Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 23, 2020

Peristiwa di pasar Marang, bohong siapa yang paling besar?

 

Kredit Gambar: Bestari Terengganu 

1. Kalau memandu balik kampong ikut jalan pantai, saya ada singgah sana sini, termasuk Pasar Marang, Terengganu. Saja singgah jalan-jalan dan membeli. Langsat dan budu.

2. Nak dijadikan cerita, saya terlihat seorang mak cik tua. Dia duduk bersila di tepi pasar menjual rempah yang sudah dipaketkan kecil-kecil.

3. Mungkin kerana barang jualannya sikit, dia tidak miliki tempat jual yang selesa seperti orang lain. 

4. Saya perhati, saya terharu dan kagum dengan usahanya untuk menggandakan duit dia. Saya jatuh kesian, bayangkan mak kita begitu. Bayangkan juga jika kita jadi begitu (kerana skrip hidup yang berlainan), kita kena bersyukur. Kita bukannya hebat sangat kita mungkin cuma ada nasib yang lebih baik.

5. Mahu sahaja saya hulurkan duit untuk bersedekah tapi saya tahu orang jenis begini tidak akan menerimanya. Mereka lebih rela bekerja dan berpeluh. Saya pernah cuba bersedekah beberapa kali dulu tetapi gagal. Orang sebegini biasanya kental dan sanggup usaha sendiri. 

6. Saya membeli sebahagian dari rempah-rempahnya. Saya beli dengan jumlah yang lebih sikit kononnya nak buat kenduri kerana isteri saya baru melahirkan anak kembar. (Alang-alang menipu biar sampai ke pangkal lengan, biarlah skripnya menarik, kukuh dan realis).

7. Apa yang saya buat dengan rempah-rempah tersebut? Saya menjualnya di tempat kerja dengan harga sama seperti saya beli.

8. Selepas habis jualan saya rasa saya seorang penipu yang baik hati... Tapi itulah kan, kadang-kadang kita tidak dapat mengawal situasi dan spontan jea menipu...

9. Saya pernah ditipu. Katanya jika saya tidak ada dalam hidupnya, dia hanya akan dapat bertahan selama tiga hari sahaja untuk hidup. (Tapi kini di FB dia kelihatan bahagia bersama suami dan anak-anaknya. He he he).

10. Saya rasa tipu dia lebih besar dari saya...lebih hebat!

Sekian...


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home