Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, May 8, 2013

Wreck-It Ralph (2012)


Cerita ini saya tengok tahun lepas rasanya...

Saya tidak sedar saya tertidor dan berdengkur sehinggalah saya dikejutkan. He he he. Saya jadi kambing jugak rupanya. Mengganggu orang.

Saya letih, dan lama asyik dok window shopping. He he he.

Bila sudah terjaga, saya terpaksa melihatnya sehingga habis. tapi sedap pulak bila nak habis. cerita ni perlahans angat pada mulanya...emmm...

Jan: Setakat ini tiada filem yang buat saya meninggalkan panggung...

GI JOE (2013)



Saya juga ke panggung untuk melihat filem ini. Filem pertama saya ber 3D. Saya memakai cermin mata 3D. Ada kalanya saya terkejut sangat sebab macam berlaku depan mata kita.! Bila meletup, saya terpaksa mengelak!

Filem ini lebih baik daripada Oblivion. Sebab ceritanya cepat. Cerita aksi ini penuh aksi. Berperang dan bergaduh dari awal cerita hingga akhir cerita. 

Cerita ini juga banyak hero. Sehingga akhir saya tidak tahu siapa yang hero sebenarnya. He he he.

Saya tidak dapat menikmati cerita ini 100% sebab mak cik di belakang saya siap berbincang dengan anaknya pasal cerita ini. Anaknya yang saya rasa umur lapan tahun siap bercerita mendahului filem kat depan. Kambing sungguh.

Anaknya siap beritahu snake eyes tak mati, nanti hidup balik. Huh! Terus saya tak jadi sedih sebab hidup balik nanti. kalau lah budak tu anak saudara saya tahulah saya `mengajarnya'!

Tak salah nak bawa anak atau gajah ke dalam panggung tapi pantikanlah anak dan gajah itu tidak menggangu orang lain. Ingat panggung wayang mak bapak diaorang punya kea? Panas darah saya gitu...

Jan: Di pawagan kita mestilah beretika...huh!

Oblivion 2013


Saya ke panggung untuk melihat cerita ini. Cerita aksi, sains fikson dan fantasi. Walau bagaimanapun ianya digarap dengan kemas dan baik (macam biasalah, cerita orang putih mereka pandai melogikkan perkara yang nampak tidak logik). Filem kita sebaliknya, he he he.

Saya tidak gemar menonton cerita aksi, saya lebih terima filem yang berbentuk drama. Namun saya mahu lihat wajah Cruise yang terbaru dan saya suka melihat kemusnahan bumi (hanya dalam filem). Cruise  nampak tua dalam filem ini. Ya, umurnya meningkat sudah. Siapalah yang akan selalu nampak muda dan disayangi selamanya? Tolong jangan jawab...

Lakonan Cruise macam biasa, mungkin sebab itulah dia tidak pernah dapat anugerah yang tinggi. Namun tidak pula mengecewakan macam sesetengah pelakon filem kita. He he he.

Jan: Saya beri 2.5 bintang untuk cerita ini...

Tuesday, April 30, 2013

... i never really grow up

Hari ini hari lahir saya yang ke 43. Saya tidak rasa apa-apa berbanding dengan hari lahir saya yang ke 40. Pada hari lahir saya yang ke 40 saya rasa tua... (Tua pun ada `rasa'? Sebenarnya saya `fikir' tua...bukan `rasa').

Saya tidak selalunya rasa tua (kecuali pabila saya lihat cermin).

Bukan suatu tradisi

Tahun ini, saya tidak menyambut hari lahir saya dengan apa-apa cara sekalipun. Ianya juga bukan kebiasaan atau menjadi tradisi di dalam keluarga saya. Cuma pada masa kecil ada la sekali dua sambut. Kini bila dewasa kami cuma mengucapkannya. Saling ucap-mengucap.

Kejutan!

Cuma di tempat kerja kawan-kawan membeli kek dan buat makan-makan sikit. Saya terkejut besar tak terkata bila buka pintu kawan-kawan sudah menunggu. Kejutan buat saya sebab saya bukannya terkenal sangat...(dulu agak terkenal).  Namun saya jamah sedikit kek sahaja. Saya tengah berdiet.

April...

Sebenarnya bulan April adalah bulan yang penting dan bermakna dalam hidup saya. Di bulan inilah saya dilahirkan dan di bulan ini jugalah Allah melahirkan manusia yang pernah saya amat sayang. Rasa sayang yang masih melekat ini adalah suatu kesalahan kerana kita tidak boleh sayangi sesuatu atau seseorang secara berlebihan dan sepatutnya kita sayangi orang yang sangat sayangi kita.

Saya selalu berharap saya sihat. Ayah saya masih sihat dan boleh bawak kereta di usia 77 tahun, dia juga masih segak dan bergaya dengan jeans birunya. Saya harap saya juga sihat pabila tua.




Saya tidak percaya

Saya tidak percaya umur mematangkan manusia sebab saya lihat ramai juga kawan saya yang tetap bangang dan bodoh walaupun umur sudah dekat nak pencen. He he he.

Umur tidak boleh buat apa-apa pada kita. Kitalah yang kena buat apa-apa pada diri kita.

Saya juga tidak percaya manusia akan semakin menjadi bijaksana apabila berusia. Saya ada banyak contoh...

Mesti

Pun begitu saya percaya manusia MESTI berlagak matang supaya keputusan kehidupan yang dilalui akan membahagia dan mendamaikan diri dan makhluk persekitaran diri...

Jadi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir pada diri sendiri, (ya macam saya lihat ada orang yang tepuk untuk diri sendiri bila ada orang kata `ok kita tepuk untuk diri sendiri', he he he.)

Jan: ... i never really grow up, i only learnt how to act in public, he he he 

Monday, April 29, 2013

Pertembungan PAS dan PKR di kerusi Kota Putra




Saya akan balik kampung hujung minggu ini untuk mengundi di Besut. Walaupun saya sudah berbelas tahun di Pahang, atas beberapa perkara (perkara tindakan politik saya) saya akan tetap mengundi di kawasan Kota Putra. Seronok juga setiap kali mengundi saya akan balik ke kampung halaman saya.

Namun sedih pula bila baju yang saya beli khas untuk hari membuang undi masih tidak muat untuk digayakan semasa hari pengundian tersebut...

Di tempat saya, PRU ke 13 ini keadaannya amat menarik sekali. Pada PRU yang lepas BN bertanding dengan PKR. Namun kali ini BN bukan sahaja berlawanan dengan PKR tetapi juga PAS. Maknanya juga ada pertembungan antara PAS dan PKR. Mereka akan berlawanan. Siapa menang yea? maksud saya antara PAS dan PKR mana yang lebih mendapat lebih undian? 

Pada PRU ke 12 nan lalu, Muhammad Pehmi Yusuf (BN) menang mengalahkan Mohd Md Amin (PKR), majoriti tiga ribu lebih. 

Mengikut pak saudara saya yang `kuat' PAS, sepatutnya pada mulanya BN melawan PKR. Tetapi PAS juga mahu meletakan calonnya. Beliau sangat kecewa dengan keadaan ini.

Saya tidak pandai dan berpengetahuan sangat dalam hal politik tetapi terdapat juga keadaan di Kota Putra ini berlaku di tempat lain di mana PAS dan PKR meletakan calon masing masing. 

Banyak yang boleh kita katakan mengenai hal pertembungan ini. Antaranya pertembungan antara dua sekutu itu menjadi satu petunjuk jelas bahawa kedua-dua parti sanggup membelakangkan kesepakatan mereka untuk mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing. Dalam politik ada `politik'. Biasalah tu...

Jan: Tak sabar nak mengundi...

Tuesday, April 16, 2013

Pabila bukan `ahli' menjadi `ahli': Sila lompat tepuk bintang!

Antara fungsi utama ahli agama ialah menyebarkan kebenaran, menunjukajar, menyebar kemesraan dan keesaan tuhan. Namun segalanya harus dilakukan dengan penuh kelembutan persis perbuatan dan tuturcara nabi kita. Menyeru insan dengan lemah lembut, dan bermanis muka dengan saling berpesan dengan kebenaran yang disulam dengan kesabaran.  Secara lembut, bijaksana dan tidak menebeng-nebeng atau over. 

Tujuan satunya ialah supaya manusia menjadi khalifah di dunia ini. Tiada yang lebih vouge daripada orang lain kecuali sesiapa yang beramal dan berhati mulia.

Ahli agama tentulah tidak akan memburukkan orang, hatta siput babi sekali pun. Kerana siput babi juga ciptaan dan makhluk Allah. Malah perkataan `Babi' itu juga tidak merujuk kepada keharaman sentuh. 

Dalam berceramah, tone atau nada suara, mimik muka dan gaya juga tidak meninggi diri, apatah lagi memekik mekik dan menyindir-nyindir. Allah maha besar dan mulia, tentulah ia mahu perintahnya disampaikan secara mulia dan bermanis kata. Haaa...

Asalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca blog ini, semoga Allah sentiasa mengambil tahu akan kita yang hina ini, yang juga alpa. Seseungguhnya manusia itu tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kali ini saya mahu berbincang mengenai penglibatan orang yang bukan ahli dalam membicarakan hal agama. Sempena bahang pilihanraya yang semakin membisa ini, sama-samalah kita renungi akan kemusykilannya.

Kemunculan penceramah-penceramah bebas atau terkawal ini semakin hari semakin menjadi jadi, (ibarat perlakuan kawan-kawan saya yang rancak memakan rumpaiair yang didakwa mengandungi kologen, he he he). Kadang kala latarbelakang penceramah bukan sahaja tidak jelas malah meragukan sekali. Mereka bukan sahaja tidak ada ilmu yang mendalam malah tiba-tiba muncul di persada agama. Tetapi saya lihat rakyat Malaysia tidak begitu peka. Mereka mengalu-alukan keadaan sebegini. Saya hairan.

Betapa senangnya kita menerima seseorang yang mengaku `saya sudah berhijrah' untuk melakukan ceramah agama. Ini menunjukan taraf penceramah kita sekarang amat rendah, ia tumbuh atas dasar berlandaskan situasi semasa, berkepentingan dan bukan kepada keperluan pembangunan insan yang berpanjangan. Tidak salah untuk sesiapa pun `berhijrah' tetapi haruslah difahami ia bukan amalan atau tiket penghapus dosa secara automatik? Dok gitu?

Bila berhijrah terus jadi mulia? Boleh berceramah agama? (sama ada untuk tujuan politik atau hiburan).? Haaa...

Ramai sebenarnya lulusan agama luar negara terutama dari timur tengah yang sebenarnya merasa rendah diri untuk berceramah. Kenapa? Kerana mereka bimbang jika mereka tersalah/tersilap ketika menggunakan al quran/hadis/sunah. Tetapi tidak kita kan? Kita melihat hukum hakam secara senang dan tidak berseni, tidak bersimbolik. Kita terus hembus sahaja dengan hukum hakam mengata orang berdasarkan ilmu yang paling mendatar atau ibarat ilmu pada tahap `permukaan air' sahaja, bukan di dasarang (Read: dasaran)

Atau mereka penceramah yang ahli ini tidak sehebat penceramah yang `ahli'? Mungkin tak pandai nak berceramah agama `ala Malaysia' gitu. Iaitu bercakap besar, kitalah yang betul sebetul betulnya, mengutuk-ngutuk, perlekehkan orang, buka aib anak bini, cucu-cicit orang macamlah kita ni sempurna sangat. Khalayak pulak berdegar-degar menepuk tangan, nasib baik tidak lompak menampar bintang jea. Kalau tak tak tahulah.

Dan? dan bini kita di rumah minta beras di rumah orang? Anak tidak berbelanja sekolahnya...? Tuisyen jauh sekali!

Haaa... Kita terus melompak tepuk bintang. Lompat, lompat. Lompat lagi...selamat datang ke Malaysia.

Jan: kulompat jua walaupun akhirnya akulah yang jatuh terduduk, terkulai dan diperkosa rasa pilu... Selamat berceramah!

1000 Mawar Enhanced CD (E-CD)

enhanced CD

Album Seribu Mawar ini adalah edisi terhad gitu. Ia adalah `Enhanced CD' (E-CD). Apakah `Enhanced CD'? Haaa.... Ia adalah CD yang diformatkan untuk membolehkan CD berfungsi bersama peranti multimedia yang lain. Contohnya  pemain CD-i, atau DVD-ROM, atau CD-ROM drive.

CD ini boleh dipasang dengan pemain Cd yang biasa tetapi untuk tujuan vidieo kita kena la guna PC kita, atau PC di pejabat kita, he he he. Pendek kata Cd ini ada penambahan ruang data. Haaa. Entahlah saya tak tahu sangat pasal komputer, setakat `cut' dan `paste' jea... Tentu penerangan saya ini tidak sepenuhnya.

Sebab itulah dalam Cd ini saya boleh lihat video Kak Pah semasa ditemubual untuk  `the making of...'' Seribu Mawar ini. Ada cerita pasal hobi beliau dan juga bagaimana beliau menggunakan teknologi komputer untuk memajukan perjalanan seninya.

Kak Pah bercerita pasal hobinya...

Kak Pah disolek


Bukan saya nak mengata tetapi berbanding dengan artis kita yang lain, Kak Pah selalu mahu maju ke depan dan membuat perubahan baru demui kelangsungan kerjaya seninya. Mungkin beliau banyak membaca dan tahu akan keperluan membuat perbaharuan. Dan beredar mengikuti zaman.

Dalam Cd ini juga ada gambar-gambar Kak Pah masa muda-muda dulu. Pada pandangan saya semakin berusia Kak Pah semakin cantik. Haaa... Alhamdulilah. Kak Pah tetap cantik. Ini diakuai sendiri oleh ayah saya.

Ayah saya juga peminat Kak Pah. Semasa beliau ditemu ramah di stesyen radio RTM, bila deejey tanya apa lagu permintaan ayah saya. Ayah saya beritahu pasanglah lagu apa pun asalkan nyanyian Sharifah Aini. Sekarang pun ayah saya ada meminjam CD Kak Pah saya (alamak Kak Pah saya?).




Artis rakaman luar negara ada juga menggunakan teknologi CD E ini untuk memasukkan klip video mereka, profil artis, lirik lagu, temu bual, animasi, bahan promosi, dan juga permainan pada cakera audio. Tentulah ia melibatkan perbelanjaan yang besar. Dan kalau suara setakat  serak-serak katak tidak perlulah buat Cd-E ini. He he he.

Saya rasa sangat bertuah kerana memiliki Cd-E ini. Saya boleh lihat banyak gambar Kak Pah sepanjang perjalanan seninya. Di sini secara ekselusifnya saya persembahkan beberapa keping gambar yang saya pikul di komputer saya. Khas buat tatapan pembaca blog ini. Mungkin ada yang tidak meminati Kak Pah namun boleh dibuat sebagai pengetahuan.

Kak Pah 90 an

Kak Pah 80 an

Gambar-gambar ni kelabu sebab saya pukul dengan handphon di komputer saya.
Sekian sahaja, sebenarnya bila April menjelma, saya semakin lebat mendengar lagu-lagu dari Cd ini. Ia seolah sipi-sipi kisah perjalanan hidup saya...(pulak dah). Di bulan April inilah saya dilahirkan. Dan di bulan April juga lahirnya insan yang pernah membunuh keceriaan dan harapan hidup saya...

Jan: (Perenggan terakhir sila baca dengan perasaan ala-ala sedih dan pilu...)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home