1. Dalam perjalanan hidup kita, kita akan bertemu dengan ramai orang. Mereka datang dan pergi dalam hidup kita sama seperti kita datang dan pergi dalam hidup mereka.
2.Ada yang cuma berhenti sekejap di ranting usia kita namun memberikan impak yang besar. Dan sebaliknya. Ada yang datang memberi bahagia, dan ada yang datang memberi airmata.
3. Ini adalah lumrah hidup. Mereka datang dan pergi...
4. Pada zaman kanak-kanak kita mungkin mempunyai kawan yang berbeza pula dengan kawan semasa kita di sekolah rendah.
5. Di sekolah menengah pula kita akan dapat ramai kawan yang berbeza dari kampong-kampong sedaerah. Apabila terus melanjutkan pelajaran tinggi, kita juga mendapat ramai kawan lain dari seluruh negara.
6. Dan pada masa kita bekerja kita juga akan dapat kawan baru, begitu juga apabila kita bersara, kita mungkin terpulang kepada kawanan `geng pencen'.
7. Ringkasnya, hidup ini walaupun berliku saya percaya ia tetap merupakan satu garis keluk yang bentuk melurus. Kita akan sampai ke depan. Dan dalam perjalanan untuk sampai titik noktah di hadapan, kita akan bertemu dengan ramai orang.
8. Kehadiran mereka membawa `suka' dan `duka' untuk kita.
9. Dua hari lepas saya dapat 'berjumpa' dengan seorang kawan bertaraf sahabat, yang telah berpisah selama 25 tahun. Saya mengenalinya semasa sama-sama belajar di UM.
10. Sebelum ini saya hanya mampu panjatkan doa saya supaya dia walaupun di mana sahaja berada, akan sentiasa kuat untuk hadapi hidup ini.
11. Hidup ini ada bahagian-bahagian sukarnya. Ombak tingginya. Jurangnya dalam... Di atas bara di bawah duri.
12. Sesukar mana untuk saya untuk memahami Keluk Lorenz dan keluk makro IS-LM, atau sebagaimana sukar juga untuk saya fahami gelagat Azmin Ali berpolitik, namun jauh lebih sukar menghadapi dan memahami kehidupan sebenar apabila tamat pengajian.
13, Banyak rupanya yang tidak diajar di universiti. Contohnya bagaimana mahu bangun apabila jatuh dan hilang harapan hidup?
14. Bahawasanya kehidupan itu hanyalah untuk orang yang kental hati... Saya yakin dia kental. Kekecewaan biasanya bawa kecekalan...
15. Kembali kepada sahabat saya ini. Saya rasa bersalah kerana tidak melayannya dengan terbaik pada masa dahulu. Saya terlalu sibuk belajar. Dan selepas itu saya sibuk bekerja.
16. Dengan adanya FB, kami mula dapat berhubung, bertanya khabar.
Add caption |
Abang Jan: Ada kawan kita memang selalu ingati dia, ada kawan kita tidak lagi mahu lihat walau bayang-bayangnya...
No comments:
Post a Comment