enhanced CD |
Album Seribu Mawar ini adalah edisi terhad gitu. Ia adalah `Enhanced CD' (E-CD). Apakah `Enhanced CD'? Haaa.... Ia adalah CD yang diformatkan untuk membolehkan CD berfungsi bersama peranti multimedia yang lain. Contohnya pemain CD-i, atau DVD-ROM, atau CD-ROM drive.
CD ini boleh dipasang dengan pemain Cd yang biasa tetapi untuk tujuan vidieo kita kena la guna PC kita, atau PC di pejabat kita, he he he. Pendek kata Cd ini ada penambahan ruang data. Haaa. Entahlah saya tak tahu sangat pasal komputer, setakat `cut' dan `paste' jea... Tentu penerangan saya ini tidak sepenuhnya.

Sebab itulah dalam Cd ini saya boleh lihat video Kak Pah semasa ditemubual untuk `the making of...'' Seribu Mawar ini. Ada cerita pasal hobi beliau dan juga bagaimana beliau menggunakan teknologi komputer untuk memajukan perjalanan seninya.
Kak Pah disolek |
Bukan saya nak mengata tetapi berbanding dengan artis kita yang lain, Kak Pah selalu mahu maju ke depan dan membuat perubahan baru demui kelangsungan kerjaya seninya. Mungkin beliau banyak membaca dan tahu akan keperluan membuat perbaharuan. Dan beredar mengikuti zaman.
Dalam Cd ini juga ada gambar-gambar Kak Pah masa muda-muda dulu. Pada pandangan saya semakin berusia Kak Pah semakin cantik. Haaa... Alhamdulilah. Kak Pah tetap cantik. Ini diakuai sendiri oleh ayah saya.
Ayah saya juga peminat Kak Pah. Semasa beliau ditemu ramah di stesyen radio RTM, bila deejey tanya apa lagu permintaan ayah saya. Ayah saya beritahu pasanglah lagu apa pun asalkan nyanyian Sharifah Aini. Sekarang pun ayah saya ada meminjam CD Kak Pah saya (alamak Kak Pah saya?).

Artis rakaman luar negara ada juga menggunakan teknologi CD E ini untuk memasukkan klip video mereka, profil artis, lirik lagu, temu bual, animasi, bahan promosi, dan juga permainan pada cakera audio. Tentulah ia melibatkan perbelanjaan yang besar. Dan kalau suara setakat serak-serak katak tidak perlulah buat Cd-E ini. He he he.
Saya rasa sangat bertuah kerana memiliki Cd-E ini. Saya boleh lihat banyak gambar Kak Pah sepanjang perjalanan seninya. Di sini secara ekselusifnya saya persembahkan beberapa keping gambar yang saya pikul di komputer saya. Khas buat tatapan pembaca blog ini. Mungkin ada yang tidak meminati Kak Pah namun boleh dibuat sebagai pengetahuan.
Kak Pah 90 an |
Kak Pah 80 an |
Gambar-gambar ni kelabu sebab saya pukul dengan handphon di komputer saya. |
Jan: (Perenggan terakhir sila baca dengan perasaan ala-ala sedih dan pilu...)
1 comment:
smga lanjut usia....
Post a Comment