Hari ini hari lahir saya yang ke 43. Saya tidak rasa apa-apa berbanding dengan hari lahir saya yang ke 40. Pada hari lahir saya yang ke 40 saya rasa tua... (Tua pun ada `rasa'? Sebenarnya saya `fikir' tua...bukan `rasa').
Saya tidak selalunya rasa tua (kecuali pabila saya lihat cermin).
Bukan suatu tradisi
Tahun ini, saya tidak menyambut hari lahir saya dengan apa-apa cara sekalipun. Ianya juga bukan kebiasaan atau menjadi tradisi di dalam keluarga saya. Cuma pada masa kecil ada la sekali dua sambut. Kini bila dewasa kami cuma mengucapkannya. Saling ucap-mengucap.
Kejutan!
Cuma di tempat kerja kawan-kawan membeli kek dan buat makan-makan sikit. Saya terkejut besar tak terkata bila buka pintu kawan-kawan sudah menunggu. Kejutan buat saya sebab saya bukannya terkenal sangat...(dulu agak terkenal). Namun saya jamah sedikit kek sahaja. Saya tengah berdiet.

April...
Sebenarnya bulan April adalah bulan yang penting dan bermakna dalam hidup saya. Di bulan inilah saya dilahirkan dan di bulan ini jugalah Allah melahirkan manusia yang pernah saya amat sayang. Rasa sayang yang masih melekat ini adalah suatu kesalahan kerana kita tidak boleh sayangi sesuatu atau seseorang secara berlebihan dan sepatutnya kita sayangi orang yang sangat sayangi kita.
Saya selalu berharap saya sihat. Ayah saya masih sihat dan boleh bawak kereta di usia 77 tahun, dia juga masih segak dan bergaya dengan jeans birunya. Saya harap saya juga sihat pabila tua.
Saya tidak percaya
Saya tidak percaya umur mematangkan manusia sebab saya lihat ramai juga kawan saya yang tetap bangang dan bodoh walaupun umur sudah dekat nak pencen. He he he.
Umur tidak boleh buat apa-apa pada kita. Kitalah yang kena buat apa-apa pada diri kita.
Saya juga tidak percaya manusia akan semakin menjadi bijaksana apabila berusia. Saya ada banyak contoh...
Mesti
Pun begitu saya percaya manusia MESTI berlagak matang supaya keputusan kehidupan yang dilalui akan membahagia dan mendamaikan diri dan makhluk persekitaran diri...
Jadi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir pada diri sendiri, (ya macam saya lihat ada orang yang tepuk untuk diri sendiri bila ada orang kata `ok kita tepuk untuk diri sendiri', he he he.)
Jan: ... i never really grow up, i only learnt how to act in public, he he he

2 comments:
selamat hari lahir... smga dipnjgkn umur, dimurahkan rezeki, dihadiahkan dgn jodoh yg baik n bersesuaian serta berbahagia dunia n akhirat...
happy belated birthday Encik pensyarah.. :)
Post a Comment