakin kurang menonton wayang. Kurang selesa beratur beli tiket dan kurang selesa dengan suasana `kemudaan' di sana.

9. Saya mula menonton wayang seusia umur tujuh tahun, kalau tak silap cerita pertama saya tengok filem King Kong. Keluarga bawa saya.

King Kong (1976), masa tu Jessica Lange jadi heroin...


10. Kebanyakan filem Melayu sekarang tidak menepati selera saya. Mungkin saya sudah berumur. Atau memang filem Melayu sekarang berpenyakit...

11. Saya pernah berimpian untuk memiliki mini pawagan di rumah saya, saya akan guna bilik stor, he he he.

12. Saya pernah bercadang mahu mefilemkan kisah cinta saya, namun saya batalkan kerana akan ada banyak hati yang terguris dan terluka. (Namun mereka memang teruk, satu hari allah akan membalasnya, saya yakin. sejauhmanakah mereka boleh berbahagia dengan keruntuhan hidup orang lain...?)

13. Dulu rajin jugak saya ke panggung dengan Hapis library KSP, namun sejak dia kahwin sekarang dia senyap sahaja.

14. Saya tidak suka orang bawa anak yang buas ke pawagam, kalau jinak tak apa...






Kem Sempurna ‘A’ Pelajar Target PMR 2013


Sebagai manusia berkebajikan saya melibatkan juga diri dalam kerja-kerja kebajikan. Maka saya menerima pelawaan kawan saya Nik Fanidautty untuk menjadi AJK menganjurkan Kem Sempurna ‘A’ Pelajar Target PMR 2013 (pada  3 dan 4 september lalu).


Ianya bertujuan memberi panduan kepada pelajar yang akan menduduki PMR, supaya ianya dapat merangsang minda pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dengan yakin dan positif. Kira saya sibukan diri jugaklah celah sana sini menolong Nik...


Anak kunci bilik asrama





 Ianya juga dapat melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa terutama dalam peperiksaan PMR yang bakal dihadapi pada bulan Oktober 2013. 



Hari pendaftaran
Orang FELDA juga datang...
Harapan PMR cemerlang

Menuju penginapan

Amboi  asyik betul...
Nik bertudung hitam...

Bas ada ambik antar...malam siang...

Para pelajar berpeluang duduk dalam dewan kuliah

Objektif utama Kem in adalah:

                                 i.            Mendapatkan kemahiran dan teknik menjawab soalan peperiksaan PMR yang sebenar.
                               ii.            Meningkatkan motivasi dan kreativiti pelajar supaya cemerlang dalam PMR.
                             iii.            Mendidik pelajar mengamalkan sikap berkerjasama dan tolong menolong.

                             iv.            Memperbaiki kelemahan sedia ada pelajar khususnya dalam mata pelajaran kritikal. 

Negaraku...

Hari penutup

Jan: semoga para pelajar semua cermerlang!

Siapa kata bahasa Melayu miskin?

Kali ini saya akan bawak para pembaca blog saya kepada penggunaan bahasa Malaysia yang betul (yang saya rasa saya gunakan dengan betul, he he he), kalau salah tolong ajarkan. Kita berhenti seketika cerita pasal Mat Yo sebab kisah sebegitu sebenarnya dah banyak yang terjadi, berlambak. Saya yakin ada ratusan ribu lagi lelaki yang seperti Mat Yo... dan isterinya.

1. Dentam

Berdentam bunyi pintu bilik ditutup dengan kuatnya. Rohaya merajuk sebab emaknya tidak mengizinkan dia ada `boyfriend' kerana dia baru darjah tiga.

* bunyi mercun dibakar juga boleh kita rujuk kepada bunyi `dentam')

2. Denting

Duit syiling yang dikumpul oleh Kumala jatuh berdentingan ke lantai. Dia mengorek tabungnya sebab mahu beli ipad. kawan-kawabn dia semua memiliki ipad.

3. Dentum

Kelihatan beberapa orang Melaka terberak cair apabila mendengar dentuman meriam dari pihak Partugis. Mereka tidak pernah melihat senjata bulat tapi tajam...Haaa...

4. Dentur

Dentur kentut Kamaril tiba-tiba terdengar dalam dewan kuliah. Semua pelajar tergelak sakan (seolah mereka tak pernah terkentut sepanjang hidup).

5. Dentung

"Para penari kebudayaan diminta menari dengan telili mengikut rentak dentungan gendang yang akan dipalu." Kata Pak Samad selaku biro tari seni Melayu.

6. Dentang

Berdentang-dentang bunyi besi dipukul. Ia menyeramkan lagi suasana malam yang sunyi...selisih malaikat 44. 



Saya selalu menganggap bahasa Melayu adalah sukar dan berada pada tahap yang tinggi. Saya tidak suka orang memperlekehkan bahasa Melayu, ia sangat halus dan bukan main-main. Saya tahu saya tidak menulis dalam bahasa Melayu yang sempurna di dalam blog ini. 

Jan: akui sukar menulis bahasa Melayu pada tahap bahasa tinggi sebab saya tidak mampu.


Jan: Kalau salah tolong ajarkan...saya budak baru belajar...

Gazebo kecil saya...Bhg 2


"Dalam hidup ini kita tidak boleh mengalah atau kelihatan mengalah. Hidup ini benar-benar untuk orang yang kuat sahaja, jangan lemah..." Itulah kata-kata nasihat saya kepada salah seorang kawan saya yang hampir koma akibat masalah keluarganya. Saya tambah lagi kata-kata:


"Tengok saya ni, ...walaupun sebenarnya saya tidaklah orang paling bahagia, namun ia jauh lebih baik daripada sesetengah orang yang lebih merana hidupnya berbanding saya. Kita mesti tabah. Katalah hakikatnya kita adalah orang paling merana dalam dunia ini. Kita kena tabah juga kan...?Haa..."



Saya sudah buat banyak perkara untuk membuktikan kepada tuhan dan mak saya, yang saya teruskan juga hidup ini walaupun saya sebenarnya setengah mati. Saya tidak mahu ikut sangat perasaan sangat. Saya pun sudah tua. Saya kena ubati sendiri retak belah hati saya sebab ubatnya tak ada di farmasi.


Saya perlu berjalan terus. Mustahil untuk padamkan kenangan tetapi saya boleh terus melangkah menghadapi hari-hari yang mendatang. Merancang dan berharap. Saya insan biasa.

Banyak hobi baru yang saya buat untuk melupakan segala kepahitan hidup. Termasuk mengumpul pinggan magkuk lama, belajar bahasa Melayu, buka blog baru untuk niaga dan juga untuk mewujudkan taman yang indah. Ya taman ini untuk mata dan jiwa saya. Lagipun saya suka menanam...

Kelihatan macam katil pulak kan?

Sebab itulah saya mahu miliki pondok kecil ini. Ia akan menanti saya pada setiap hujung minggu.





Berukiran tradisi...













Jan: Inilah saja pasal pondok buat kali ini, saya harap taman saya nanti cantik...

Friday, September 27, 2013

Rindu Menghiasi Kamar Cinta - Datuk Sharifah Aini

Suami beristerikan `singa'... Kisah benar!

Ini cerita benar tentang isteri garang, demi Allah bukan saya reka-reka. Ia melibatkan seorang kawan kepada kawan saya... yang berkahwin dengan `singa'. He he he. Cerita ini tidak tersebar luas kerana ia bukannya berlaku di lapangan terbang. Ia berlaku di supermaket sahaja. Dan ia bukanlah melibatkan pegawai keselamatan atau isteri pemain bola sepak atau bola lisut.

Kejadian memalukan ini dicerita sendiri kepada kawan baik saya yang kemudiannya diceritakan pada saya. Kejadian ini walaubagaimana pun turut disaksikan oleh ramai orang keran ianya berlaku di kaunter pembayaran. Si isteri jerekah/herdik si suami depan kaunter dengan kata-kata kesat yang Allah sahaja yang tahu (saya tak sanggup menulisnya di sini, bukan setakat perkataan `bodoh', `dayus' dan `pantat' sahaja, banyak perkataan lain yang digunakan) kerana lambat keluarkan duit untuk berikan kepada juruwang. Memang ada lelaki yang selow sikit pergerakannya tetapi janganlah depan orang malukan suami. Buruk baik, suami kita juga...

Sang suami sebelum ini memang tertekan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa sebab sudah `terikat' dengan perjanjian perkahwinan. Bila tidak tahan dia selalu `lari' tidor rumah kawan apabila berbalah dalam rumahtangga. Katanya isterinya garang macam singa.

Pernah dia disumpah seranah dan dimaki depan anak-anak dengan kata-kata yang kesat dan hina. Ungkit segala keturunan dan menyamakan dia dengan haiwan (haiwan yang bukan ternakan malah haram disentuh oleh penganut agama tersebut).... Kesnya dia ada buat pinjaman peribadi sebanyak cuma RM5K untuk baiki atap dapur rumahnya di kampung.

Tetapi isterinya bertukar jadi `Hulk' kerana kata isterinya pembiayaan tersebut sepatutnya kena beritahu terlebih dahulu sebab ia melibatkan wang keluarga!.

Isterinya beritahu dia tak layak baiki dapur rumah tersebut sebab banyak adik beradik lain yang lebih layak kerana berduit. Namun kawan kepada kawan saya beritahu adik-berdik lain tak membantu. Jadi tak kan dia nak biarkan atap rumahnya bocor...haaa... Kesian kan? Saya tidak ada isteri tapi tak payahlah kesiankan saya. Kita pakat-pakat kesiankan orang yang ada isteri tetapi isterinya....huh!

Kata sang suami dia tidak boleh ceraikan isterinya sebab sudah sangat `terikat' belaka. Malah isterinya sudah terangkan betapa hidupnya akan sengsara bila bercerai kerana gaji akan dipotong untuk nafkah anak bini. `Bogel' lah jadinya...ha... Contohnya walaupun sudah ada dua buah rumah si suami yang bayar tetapi kedua-dua buah rumah tersebut nama si isteri!. Begitu juga kereta dan segala harta-harti. Pendek kata kalau bercerai memang bawak seluar dalam jealah keluar dari rumah...Haaaa. Ni pengakuan sang suami tersebut. Eeee ngeri kan?

Semasa kawan saya cerita, saya mendengarnya sahaja dan memang pun berniat nak menulisnya kat blog. Bukan nak aibkan sesiapa tetapi jadikan sempadan. Kawan saya yang bercerita kata kawannya tersebut sebenarnya dah jatuh dayus. Saya taklah tahu apa erti dayus yang sebenarnya tapi saya rasa tentu ia suatu yang sangat tidak baik bila ada sang suami menjadi dayus.

Saya tidak tahu nak kata apa, cuma saya yakin sangat sebenarnya kita kena kahwin dengan orang yang sayangi kita seadanya. Bukan kerana kita ada rupa atau harta, pangkat dan kedudukan. Kita juga patut kawin kerana kasih sayang dan perangai bukan kerana dia cantik ke, pemugari ke, bintang bola lisut ke dan sebagainya...

Kalau kambing sayang kat kita kawinlah dengan kambing...tapi singa? Huh!

Jan: Haaa...


Kalau kita ada pegawai peribadi kan senang! Tak payahlah kita parking pergi beli tiket!!! Ni awak kedekut pahit!

Walaupun isteri Mat Yo minta maaf...

Ramai juga  kawan-kawan saya yang bertanyakan pendapat saya mengenai kes isteri Mat Yo, he he he. Saya bukanlah peminat bola sepak maka saya tidaklah minat atau kagumi Mat Yo walaupun kami sedaerah. Kawan saya beritahu Mat Yo berasal dari Besut. Saya tak tahu pun, Saya tak bangga. He he he.

Saya melihat isu ini bukannya isu siapa mengkhianati sesiapa. Contohnya kalaulah ada orang yang hendak mengkhianati pasangan suami isteri tersebut. Itu isu lain. Bagi saya isu sebenarnya yang kita harus peka dan kupas ialah isu serius mengenai perubahan kedudukan kelas dalam masyarakat Melayu. Haaa... Pendek kata antara golongan rendah dan golongan atasan. (Dan dalam kes bini Mat Yo, saya dapati sebenarnya kedudukan mereka bukanlah tinggi sangat pun, he he he).

Sekejap, saya nak ke tandas...

Saya kembali semula dari tandas... Saya senang hati kerana rupa-rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang mengutamakan nilai murni dalam masyarakat. Tahniah!. Rata-rata memberi pendapat (walaupun sesetengahnya sambil mencarut, he he he) mereka mahu orang tua dihormati sebagai manusia dan juga jenis pekerjaan seseorang janganlah dipandang rendah.

Itu sahaja komen saya, dan saya berpendapat walaupun isteri Mat Yo minta maaf, masyarakat sudah dapat menilai dan memberi tafsiran... Mereka sudah ada pendapat mereka sendiri...

Tentang Mat Yo?





Thursday, September 26, 2013

Selamatkah anak kita di Kem PLKN?



Di dunia ini tiada tempat yang dapat menjamin keselamatan anak-anak kita. Memang benar, anak-anak kita boleh mati di mana-mana sahaja dan atas apa-apa faktor juga. Contoh, anak remaja kita boleh mati di asrama, padang bola atau kantin. Dan anak kecil kita juga boleh mati tersedak susu tepung atau didera di pusat asuhan. Dan anak bujang kita boleh mati di Kem PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara)...

Khabarnya sudah terdapat 24 kematian di Kem PLKN (yang kebanyakannya adalah atas faktor kesihatan). Berita terbaru mengenai kematian seorang pelatih di Kem PLKN, Muadzam Shah mengejutkan saya, sebab saya mencari makan di Muadazam Shah. Saya merasakan ia akan menjadikan ibubapa merasa bimbang untuk menghantar anak-anak mereke ke kem PLKN.

Kadang-kadang saya tertanya tidak cukupkan dengan apa yang ada di sekolah? Maka saya sendiri seperti biasa menjawabnya, tidak cukup!. Alah, sedangkan di rumah pun ibubapa gagal membentuk dan memberi contoh anak-anak (mungkin sebab bapa dayus, ibu celupar? Haaa....).

Di Kem PLKN ini penuh dengan budak-budak. Kita tahu budak-budak sekarang dari banyak sudut amat berbeza dengan budak-budak dahulu. Contohnya, kita pun tahu budak-budak kita sekarang sekolah rendah pun dah galak ada pasangan. Bila naik sekolah menengah hati asyik nak `mengawan' jea kerjanya. Jangan sangka anak kita yang sopan santun depan kita tu tak mengawan, haaa... Jangan pula Kem PLKN jadi tempat mengawan. Haaa...

Di Kem PLKN juga dipenuhi oleh pelajar yang bermasalah. Mereka akan membuat masalah juga di sana dan seharusnya ada kawalan yang ketat. Pihak pengurusanlah yang bersalah sebab mereka bertanggungjawab sepanjang perjalanan latihan di kem. Di sini ibubapa sudah tak boleh disabitkan lagi walaupun perangai sebenarnya dibawak dari rumah, tok gitu? Haaaa

Objektif murni PLKN adalah baik, tidak bijak pula kalau kita tebang pokok ketung kalau ramai yang salahgunakan daun ketung. Nampak sangat kita jenis menentang pembaharuan atau jakun. Maka tak boleh lah nak haramkan PKLN pulak... Atau kaitkan dengan faktor politik...(ramai orang macam tu)

Tak kanlah sampai kita nak tutup Kem PLKN, yang patut kita sama-sama fikirkan bagaimana nak baik pulih PLKN. Sebenarnya bukanlah salah PLKN 100%, (ada setengah pendapat mengatakan memang bila anak kita dah jahat hantar kat Zoo Negara pun gitulah perangainya) namun kena kemaskinikan segala yang patut oleh pihak yang terlibat sebab mereka bertanggungjawab!

Jan: Zaman dulu tak ada PLKN, kita semai banyak jati diri dalam Kelab atau Persatuan di sekolah, saya masuk Pengakap dan Kelab Kerjaya....Haaa... (tak tanya pun? Saja beritahu)


Pemuda dan Wanita






Wednesday, September 25, 2013

Dari Zaza Osman...(FB)


Zaza Osman: Anak raja, anak billionaire, anak PM, anak presiden, keturunan Sultan, atau siapa pun anda, tolong hormati orang tua!! Orang tua ibarat ibu bapa anda. Jangan terkejut jika nanti anak2 anda tak hormat anda sebagai orang tua.. SY DESAK PEREMPUAN TU a.k.a Bini Mat Yo serta Mat Yo a.k.a suami dayus MINTA MAAF PADA PAKCIK GUARD tu.. personally, saya berdoa kepada Allah supaya Allah berikan petunjuk dan balasan atas perbuatan kalian berdua. Walaupun sy tiada kaitan saudara dengan pakcik guard tu, tp hati sy cukup sebak atas perlakuan suami isteri tersebut. Semoga Allah berikan jalan kepada kalian berdua utk bertaubat dan diberi kesempatann utk memohon maaf pd pakcik tersebut.

Kisah Wanita dan pemilihan parti UMNO

Secara peribadi, atas faktor demokrasi dan konteversi, saya menyokong sebarang tindakan untuk mencabar kedudukan Kak Shah, sebabnya saya percaya ramai Wanita Umno yang layak. Wanita Umno bukan ada Kak Shah sahaja, mereka ada Kak Raihan Sulaiman Palastin dan juga Kak Nah (Datuk Maznah). 

Kalau di Jepun, menteri yang terlibat dengan skandal dan konterversi akan meletakan jawatan tetapi lain pula keadaan di Malaysia. Bak langit dengan bumi, bak kelab disko dengan surau. Di Malaysia kalau ada para pemimpin yang terlibat, walaupun masih tidak dapat dibuktikan (atau dalam beberapa kes telah terbukti ) mereka tetap diterima pakai dalam parti. Dan unsur inilah yang membuatkan ada kemungkinanya ahli parti bertaraf biasa atau wargananegara (yang sebenarnya bukan ahli parti mana-mana pun) memandang jelek kepada Umno. 

Pihak yang `biasa-biasa' ini ramai, mereka tidak berada di dalam parti tetapi mereka membuang undi, haaa...

Tentulah Kak Shah mempunyai sebab yang tersendiri untuk terus bertanding. Dan kata Kak Shah dia tak kisah pun. Dan semua orang juga tahu Kak Shah bukan sahaja kuat bekerja untuk pembangunan ekonomi wanita, malah tidak duduk diam untuk mencari idea membangunkan wanita supaya diadili dan bukan dipandang kelemahan gender. Pendek kata Kak Shah kuat kerja dan buat kerja,... cuma apabila ada pencabarnya menggunakan alasan `pembersihan' maka kita yang tak pandai politik ini juga tahu apa maksud pembersihan tersebut. Mereka nak `bersihkan Wanita Umno daripada rasuh dan sebagainya yang tidak adil, yang jelek dan yang buruk.

(Kita teringat pada kisah (skandal?) Pusat Fidlot Nasional (NFC) di mana Kak Shah dikaitkan dengan konterversi apabila projek dikatakan diserahkan kepada keluarganya.). Rasanya baru minggu lepas bekas setiausaha politik Kak Shah di panggil oleh SPRM, namun apakah impak apabila `dipanggil' oleh SPRM? Dan adakah faktor panggilan tersebut boleh menggugat Kak Shah? Jawapannya adalah atas undian-undian nanti.

Jan: Jangan kata politik dalam Wanita Umno tidak penting, merekalah yang menjadi tulang belakang memenangkan BN dalam PRU 13 yang lalu.





Tuesday, September 24, 2013

Kisah Pemuda UMNO Malaysia

gambar dari: www.hasbiemuda.wordpress.com 

Pemuda UMNO adalah sayap kanan parti UMNO, ia menjadi tunjang kekuatan parti. Jawatan Ketua Pemuda UMNO penting, ia banyak mencorak perjalanan parti. Kalau mengukur kekuasaan karisma berpolitik, melalui jawatan ini kita boleh naik ke jawatan naib presiden dan ke presiden menjadi perdana menteri. 

Adakah setiap ketua pemuda UMNO bercita-cita hendak menjadi perdana menteri? Haaa... Kita kena tanya Khai...he he he.

Saya tidak tahu sangat pasal mekanisme politik di Malaysia. Saya juga buta sejarah politik Melayu. Jadi sempena suasana pemilihan UMNO ini, saya jengok-jengok jugak berita politik sama ada semasa atau setaksemasa.

Dalam banyak-banyak gambar terselit jua juga gambar Bang Nuar yang mempunyai sejarah politiknya panjang dan berlekuk kelok, bergraf-graf di persada politik Malaysia. Siap dengan vidio lagi.

Dan dalam gambar di atas saya tidak jumpa pun gambar Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi nak jadi perdana menteri tidak semestinya kena jadi ketua pemuda UMNO dulu... tapi gambar Tengku Abdul Rahman pun tak ada juga (mungkin kes khas ni sebab beliau `dijemput' masuk UMNO dan ketuai negara) cuma yang ada Tun Abdul Razak ada dan juga gambar PM kita sekarang kan?.

Ketua pemuda UMNO pertama ialah Kapten Hussein Onn, iaitu anak Dato' Onn Jaafar. Tulah muka macam Tun Hussien Onn pun ada. Ini mesti kena mengena darah campuran mereka kot?. Teruk betul saya, saya mengaku buta sejarah politik Malaysia. Saya kena banyak membaca buku politik, mengenai sejarah kita.

Setelah melihat gambar-gambar di atas, saya tertanya-tanya adakah Khai (Khairy Jamaluddin) yang handsum itu akan berjaya mempertahankan jawatannya nanti?

Jan: Entah...

Kuasa rupa paras...(siri 3)

Kalau rupa kita menarik, mengedeng orang menerpa nak menolong walaupun sebenarnya hanya sehelai kertas jatuh dari tangan kita.

Sepatutnya mereka yang miskin, melarat, tua, gila, cacat, patah hati atau sakitlah yang manusia kena tolong. Merekalah yang sangat memerlukan pertolongan. Namun tindakan manusia adalah sebaliknya. Mereka cenderung untuk melihat rupa paras...

Itulah penilaian terhadap manusia oleh manusia. Tidak lama dahulu, seorang pelajar perempuan memberitahu saya lelaki yang tampan sebenarnya tidak berguna, mereka suka berpoya, tak bertanggungjawab dan permainkan hati. Saya beritahu tidaklah 100% lelaki tampan seperti itu, contohnya saya. Haaa.

Rupanya pelajar saya menjadi `mangsa' kerana sudah tersalah menilai...menilai ketampanan. Saya mengucapkan takziah kepadanya, he he he.

Memang manusia yang mempunyai rupa paras dan penampilan menarik akan dilayan atau akan menerima layanan yang lebih baik. Mereka senang diterima ramai walau di mana sahaja, bila-bila waktu. Masyarakat mengundang mereka. Masyarakat percaya. Gitu.

Ini mungkin suatu yang tidak adil. Seolah dunia ini tidak adil sangat. Namun adakah kita berterusan `mengtak- adilkan' lagi keadaan tersebut? Adakah kita mahu menolong yang berparas sahaja?

Dunia alaf baru semakin mengundang rupa paras yang cantik, penampilan yang menarik. Kalau muka macam biskut merry jangan haraplah dapat masuk AF.

Mereka yang tidak memiliki rupa paras yang menarik? Golongan ini dianggap kurang pandai, kurang mahir, tidak boleh diharapkan, kasar, tidak boleh dipercayai, jahat dan anti sosial. Sungguh tidak adil... tetapi selamat datang ke planet bumi, selamat berkenalan dengan manusia.

Manusia (kita la tu...) lebih terdorong membantu orang-orang yang cantik dan bersih rupa parasnya. Haaa....

Jan: Teruk betul perangai kita kan? Kan?


jankaulu warna-warni gambar











Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home